Monday, December 6, 2010

Ceramah Misi Kemanusiaan ke Gaza di Kampung tempat relawan dilahirkan

19 November 2010, di dalam kegelapan jalan kampung, kenderaan dipandu ketua konvoi A2G PM Dr Mohd Zin Kandar meluncur laju merentasi beberapa kampung selepas exit PLUS Simpang Renggam. Simpang empat Parit Madirono dilalui dan membelok ke jalan menuju beberapa kampung yang bermula dengan nama "parit". Akhirnya kenderaan van 12 seater yang membawa anak-anak dan barangan Aqsa Syarif membelok di kawasan balai raya Kg Parit Permatang Sepam. Persekitaran gelap, balam-balam lampu di surau comel di penjuru jalan dengan beberapa ahli jemaah kelihat duduk berborak. Inilah sebenarnya kampung yang mengimbau 1001 nostalgia manis dan pahit, perit dan pedih. Masih terbayang 'kaki ayam' yang melangkah di jalan berlumpur, keringat yang membasahi seluruh tubuh dek kerana panas terik memancar kesebatang tubuh kerdil yang sedang menolak basikal yang dihimpunkan sekitar 8-10 tandan pisang untuk dibawa ke hujung kampung bagi memperoleh seringgit dua bagi keperluan membeli beras dan garam.... "ah... itu 40 tahun dahulu.." bisik hati tubuh sederhana yang sudah berumur setengah abad itu menuruni kenderaannya dan menuju surau berhampiran.

Malam ini adalah di antara hari yang bersejarah. Kerana anak kampung Permatang Sepam ini berpeluang berkongsi pengalamannya menjejak kaki di Gaza dan balik bersama 6 relawan yang lain membawa 'ghanimah' atau 'barangan rampasan perang' selepas berjaya memecahkan sekatan Israel di Gaza. 'Ghanimah' yang perlu dibahagi-bahagikan kepada rakyat Malaysia. Begitulah cerita yang di sampaikan oleh Dr Zin dihadapan sekitar 80 orang kampung yang terdiri dari Pak Imam, Ketua Kampung (En Buang), pakcik-pakcik, makcik-makcik, anak-anak buah dan tak ketinggalan rakan sekelas ketika di sekolah rendah dan menengah di kampung ... lebih 40 tahun yang lalu.

Alhamdulillah. Jualan barangan Aqsa Syarif turut di adakan dan kutipan derma untuk rakyat Gaza turut di lakukan. Jazakallahukhairan semua orang kampung. Jasamu sentiasa dikenang dan dihargai.

Pertusan Khas Pengerusi Aqsa Syarif Sempena Sambutan Maal Hijrah 1432


.... Tahun 1431H menyaksikan Aqsa Syarif bermain dan bergelumang dengan beberapa isu kritikal Palestin. Walaupun dilihat baru di gelanggang, pimpinan dan sukarelawan Aqsa Syarif merupakan gandingan muka-muka lama dan baru yang berjaya mencipta sejarah baru perjuangan Palestin.

Pimpinan Palestin acap kali mengulang-ulang bahwa tahun lepas dan tahun ini merupakan tahun intifadhah ketiganya. Tembok kepungan Gaza semakin hampir keruntuhannya walau pun tangan-tangan jahat Yahudi itu masih cuba mengampu tembok itu. 

Aqsa Syarif terlibat dalam dua peristiwa besar membantu Palestin yang telah benar-benar membuka mata dunia - kapal Marvi Marmara dan Konvoi Darat. sila baca lanjut di http://aqsasyarif.com/featured/perutusan-hijrah-1432-pengerusi-aqsa-syarif/

Monday, November 15, 2010

Perbaiki dirimu, Allah akan baiki zuriatmu!


