Wednesday, February 10, 2010

Menginstitusikan Dakwah & Tarbiyah



AL-Qur'an dan AL-Hadith yang menjadi manhaj utama kehidupan ummat memiliki pelbagai garis panduan dan sumber pendidikan (tarbiyah). Ada yang bersifat jelas, terang dan nyata, ada yang berbentuk garispanduan kasar, yang memerlukan perincian dan penterjemahan para mufasirin yang muktabar. Pendeknya di dalam Islam ada unsur-unsur yang TETAP dan ada unsur-unsur yang BERUBAH, sesuai dengan kesempurnaan Islam untuk setiap manusia, semua bangsa dan setiap zaman.

Di dalam keadaan ummat yang masih berdepan dengan cabaran, kehidupan keluarga dan masyarakat Islam sentiasa berada di dalam situasi yang tidak selamat. Aqidah ummat sentiasa dicabar dengan kefasikan dan kekufuran, ibadah ummat sentiasa diganggu dari kekyusukan dan keikhlasan, akhlak ummat dicabar dan dicalar dengan kecacatan; manakala syariat ummat terdedah dengan perlanggaran, gharar dan riba'. Di dalam keadaan yang 'tidak selamat' itu, setiap pejuang ummat harus meningkatkan keupayaan, 'merapatkan barisan' dan mengoptimakan tenaga.


Taklif (kewajipan) melaksanakan dakwah dan tarbiyah yang merupakan tugas asasi setiap muslim (terutama mereka yang diberi Allah fikrah harakah). Usaha-usaha pengemblingan tenaga mesti di 'synergi' kan. Setiap kita ada kekuatan (di dalam Fizik disebut tenaga keupayaan) dan tenaga ini perlu gembling dan syenrgi (Synergi dalam tenaga: 1+1 = lebih dari 2).





Dakwah dan tarbiyah di dalam masyarakat boleh dijalanakn dengan pelbagai cara. Penginstitusian dakwah dan tarbiyah adalah suatu pendekatan SYNERGI. Keberkesanan dakwah dan tarbiyah akan lebih terserlah jika para petugas dakwah memfokuskan usaha dan tenaga kepada pencapaian "hasil Pembelajaran" (istilah pendidikan) - dalam istilah dakwah mungkin "Natijah dakwah/tarbiyah". Penginstitusian dakwah yang popular hari ini ialah melalui penubuhan sekolah-sekolah Islam. Program dakwah dan tarbiyah boleh dijalankan dan disynergikan. Anak-anak murid, guru-guru dan staf sekolah berpeluang melalui proses dakwah dan tarbiyah secara langsung mahupun tidak secara langsung. (a) Manhaj Rabbani boleh dijadikan asasnya; (b) Murabbi (pendidik) boleh memainkan peranan secara berkesan, pembangunan upaya murabbi juga boleh dibangunkan; (c) Bi'ah solehah boleh diwujudkan berasaskan manhaj tadi; dan (d) Khudwah Hasanah boleh dipamerkan secara praktikal. Ke emapat-empat faktor ini adalah asas KEBERKESANAN Dakwah & Tarbiyah.

Pembentukan Institusi dakwah & terbiyah di dalam bentuk institusi pendidikan, selain menjalan dan mencapai misi kecemerlangan akademik, kecemerlangan dakwah dan tarbiyah Insya ALlah dapat diupayakan. Ibu Bapa juga boleh diturutsertakan melalui pensejajaran visi dan misi sekolah khususnya di dalam menghasilkan (learning outcomes) anak-anak yang soleh dan solehah. Semoga dengan itu, akidah ummat dapat disubur dan dipelihara, ibadah ummat dapat disubur dan dibudayakan, akhlak ummat dapat dilatih dan diperelokkan seterusnya syariat umamt dapat dilaksanakan.

Kaedah Fiqh berbunyi "Tidak tercapai sesuatu yang wajib kecuali dengan jalan itu, maka jalan itu pun menjadi wajib".

Semoga Allah mempermudahkan urusan ummat ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang menjayakan perjalanan institusi dakwah dan tarbiyah. Pengorbanan dan keikhlasan antum sebagai para murabbi yang meletakkan dakwah dan tarbiyah ummat di hadapan di dalam kehidupan, mudah-mudahan akan mempertinggikan martabat Iman di sisi Allah.

# Gambar & Kandungan adalah bersempena lawatan penulis sebagai Anggota Jamaah Penasihat di STAIL 10 Feb 2010.