Saturday, February 9, 2013

Kemalangan Tragis Yang Tidak Dapat Di Duga - Bantuan Kecemasan Kemanusiaan Adalah Keutamaan


9 Feb 2013, Sabtu. Hari ini kami sekeluarga mempunyai tugasan penting, berniat untuk merapatkan kekeluargaan dan kejiranan. Dua kenduri kahwin anak Pakcik di Kg Kuala Paya Buluh Kasap Segamat, satu kenduri sepupu di Kg Permatang Sepam Benut Pontian dan dua kenduri jiran berdekatan taman. Isteri tersayang mencadangkan agar kami pergi yang jauh dahulu, ok saya setuju dan pagi itu sekitar 10.00 pagi kesemua anak-anak dan menantu kami (12 orang) menaiki van 12 seater yang ku miliki sekian lama. 

Van tersebut lazimnya bergerak bila ramai anak-anak balik rumah atau sesekali menjalankan misi kempen pembelaan Palestin. Setelah semua menaiki van dan do'a dibaca beramai-ramai, van kami mula bergerak dari TSPP Skudai. Sebagaimana dijangkakan, kesesakan trafik menyebabkan pemanduan lambat  selepas melepasi tol Skudai menuju utara kerana kesesekan di sebebkan hari besar kaum cina yang meraikan tahun baru. 

Beberapa km dari tol, JPJ membuka laluan kecemasan lorong ketiga untuk digunakan para pemandu bagi melancarkan pergerakan kenderaan. Apabila mendekati exit Simpang Renggam, lorong ketiga ditutup kembali dan laluan dua lane bergerak agak sederhana.

Bebeapa kenderaan cuba menggunakan lorong kecemasan, tiba-tiba ku lihat sebuah pacuan 4 roda dengan sarat penumpang dan mengikat bag-bag dibumbung kenderaan memotong kiriku meluncur kehadapan dan beberapa minit ku lihat terhoyong hayang kerana tayar kirinya terbabas ke tanah disebelah lorong kecemasan dan kulihat berputar dan bergulung-gulung beberapa kali ditengah-tengah lebuhraya... "Allahhu Akbar...!!!!!! semena-mena aku bertempik beberapa kali melihat kejadian seumpama suatu tayangan filem ..! habuk dan serpihan sebahagia kenderaan itu berkecai dan kenderaan terbalik di tengah-tengah lebuh raya.

Bebeapa kenderaan mengelak dan ada yang memberhentikan kenderaan. 
Oleh kerana kebanyakkan pemanduan tidak terlalu laju, tiada perlanggaran berlaku, Alhamdulillah.

Aku segera memberhentikan van yang ku pandau di tepi lorong kecemasan, memasang lampu kecemasan dan mengajak anak-anak yang besar serta isteri membantu mangsa.


Dengan perasaan bimbang berlaku letupan, kami menarik mangsa keluar dari kenderaan yang sudah tebaik dan remuk, beberapa mangsa berjaya dikeluaran, dan kemudian aku menarik seorang dewasa dan seorang kanak-kanak yang berlumuran darah. 

Ku lihat seorang lagi terhempit dan ku mengesyakki telah meninggal kerana hempetan yang teramat sangat keseluruhan badannya. Kami tak dapat berbuat apa-apa kecuali menenangkan ahli kelaurga yang terselamat.
Segera isteriku, anak-anak dan ku lihat juga beberapa pemuda dan wanita pelbagai bagsa - melayu, india dan cina turut membantu mangsa. Aku cuba mengawal keadaan, cuba mengarahkan laluan kenderaan, dua lorong dapat dilalui terus oleh para pengguna lebuhraya menuju utara sementara menunggu bantuan datang untuk mengangkat kenderaan kemalangan beserta mayat salah seorang pemandu. Dua anakku yang laki-laki M Aiman dan Zulfadhi turut membantu pergerakan kenderaan.
Isteri dan anak perempuanku, Nurshafeeqah turut membantu mangsa yang di bawa ke bawah pokok di tepi lebuhraya. Polis, PLUS dan Ambulan sudah dihubungi dan isteriku cuba membuat pemerhatian terhadap mangsa, Alhamdulillah kemahirannya sebagai seorang ahli farmasi dimanfaatkan untuk membuat rawaan kecemasan.

Kanak-kanak perempuan cedera parah dan darah meleh ditelinganya tanpa henti. Seorang wanita terlantar dengan darah di kepala.
Mangsa Lelaki (ketua kelaurga) dan wanita (isterinya agaknya) kelihatan luka-luka kecil dan panik, tapi turut membantu anak-anak yang cedera.

Setelah sekitar lebih 15 minit menunggu, tanpa kelihatan ambulan datang, kami semua yang membantu mengambil keputusan untuk menghantar mangsa kanak-kanak yang agak serius ke klinik berdekatan bagi mendapat rawatan segera. Aku segera mengidupkan injin dan membawa ke klinik Simpang Ranggam, diperjalanan setelah keluar tol Macap, bertembung kereta ronda Polis lantas segera memberi isyarat dan meminta membawa kami ke Klinik. 

Rawatan segera diterima di klinik Simpang Renggam oleh staf yang tinggal bersebelahan klinik dan kemudaian usaha untuk membawa dengan ambulan ke hospital dilakukan.

Kenderaan pacuan 4 roda tersebut dipandu salah seorang wanita dewasa dan terdapat sepuluh penumpang, 5 dewasa dan 5 kanak-kanak. Bebeapa bag diikat diatas bumbung pacuan 4 roda tersebut dan tentunya mereka di dalam perjalanan untuk balik kampung bagi menyambut tahun baru. Mangsa yang meninggal di tempat kejadian dilaporkan seorang wanita tua.

Begitulah takdir. Begitulah penyusunan Allah. Hanya selepas zuhur kami dapat meneruskan perjalanan ke Segamat. Namun sempat juga tiba dengan selamat walaupun lambat ke rumah bapa saudara yang mengadakan kenduri perkahwinan anaknya.

Tiga majlis kenduri lagi tidak dapat kami tunaikan. Semoga beroleh kemaafan dari mereka. Kami bersyukur dapat membantu mereka yang di dalam kecemasan dan bersyukur tidak terlibat di dalam kemalangan yang mengerikan itu. Semoga kita semua sentiasa berhati-hati di jalan raya dan sentiasa dipelihara Allah kehidupan di dunia dan akhirat.

Oleh kerana kami tidak dan tak sempat mendapat maklumat dari mangsa, kami tak tahu bagaimana kesudahan mangsa-mangsa tersebut. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada mereka yang ditimpa musibah ketika sambutan tahun baru mereka.











 Kami sekeluarga akhirnya dapat sampai juga ditempat kenduri perkahwinan di Segamat dengan selamat walaupun agak lewat, Alhamdulillah.

Di dalam perjalanan balik dapat juga singgah menikmati buah durian di Segamat