Petikan dari http://www.malaysiaharmoni.com/. by Pertubuhan IKRAM Malaysia on Monday, November 15, 2010 at 2:08pm

Seorang sahabat memberitahu bahawa dia mempunyai seorang teman yang berpangkat tinggi dan bergaji besar, bekerja di sebuah jabatan kerajaan yang sangat berprestij. Setiap hari temannya itu akan mengkhususkan beberapa jam untuk aktiviti dakwah dan amal kebajikan. Suatu hari dia bertemu dengan temannya dalam suatu program dakwah anjuran temannya itu. Dia bertanya, ‘Kenapa anda menyibukkan diri dengan aktiviti sebegini? Bukankah anda seorang yang berjawatan tinggi? Kenapa tidak tumpukan sahaja kepada urusan pejabat yang pastinya bertimbun-timbun itu?’
Temannya berbisik, “Ya akhi, Dengar sini! Saya ingin dedahkan kepada anda satu rahsia yang tersimpan di dalam diri saya. Sebenarnya saya mempunyai enam orang anak, kebanyakannya lelaki. Saya sangat bimbang tentang diri mereka. Saya takut mereka terseleweng ke jalan yang salah. Saya pula sibuk dengan tugas dan tidak mampu mendidik mereka dengan sempurna. Tetapi saya dapat rasai besarnya nikmat Allah kepada saya. Semakin banyak saya berikan waktu untuk agama-Nya, anak-anak saya akan jadi bertambah soleh!” Sesungguhnya apa yang dialami oleh teman kepada sahabat itu bukan suatu kebetulan. Sebaliknya itu adalah janji-Nya. Bukankah Dia telah berfirman dalam kitab suci-Nya:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
(Muhammad 47: 7) Di tempat lain, Allah berfirman (maksudnya):
“Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawahnya ada harta terpendam kepunyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.”
(Al-Kahf 18: 82)
Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu, seorang sahabat yang terkemuka ketika beliau sedang bersolat di tengah malam, anak kecilnya tidur nyenyak di sebelahnya. Sebaik sahaja selesai solat dia pun memandang anak itu dengan penuh kasih sayang sambil berkata ‘keranamu wahai anakku!’. Kemudian dia membaca firman Allah (وَكَانَ أَبُوهُمَا صَـٰلِحً۬ا - Al-Kahf 18: 82 ) dengan tangisan yang tidak mampu ditahan.
Demikianlah kefahaman para sahabat dan salaf as-soleh. Mendidik anak agar menjadi insan yang soleh bukan hanya dengan mengajar ilmu yang berguna dan menunjukkan contoh teladan yang baik. Lebih daripada itu ibu bapa mesti menunaikan tanggungjawab terhadap Allah subhanahu wataala sebagaimana yang dituntut dengan sebaik mungkin. Ibu bapa jangan alpa terhadap amanah yang dipikulkan ke atas setiap Muslim, iaitu membela agama Allah dengan berdakwah, berjihad, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Jangan ragui janji-Nya bahawa Dia pasti akan menolong mukmin yang menolong agama-Nya.
Ketika mentafsirkan ayat di atas (Al-Kahf 18: 82), al-Hafidz Ibn Kathir berkata bahawa Allah subhanahu wataala memelihara harta yang terpendam milik dua orang anak yatim itu kerana kesolehan bapa mereka. Selang antara mereka dengan bapa yang soleh itu adalah tujuh generasi!
Apakah nilai harta terpendam itu?
Menurut Ibn Abbas radiallahuanhu ia merupakan perbendaharaan ilmu. Hasan al-Basri berkata harta itu berupa sekeping luh yang diperbuat daripada emas, di atasnya tertulis mutiara ilmu:
“Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku berasa hairan melihat orang yang beriman dengan qadar, bagaimana dia masih bersedih? Aku berasa hairan terhadap orang yang beriman dengan kematian, bagaimana dia masih ketawa ria? Akube rasa hairan terhadap orang yang mengenali dunia serta sifatnya yang cepat berubah, dia masih juga selesa dengan kemewahan dunianya? Tiada Tuhan melainkan Allah. Muhammad itu pesuruh Allah.”
Menurut Ikrimah pula, di bawah dinding itu perbendaharaan harta yang banyak. Yang penting bukan jenis harta serta berapa nilainya. Pengajaran yang paling berharga buat kita adalah janji Allah Yang Maha Benar, iaitu menolong orang yang menolong agama-Nya.

