Monday, December 6, 2010

Ceramah Misi Kemanusiaan ke Gaza di Kampung tempat relawan dilahirkan

19 November 2010, di dalam kegelapan jalan kampung, kenderaan dipandu ketua konvoi A2G PM Dr Mohd Zin Kandar meluncur laju merentasi beberapa kampung selepas exit PLUS Simpang Renggam. Simpang empat Parit Madirono dilalui dan membelok ke jalan menuju beberapa kampung yang bermula dengan nama "parit". Akhirnya kenderaan van 12 seater yang membawa anak-anak dan barangan Aqsa Syarif membelok di kawasan balai raya Kg Parit Permatang Sepam. Persekitaran gelap, balam-balam lampu di surau comel di penjuru jalan dengan beberapa ahli jemaah kelihat duduk berborak. Inilah sebenarnya kampung yang mengimbau 1001 nostalgia manis dan pahit, perit dan pedih. Masih terbayang 'kaki ayam' yang melangkah di jalan berlumpur, keringat yang membasahi seluruh tubuh dek kerana panas terik memancar kesebatang tubuh kerdil yang sedang menolak basikal yang dihimpunkan sekitar 8-10 tandan pisang untuk dibawa ke hujung kampung bagi memperoleh seringgit dua bagi keperluan membeli beras dan garam.... "ah... itu 40 tahun dahulu.." bisik hati tubuh sederhana yang sudah berumur setengah abad itu menuruni kenderaannya dan menuju surau berhampiran.

Malam ini adalah di antara hari yang bersejarah. Kerana anak kampung Permatang Sepam ini berpeluang berkongsi pengalamannya menjejak kaki di Gaza dan balik bersama 6 relawan yang lain membawa 'ghanimah' atau 'barangan rampasan perang' selepas berjaya memecahkan sekatan Israel di Gaza. 'Ghanimah' yang perlu dibahagi-bahagikan kepada rakyat Malaysia. Begitulah cerita yang di sampaikan oleh Dr Zin dihadapan sekitar 80 orang kampung yang terdiri dari Pak Imam, Ketua Kampung (En Buang), pakcik-pakcik, makcik-makcik, anak-anak buah dan tak ketinggalan rakan sekelas ketika di sekolah rendah dan menengah di kampung ... lebih 40 tahun yang lalu.

Alhamdulillah. Jualan barangan Aqsa Syarif turut di adakan dan kutipan derma untuk rakyat Gaza turut di lakukan. Jazakallahukhairan semua orang kampung. Jasamu sentiasa dikenang dan dihargai.

Pertusan Khas Pengerusi Aqsa Syarif Sempena Sambutan Maal Hijrah 1432


.... Tahun 1431H menyaksikan Aqsa Syarif bermain dan bergelumang dengan beberapa isu kritikal Palestin. Walaupun dilihat baru di gelanggang, pimpinan dan sukarelawan Aqsa Syarif merupakan gandingan muka-muka lama dan baru yang berjaya mencipta sejarah baru perjuangan Palestin.

Pimpinan Palestin acap kali mengulang-ulang bahwa tahun lepas dan tahun ini merupakan tahun intifadhah ketiganya. Tembok kepungan Gaza semakin hampir keruntuhannya walau pun tangan-tangan jahat Yahudi itu masih cuba mengampu tembok itu. 

Aqsa Syarif terlibat dalam dua peristiwa besar membantu Palestin yang telah benar-benar membuka mata dunia - kapal Marvi Marmara dan Konvoi Darat. sila baca lanjut di http://aqsasyarif.com/featured/perutusan-hijrah-1432-pengerusi-aqsa-syarif/