Tuesday, January 24, 2012

Ahli IKRAM Dianugerah Tokoh Wanita Saudara Muslim Kebangsaan 2011 ... Tahniah Ustazah & Ustaz Ahmad Fahmi


Rabu, 11 Januari 2012 10:31

KUALA TERENGGANU – Ahli Aktif IKRAM Seberang Perai Utara Pulau Pinang, Puan Wardatul Iman Abdullah telah dianugerahkan Tokoh Wanita Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan Tahun 20111 oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Haji Othman bin Mustapha.


Anugerah tersebut telah disampaikan dalam Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2011 pada 24 Disember 2011 yang lalu di Primula Beach Hotel di sini.


Wardatul Iman yang berketurunan Sikh, merupakan guru pakar Bahasa Inggeris di Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL), Tasek Gelugor iaitu salah satu sekolah rangkaian MUSLEH. Beliau adalah isteri kepada kepada Guru Besar STAIL, Ustaz Ahmad Fahmi Abu Bakar. Beliau juga merupakan mantan Guru Besar STAIL.

Wardatul Iman yang berkelulusan Bahasa Inggeris dan suami, Ustaz Fahmi yang berkelulusan Al-Azhar adalah antara ahli IKRAM yang mewakafkan diri untuk membangunkan STAIL yang turut dibuka untuk pelajar pra-tahfiz (5 dan 6 tahun).

Konvensyen tiga hari anjuran JAKIM ini bertujuan mempertemukan Saudara Muslim untuk bertukar-tukar pengalaman serta memperoleh maklumat yang berguna dalam menjalani kehidupan seharian seorang Muslim, di samping memantapkan pengetahuan Saudara Muslim dalam memenifestasikan Islam sebagai cara hidup.


Tahniah diucapkan kepada Puan Wardatul Iman, juga kepada suami yang sentiasa menyokong usaha beliau mendidik generasi muda. Semoga menjadi contoh kepada semua sebagai wanita Saudara Muslim yang cemerlang dalam dakwah dan menyumbang jasa kepada masyarakat.

Sumber gambar: JAKIM

Saturday, January 21, 2012

Pembentukan Keperibadian Individu Asas Kejayaan Ummah Sejati

Hari ini sejumlah lebih 1.84 bilion umat Islam di dunia, majoritinya adalah Islam kerana dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam. Alhamdulillah dengan syahadah yang diajarkan di dalam keluarga atau diperolehi dari pelajaran di sekolah atau madrasah telah melayakkan umat Islam hari ini bergelar muslim.

Tetapi dari perspektif yang sebenarnya, Syed Abul A'la Maududi ada menjelaskan bahawa Islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktikkan pengetahuan tersebut. Seseorang tidak disebut seorang Muslim kerana ia tergolong dalam suatu kelompok bangsa tertentu. Tetapi seseorang dikatakan Muslim apabila ia menerima Islam sebagai agamanya. Penjelasan Syed Abul A'la Maududi ini (lihat buku Dasar-dasar Islam) lebah tepat dengan pengertian Islamnya sesaorang.

Islamnya sesaorang yang disebut Maududi itu sebenarnya jelas tergambar di dalam kehidupan generasi Islam yang dididik Rasulullah SAW dan itulah generasi umat Islam dan individu-individu Islam sebenar yang diredhai Allah SWT. Generasi para sahabat itu apabila menerima sahaja Islam dan bersyahadah, jelas ciri-ciri dan amalan kehidupan mereka berbeza dengan mereka yang tidak bersyahadah atau belum Islam.

Bagaimana hari ini ?

Lihatlah sama ada di Asia, mahupn di Afrika dan dimana umat Islam tinggal. Apakah keislaman umat hari ini bertepatan dan memenuhi tuntutan syahah yang dilafazkan ? Ramai yang bersyahadah, tetapi sering akhlak dan ibadahnya jauh dari tuntutan syahadah. Syahadah menuntut pelafaz itu menerima hanya sanya perintah ALlah, mengikuti semua ajaran, akhlaknya mesti bertepatan dengan ajaran Islam, pakaiannya mesti menurut kehendak Islam dan tidak boleh meninggalkan yang fardhu, apatah lagi melanggar perkara-perkara yang haram di dalam segi pakaian, mu'amalah dan syariat.


Perlunya Pendidikan Diri

Para sahabat Rasulullah SAW boleh merubah kehidupan dirinya dari segi kepercayaan, kefahaman, akhlak, ibadah dan perilaku kehidupannya dari jahiliyah kepada Islam adalah kerana pendidikan (tarbiyah) yang sebenar yang dilalui setiap mereka dengan penuh ketekunan dan kesungguhan. Adakah mungkin umat Islam hari ini boleh menjadi muslim sejati dengan hanya dilahirkan Islam dan tidak perlu melalui proses tarbiyah ?

Amal sesaorang asasnya adalah kefahaman. Kefahaman yang betul akan Insya ALlah melahirkan keyakinan untuk mengikuti ajaran Islam. Tarbiyah Rasulullah dan para sahabat yang dilalui bersumberkan Al-Qur'an dan Sunnah, itulah rahsia mengapa lahirnya individu-individu contoh yang hebat yang disebut Syed Qutb sebagai 'the unique qur'anic generation'. Tarbiyah yang sama kaedahnya Insya ALlah akan memampukan lahirnya generasi yang diimpi-impikan untuk menjadi contoh dan penyelesaian kepada kemelut kerusakkan manusia di zaman ini.