Ustazah Maznah daud
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

Saturday, October 23, 2010

Gaza Bumi Yang Dirahmati

Hari ketiga di Gaza, saya melihat keberkatan dan kerahmatan Allah untuk penduduk Gaza dan umat Islam sedunia yang menyokong dan membantu perjuangan memerdekakan Palestin dari penjajah haram rejim Zionis Israel.
Sesungguhnya Bumi ini memberi peluang kepada sesiapa yang ingin beramal, bermujahadah dan berjihad kerana Allah. Ya Allah kurniakan kerahmatan dan kebaikkan untuk aku, keluarga ku, sanak saudaraku, jiran-jrianku, rakan seorganisasi ku, kepimpinan dan ahli-ahli Aqsa As-Syarif, IKRAM, koperasi muslimin, STAIL, SMART dan sekolah-sekolah-sekolah, institusi-institusi Islam di Malaysia seluruhnya dan seluruh dunia. Lembutkan hati-hati kami semua ya Allah utntuk terus menyumbang kepada pembebasan bumi Masjidil Aqsa Yang Mulia. Amin...!
GAZA CITY 24 OKT 2010

Thursday, September 9, 2010

Eid Mubarak Hari Kemenangan


Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Walillahilhamd.
Sudah berlalu bulan yang keberkatan, bulan kemuliaan, bulan keampunan, bulan amalan diganda-gandakan. Bulan rengannya ibadat dikerjakan. Bulan ku lihat amalan soleh menjadi kebiasaan. Di sana-sini ramai penduduk berpusu-pusu ke masjid, bersolat, bertadarus, berzikir, bersedekah, berqiyam dan berukhuwah. Alhamdulillah.

Bagi mereka yang benar-benar menjadikan Ramadhan suatu pesta ibadah, tarbiyah nafsiyah. Insya Allah berakhirnya Ramadhan adalah suatu kemenangan. Apatah lagi bagi mereka yang dapat menghidupkan malam lailatul-qadar.
1 Syawal adalah hari meraikan kemenangan kerana banyaknya amal kebaikkan yang dilakukan. Bukan kerana untuk berbangga, tetapi sebagai tanda kesyukuran di atas kurnia Allah swt yang mengurnakan waktu dan kudrat.

Syawal adalah bermulanya satu lagi perjuangan untuk seorang hamba terus meraih keridhaan dari Allah. Sebenarnya tiada hidup seorang muslim yang tidak diisi dengan amal Ibadah. Hidup ini ada kewajipan, ada tanggungjawab. Setiap detik berlalu, setiap rezeki di cari dan dibelanjakan, kesemuanya akan dibentangkan di hadapan rabbul alamin.

Tuesday, August 10, 2010

Pastikan Ramadhan Istimewa Tahun Ini



Alhamdulillah ... dipagi yang hening ini dapat ku hidu keheningan udara Ramadhan tahun ini ... isteri dan anak-anak dapat bersama bersyahur. Jamaah masjid berpusu menunaikan Solat Subuh ... di Masjid ku sempat bertaaruf dengan jamaah Tabhlig dari Manchester England. Malam tadi penuh sesak bertarawih ... ada yang bergegas balik kerana setiap inci lantai kawasan masjid sudah penuh. Alhamdulillah ... masyarakat kita masih SELESA melalui Ramadhan.


Nun di Beirut sahabat tercinta Hasanuddin Mohd Yunus (Wira Marvi Marmara & Pengerusi AQSA) sedang bertungkus lumus menabur bakti, mencurah keringat... demi berkongsi derita anak-anak yatim Palestin yang 'terbuang' untuk tatapan dan perkongsian dengan rakyat Malaysia apabila TV3 menayangkan siri "Bersamamu Palestin" di bulan Ramadhan yang Berkat ini. Semoga jihadmu ya akhie menjadi bukti keikhlasan mu dalam perjuangan. Semoga anak-anak dapat melihat betapa fikrah IKRAM bisa melahirkan jundullah.

Di sini ... gerak kerja dakwah terus bertunas dan melata. Di sana-sini, Semarak Ramadhan menemui ummat, berkongsi minda, berkongsi fikrah dan kesyahduan ... agar penegrtian Ramadhan benar-benar dimengerti. Teruskan usahamu ikhwah wa-akhawat, benih-benih yang subur Insya ALlah akan tumbuh mekar buat generasi penerus perjuangan.

Do'a buat yang diuji Allah, sedikit keperitan berada dikatil Hospital, tidak bisa berdiri sebaris ikhwah dalam tarawih, qiyam dan iftar. Insya ALlah itu hanya sementara, Allah akan izinkan kita akan bersama nanti. Rehatkan badanmu buat seketika, sabar dengan ujian, banyakkan berzikir. Allah lebih mengetahui hikmahnya.


Suara sayup-sayup Al-Faateh & al-Fathy bertadarus di ruang tamu di pagi Ramadhan yang Mulia ini. Jazakaumullahukhairan para Murabbi Hidayah. Jihad dan pengorbananmu sudah terbayar ! Tahniah !,. Pastinya Ramadhanmu lebih bererti tahun ini. Semoga berlipat ganda keikhlasan dan ganjaran untukmu dariNya.

Petugas AQSA yang tidak henti-henti di bumi bertuah ini ... antum benar-benar memahami moto "Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa". Allah melihat keikhlasan dan pengorbananmu. Tahniah & jazakumullahukhairan !

Alhamdulillah, Ramadhan Istimewa Tahun ini, kerana Allah menizinkan persiapan kedatanganmu dimulai dengan kehadiranmu IKRAM.

Sunday, June 27, 2010

IKRAM - Pertubuhan Islam Untuk Di kongsi Semua








Pada Bulan Jun 2010 ini satu lagi sejarah tercipta di Malaysia apabila IKRAM dilancar dengan rasminya. Sebuah pertubuhan Islam yang mempunyai misi untuk menyebarkan fikrah Islam di dalam Masyarakat. Terbuka kepada sesiapa jua rakyat Malaysia untuk menyertainya. Terbuka kepada sesiapa jua yang inginkan kebenaran dan berhasrat membentuk peribadi muslim sejati diperingkat diri, keluarga dan masyarakat. Layari www.ikrampontian.blogspot.com dan www.ikram.com

Wednesday, April 28, 2010

Bidang Architecture Sangat Mencabar


Keputusan-keputusan peperiksaan besar bagi anak-anak sudah diumumkan ... cuma menanti keputusan Matrikulasi. Semua anak-anak sudah mulai memilih kursus yang akan dipilih di ipt, sama ada diperingkat diploma ataupun ijazah. Di antara banyak kursus, Architecture adalah di antara kursus yang agak mencabar dan memerlukan beberapa kualiti tambahan selain dari kecemerlangan akademik. Oleh itu beberapa IPTA mensyaratkan para pemohon hadir temuduga.
Di sessi temuduga inilah para calun akan dinilai dari segi kriteria tambahan yang dimaksudkan. Oleh kerana kursus Architecture atau Senibina adalah satu kursus yang menyediakan tenaga kerja yang agak menyeluruh dari segi keperluan. Latihan di universiti yang memakan masa 5 hingga 7 tahun akan mempersiapkan diri pelajar dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan keterampilan. Calun-calun akan dilihat di dalam interview beberapa indikasi yang sedia dimiliki. Sering kali juga pegawai yang menemuduga akan meminta para calun mendemonstrasikan beberapa kemahiran bagi meyakinkan nya bahawa ia adalah calun yang dicari.

Kesungguhan, kekuatan fikiran di dalam keadaan tertekan, kekuatan fizikal di dalam menjalani latihan juga di antara ciri yang diperlukan selain keupayaan menghasilkan lakaran tangan.

# Calun diuji membuat lakaran 'on the spot' ketika temuduga.

Untuk menjadi arkitek beriman dan beramal, maka lebih banyak lagi persediaan yang perlu dilalui. Latihan trbiyah dan dakwah secara yang istiqamah sepanjang masa pembelajaran adalah juga di antara pra-syaratnya.

Kerana.... Arkitek adalah Ketua kepada 'design atau project team' di dalam apa juga pembinaan projek bangunan.

Wednesday, February 10, 2010

Menginstitusikan Dakwah & Tarbiyah



AL-Qur'an dan AL-Hadith yang menjadi manhaj utama kehidupan ummat memiliki pelbagai garis panduan dan sumber pendidikan (tarbiyah). Ada yang bersifat jelas, terang dan nyata, ada yang berbentuk garispanduan kasar, yang memerlukan perincian dan penterjemahan para mufasirin yang muktabar. Pendeknya di dalam Islam ada unsur-unsur yang TETAP dan ada unsur-unsur yang BERUBAH, sesuai dengan kesempurnaan Islam untuk setiap manusia, semua bangsa dan setiap zaman.