Pendidikan diri bermula dengan meneliti apakah hakikat kita dijadikan ALlah SWT sebagaimana yang terkandung di dalam firmanNya ; Maksudnya: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku". (Adz-Dzariat: 5). Pendidikan diri agar sentiasa sedar dan faham bahawa fungsi umum dan khusus kita adalah untuk menyerahkan pengabdian kepada Allah dan membebaskan diri dari sebarang pengabdian atau ikutan kepada selainNya termasuk manusia, syaitan, nafsu dan apa jua yang berbentuk duniawi yang menyesatkan. As Syahid Syed Qutb menjelaskan “Islam meminta supaya manusia menuju kepada satu tujuan sahaja iaitu ikhlas dalam menghambakan diri kepada Allah, jangan menyembah manusia lagi”. (Syed Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan, h. 65).


Muslim perlu sedar bahawa kita memikul tugas besar di muka bumi ini sebagaimana firman ALlah; Maksudnya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi. " (Al-Baqarah: 30). Tugas ini besar sungguh...! Berat sungguh ..! Kita perlu mengetahui ruang lingkup dan kewajipan ini. Tanpa ilmu, tanpa pendidikan (tarbiyah imaniah, tarbiyah fikriyah, tarbiyah jasadiah, tariyah jamaiyah), tidak mungkin kita mampu memahami dan menyedari secara istiqamah tugas khalifah yang dimaksudkan pencipta kita.

Oleh itu, setiap muslim yang jumlahnya mencecah 1.84 bilion itu sebenarnya perlu melalui proses tarbiyah bagi memastikan keislaman benar-benar bertepatan. Namun, ianya tentunya mustahil dijalankan ... oleh itu perlu ada segolongan yang diberi hidayah dan kesedaran berusaha menjalankan usaha-usaha tarbiyah agar akan lahir segolongan yang berupaya memimpin jumlan yang besar itu.

Pendidikan perlu dijalankan secara berjamaah


Rasulullah telah menunjukkan kepada kita bagaimana beliau membentuk jamaah dan dengan berjamaah mampu melakukan proses pendidikan (tarbiyah) melalui usaha-usaha membacakan ayat-ayat Allah, menghuraikan dan mempraktikkan di dalam kehidupan seharian walaupun mereka tetap berada di tengah-tengah kehidupan masyarakat jahiliyah di Mekkah dan seterusnya disambung di Madinah.


Islam itu ganjarannya syurga yang penuh kenikmatan dan kesenangan. Tetapi untuk memperolehinya ia perlu pengorbanan. Tidakh cukup dengan sekedar puas hati apa yang ada (selesa). Hidup perlu memberi bagi menerima sesuatu yang berharga. Hidup perlu mujahadah dan berkorban untuk mencapai ketinggian ilmu, amal dan syariat.

” Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga walhal belum datang cubaan kepadamu sebagaimana halnya orang-orang sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan berbagai cubaan),…" [Al-Baqarah:214]



Perjuangan menjadikan diri mukmin sejati, mampu berakhlak mulia, beramal dengan amal Islami hakiki dan mengikut kesemua syariat Allah perlu pengorbanan dan perjuangan. Rasulullah sendiri bertungkus lumus dalam hidupnya menjalankan misi suci itu. Rasulullah menunjukkan kepada kita bahawa perjuangan Islam merupakan satu perjuangan yang sukar dan panjang. Ianya memerlukan penggemblengan tenaga demi untuk mencapai keberhasilannya. Pemimpin yang berkesan bukan hanya hebat sebagai peribadi, tetapi dapat bekerja secara kolektif dengan pengikutnya. Bekerja secara kolektif ini adalah etos kerja yang dicetuskan oleh Islam, seperti firman Allah yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang tersusun rapi seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang tersusun kukuh” (Al-Saff : 4)

Pembentukan keperibadian Islam sejati bagi menuju kejayaan ummah, tidak akan tercapai jika hidup ini dilalui dengan sambil lewa. Lihatlah bagaimana Rasulullah dan para sahabat Radiaullahuanhum menjalani kehidupan mereka ...!

Saturday, January 14, 2012

Anda Ingin Mengetahui Apa Yang Ada di Gaza?






Alhamdulillah, dengan keizinan dan rahmatNya jua, saya telah ditakdirkan dapat menjejak kaki ke bumi Ambiya' bumi Palestin yang penuh keberkatan sebagaimana yang disebut ALlah SWT di dalam surah al-Isra' ayat 1. Bumi yang telah menyaksikan 1001 peristiwa, bumi di mana Rasulullah memulai pendakian menemui Allah menerima kewajipan solat 5 waktu dan banyak lagi peristiwa di bumi ambiya itu.

Okt 2010 dan Ogos 2011, saya bersmaa misi Aqsa Syarif Alhamdulillah berjaya menerobos, memecahkan sekatan Israel. Memasuki Palestin (Gaza) dan menziarahi saudara-saudara pejuang di sana disamping menghulurkan bantuan hasil kutipan dan sumbangan rakyat Malaysia yang berada di dalam negara mahupun yang berada diluar negara.

Jika anda inginkan penjelasan mengenai pengalaman saya di Gaza bersama rakan-rakan anggota misi A2G dan A2G2 (http://aqsa2gaza2.blogspot.com/) boleh hubungi mana-mana wakil Aqsa Syarif atau terus hubungi saya di 013-4352539.

Tayangan slaid dan multimedia boleh kita kongsikan bersama Insya Allah.

Mohd Zin Kandar
drzin2000@yahoo.com