Di dalam keadaan ummat yang masih berdepan dengan cabaran, kehidupan keluarga dan masyarakat Islam sentiasa berada di dalam situasi yang tidak selamat. Aqidah ummat sentiasa dicabar dengan kefasikan dan kekufuran, ibadah ummat sentiasa diganggu dari kekyusukan dan keikhlasan, akhlak ummat dicabar dan dicalar dengan kecacatan; manakala syariat ummat terdedah dengan perlanggaran, gharar dan riba'. Di dalam keadaan yang 'tidak selamat' itu, setiap pejuang ummat harus meningkatkan keupayaan, 'merapatkan barisan' dan mengoptimakan tenaga.


Taklif (kewajipan) melaksanakan dakwah dan tarbiyah yang merupakan tugas asasi setiap muslim (terutama mereka yang diberi Allah fikrah harakah). Usaha-usaha pengemblingan tenaga mesti di 'synergi' kan. Setiap kita ada kekuatan (di dalam Fizik disebut tenaga keupayaan) dan tenaga ini perlu gembling dan syenrgi (Synergi dalam tenaga: 1+1 = lebih dari 2).





Dakwah dan tarbiyah di dalam masyarakat boleh dijalanakn dengan pelbagai cara. Penginstitusian dakwah dan tarbiyah adalah suatu pendekatan SYNERGI. Keberkesanan dakwah dan tarbiyah akan lebih terserlah jika para petugas dakwah memfokuskan usaha dan tenaga kepada pencapaian "hasil Pembelajaran" (istilah pendidikan) - dalam istilah dakwah mungkin "Natijah dakwah/tarbiyah". Penginstitusian dakwah yang popular hari ini ialah melalui penubuhan sekolah-sekolah Islam. Program dakwah dan tarbiyah boleh dijalankan dan disynergikan. Anak-anak murid, guru-guru dan staf sekolah berpeluang melalui proses dakwah dan tarbiyah secara langsung mahupun tidak secara langsung. (a) Manhaj Rabbani boleh dijadikan asasnya; (b) Murabbi (pendidik) boleh memainkan peranan secara berkesan, pembangunan upaya murabbi juga boleh dibangunkan; (c) Bi'ah solehah boleh diwujudkan berasaskan manhaj tadi; dan (d) Khudwah Hasanah boleh dipamerkan secara praktikal. Ke emapat-empat faktor ini adalah asas KEBERKESANAN Dakwah & Tarbiyah.

Pembentukan Institusi dakwah & terbiyah di dalam bentuk institusi pendidikan, selain menjalan dan mencapai misi kecemerlangan akademik, kecemerlangan dakwah dan tarbiyah Insya ALlah dapat diupayakan. Ibu Bapa juga boleh diturutsertakan melalui pensejajaran visi dan misi sekolah khususnya di dalam menghasilkan (learning outcomes) anak-anak yang soleh dan solehah. Semoga dengan itu, akidah ummat dapat disubur dan dipelihara, ibadah ummat dapat disubur dan dibudayakan, akhlak ummat dapat dilatih dan diperelokkan seterusnya syariat umamt dapat dilaksanakan.

Kaedah Fiqh berbunyi "Tidak tercapai sesuatu yang wajib kecuali dengan jalan itu, maka jalan itu pun menjadi wajib".

Semoga Allah mempermudahkan urusan ummat ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang menjayakan perjalanan institusi dakwah dan tarbiyah. Pengorbanan dan keikhlasan antum sebagai para murabbi yang meletakkan dakwah dan tarbiyah ummat di hadapan di dalam kehidupan, mudah-mudahan akan mempertinggikan martabat Iman di sisi Allah.

# Gambar & Kandungan adalah bersempena lawatan penulis sebagai Anggota Jamaah Penasihat di STAIL 10 Feb 2010.

Monday, January 11, 2010

SM Islam Hidayah Johor Bahru: The Teacher Factor


SM Islam Hidayah Johor Bahru: The Teacher Factor
March 13, 2009 at 2:27 am | In 1, Foto Seminar, Panduan untuk Guru, Seminar | 5 Comments
Kamis, 12 Mac 2009: Seminar Bijak Belajar Bersama 232 Pelajar Tingkatan 3 dan 5

Pada hari keputusan SPM diumumkan kebetulan saya mengendalikan seminar di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIH-JB). Ini bukan kali pertama … tetapi berulangkali SMIH-JB mencatatkan prestasi yang membanggakan dalam peperiksaan utama negara. Keputusan SPM yang diumumkan semalam ternyata ada peningkatan ketara. Tahnian kepada Pengetua, Pn Kamaliah and team. Ini lebih-lebih lagi memandangkan INPUTnya, yakni kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 ke sekolah berkenaan bukan dari cream yang memperolehi kesemuanya 5A-UPSR seperti SBP, MRSM dan SMKA lainnya, namun prestasi pelajarnya, yakni OUTPUT cukup membanggakan. In many instances they outdo many premeir schools in Johor. Their main competitor, their benchmark is the Malaysian top school at JB … Sekolah Tun Fatimah. Wow !

Dari banyak lawatan saya ke sekolah berkenaan sejak lebih lima tahun yang lalu mengendalikan program bersama pelajar SMIH, saya difahamkan salah satu faktor ialah KOMITMEN GURU ... seterusnya baca DI SINI

Saturday, January 9, 2010

Dinamika Dakwah Islamiah

Di dalam sirah perjalanan dan perjuangan dakwah Islam yang dipimpin oleh kepimpinan agung Rasulullah SAW dengan sokongan dan dokongan kumpulan teras para sahabat awalun, mereka telah melalui fasa dakwah secara 'bersembunyi' (sirri) kepada fasa terang-terangan atau terbuka.
Tahap pertama (sirri) adalah tahap pembinaan dan pembentukan manakala tahap Kedua adalah tahap penyebaran dakwah secara terang-terangan dan melakukan perjuangan untuk membentuk sebuah masyarakat yang baru (dari segi pemikiran dan perbuatan).
A. Tahap pembinaan dan pengkaderan (Pembentukan) [Marhalah Tasqif]
Tahap ini dimulai sejak Baginda SAW diutus menjadi Rasul, setelah firman Allah SWT : "Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah, lalu berilah peringatan!" [Al-Muddatstsir: 1-2]
Baginda SAW secara diam-diam (sirriyah) mulai mengajak masyarakat untuk memeluk Islam. Selama tiga tahun Baginda SAW menyampaikan dakwah dalam bentuk ajaran per individu dari rumah ke rumah. Bagi yang menerima dakwah, segera dikumpulkan di rumah seorang sahabat bernama Arqam, sehingga rumah tersebut dikenali sebai Daurul Arqam (rumah Arqam). Di rumah ini setiap hari para sahabat mendengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dan penjelasan dari Rasulullah SAW. Pendek kata tempat inilah mereka dibina dan dibentuk dengan bersungguh-sungguh dan terus menerus. Selanjutnya beberapa daripada mereka diutus untuk menyampaikan dakwah kepada yang lain. Di antaranya adalah Khabab bin Arts yang mengajarkan Al-Qur'an di rumah Fatimah binti Khaththab bersama suaminya, yang kemudian dari sinilah Umar bin Khaththab masuk Islam.
Baginda bersungguh-sungguh untuk mentarbiyah (mendidik dan membentuk) pemeluk-pemeluk Islam dan menyempurnakan tsaqafah mereka mengenai agama Islam, disamping mengajarkan Al-Quran kepada mereka. Sahabat-sahabat ini telah membentuk satu kumpulan dan seterusnya berganding bahu dalam menyebarkan dakwah Islam. Jumlah mereka semakin meningkat melebihi 40 orang, yang dianggotai oleh lelaki dan perempuan, mereka datang dari pelbagai lapisan masyarakat, dan kebanyakan daripada mereka usianya masih setahun jagung. Bukan sahaja daripada golongan berada malahan tidak terkecuali golongan yang miskin, ada yang lemah dan juga yang kuat.
Jika dikaji secara saksama, maka akan dapat difahami mengapa tahap awal dakwah Rasulullah ini dilakukan secara sirriyah (diam-diam). Suatu konsepsi atau pemikiran yang masih asing dan belum terfikirkan oleh masyarakat, hendaklah terlebih dahulu disampaikan secara diam-diam dengan memperbanyakkan face to face (bersemuka) dan penjelasan. Ternyata terbukti kemudian, aktiviti seperti ini mampu menghasilkan kader(pembetukan kumpulan kecil) dan pendukung teguh yang bersedia mengorbankan apapun untuk meraih cita-cita yang diharapkan. Maka inilah thoriqah (jalan atau cara) yang tepat untuk mengawali dakwah di tengah-tengah masyarakat yang menerapkan aturan jahiliyyah yang sama sekali jauh dari nilai-niali Islam.
Berdasarkan langkah dakwah ini jumhur (majoriti) fuqaha’ berpendapat bahawa bila kaum muslimin berada pada posisi atau kedudukan lemah, rapuh kekuatannya dan khuatir hancur binasa oleh kekuatan lawan, maka hal ini lebih utama kerana seseorang muslim tidak boleh menyerah kepada kaum kafir atau zalim dan tidak boleh berdiam diri tanpa berjihad melawan orang-orang kafir.
B. Tahap ke dua: Titik Pelancaran (Launching point) Dakwah Nabi
Masyarakat Mekah telah mengetahui seruan kepada Islam sejak hari pertama Rasulullah s.a.w diutuskan sebagai Rasul. Masyarakat Mekah juga mengetahui bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah mengajak kepada suatu Din yang baru, dan beberapa orang telah menerima Islam, mereka juga tahu bahawa Rasulullah saw telah mengumpulkan sahabat-sahabatnya dan mengajar mereka berserta kaum muslimin yang lain secara rahsia dari kaum Quraisy dimana mereka telah dikumpulkan di dalam bulatan ilmu (halaqah) dan belajar mengenai Deen yang baru itu.
Masyarakat Mekah menyedari adanya seruan kepada Islam, meraka juga maklum bahawa ada orang yang telah beriman kepadanya tetapi mereka tidak pernah tahu dimanakah mereka berjumpa atau dengan siapa mereka bertemu. Inilah sebabnya apabila Rasulullah saw mengisytiharkan kepercayaan (keimanannya) yang baru itu, ia tidak menjadi suatu kejutan kepada masyarakat Mekah. Apa yang memeranjatkan mereka ialah kemunculan satu kumpulan kaum muslimin. Iaitu kaum muslimin yang mendapat kekuatan yang hebat apabila Hamzah Ibnu Muthalib memeluk Islam, diikuti Umar bin Al-Khatab tiga hari kemudiannya. Kemudian datanglah wahyu Allah SWT.: "Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang musyrik, sesungguhnya kami memelihara kamu daripada kejahatan orang-orang yang memperolok-olokan kamu iaitu orang-orang yang menganggap adanya Tuhan yang lain disamping Allah maka mereka kelak akan mengetahui akibat-akibatnya" (Q.s. Al-Hijr: 94-96).
Rasulullah secara pasrah mematuhi perintah daripada Allah dan membawa kumpulannya keluar untuk menyampaikan Islam ke seluruh Mekah. Baginda (Rasulullah saw) keluar bersama sahabat-sahabatnya dalam dua barisan iaitu satu diketuai oleh Umar dan satu lagi diketuai oleh Hamzah. Mereka berjalan dalam susunan sedemikian yang tidak pernah disaksikan oleh kaum Quraisy sebelum ini. Rasulullah saw kemudiannya mengelilingi Kaabah bersama-sama sahabatnya.
Inilah peringkat dimana Rasulullah saw bergerak bersama-sama sahabatnya dari fasa yang rahsia kepada peringkat yang terbuka, daripada fasa menyeru dan mengajak kepada Islam bagi orang yang baginda rasa telah bersedia untuk menyahutnya kepada fasa dimana dakwahnya ditujukan kepada semua masyarakat.
Di sini bermulalah satu era baru dalam dakwah Rasulullah di mana pertembungan diantara Iman dan Kufur bermula di tengah-tengah masyarakat, serta perjuangan diantara mafahim (konsep) yang hak dengan yang bathil juga bermula.
Oleh yang demikian, bermulalah fasa kedua iaitu "fasa interaksi" dan "perjuangan" dengan mafahim selain Islam. Dengan wahyu tersebut maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas. Antara langkah awal dakwah cara terang-terang ialah Rasulullah menjemput kaum Quraisy serta pembesar-pembesar Quraisy menghadiri perjumpaan (rapat umum) di kaki bukit Safa dan menyeru mereka kepada agama Islam dan menyembah Allah swt. Dakwah pada peringkat ini menerima tentangan yang hebat dari kafir Qurais.

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut.

Pengorbanan merupakan hal yang tidak dapat dihindari dalam setiap perjuangan dakwah. Ujian dan dugaan adalah seumpama harga yang perlu dibayar di dalam perjalanan meraih keridhaan Allah sebelum natijah kemenangan memihak kepada jamaah Islamiyah Hakikiyah.