Thursday, August 29, 2013

PRESIDEN DR MURSI YANG SAH DIPILIH RAKYAT DIRAMPAS KUASA OLEH TENTERA DAN KEMARAHAN MEMUNCAK SELURUH DUNIA




DEMO DI KUALA LUMPUR


Thousands Malaysians turned up to support the legitimate elected President Muhammad Mursi in Kuala Lumpur Malaysia today and to condemn the unlawful and brutal Egyptian leader of Asissi. The killings of thousands of peace protesters yesterday in Cairo had angered Malaysians who were following closely the situation in Egypt since Legitimate President Muhammad Mursi was captured and prisoned without any news. 

The Malaysian protesters marched more than 1 km towards the Egyptian Embassy to submit memorandum of dissatisfaction from 102 Malaysian NGOs coalition.

The protesters shouting and demanding Asissi to step down and to end the brutal killings of unarmed Egyptians and to restore Dr Muhammad Mursi as the legitimate elected President.


DEMO DI JOHOR

Pembunuhan oleh regim haram diketuai General Abdul Fatah As Sisi yang belot dari kepimpinan Presiden Muhammad Mursi yang sah dan menumbangkan Mursi serta membunuh ribuan rakyat Mesir mendatangkan kemarahan umat termasuk umat Islam seluruh Malaysia.

Tindakan kebinatangan dan buiadab As Sisi telah mencetuskan tunjuk perasaan seluruh negara hari ini selepas semalam tunjuk perasaan di adakan di Kuala Lumpur menuju kedutaan Mesir yang diketuai oleh Pertubuhan Ikram Malaysia.

Selepas Solat Jumaat seluruh negara mengadakan tunjuk perasaan menentang dan mengutuk tindakan kejam dan kebinatangan tentera Mesir di atas arahan As Sisi.

Di Johor Bahru, di perkarangan Masjid Bandar Baru Uda, beberapa NGO (termasuk Pertubuhan Ikram, ABIM dan Haluan) dan parti politik (Pas dan Keadilan) telah mengerakkan aktivis masing-masing menyatakan bantahan dan membakar poster As Sisi.

Mereka bersatu hati mengutuk As Sisi dan meminta Morsi dibebaskan dan dikembalikan sebagai Presiden yang sah yang telah dipilih secara demokratik.

Penunjuk perasaan juga mengutuk Amerika dan Israel yang turut bersekongkol dengan rejim zalim diketuai As Sisi.



























Ramadhan di Datong China Bersempena SDC 2013


Ramadhan tahun ini, Alllah swt beri kesempatan berpuasa di negeri China dan masa yang ada dimanfaatkan bertemu saudara-saudara Islam di Datong China.

Alhamdulillah masa yang ada dapat kesempatan solat tarawih, dapat iftar dan sahur sekali di Masjid Besar Datong.

Diimami oleh Imam Hassan dan dihadiri hampir penuh masjid di bangunan utama. 20 rekaat dengan 3 rekaat witir.
Masjid besar Datong ini mempunyai 1 dewan solat yang besar di tengah-tengah dan dua dewan solat berasingan di sebalah kanan dan kiri. Iaitu satu untuk wanita (kiri) dan di sebelak kanan untuk solat tambahan laki-laki. 

Muslimat turut hadir bersolat tarawih di masjid Datong.

Alhamdulillah, nikmat menjadi muslim. di mana-mana jua kita berada jika kita usaha cari akan kita temui masyarakat Islam yang mengamalkan ajaran Allah sebaik-baiknya. Mereka mengamalkan akhlak Islam, syariat Islam dan ibadah sebagaimana yang ajarkan oleh Rasulullah saw dan diamalkan oleh seluruh umat Islam. Sudah tentu sedikit sebanyak ada perbezaan kecil dalam aspek amalan tetapi ianya tidak mencacatkan fardhu dalam beramal. Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar. Semoga Islam terus berkembang di negeri China ini.

https://www.facebook.com/drzin2000/media_set?set=a.703815276302593.1073741873.100000223811259&type=3

BERBUKA PUASA DI MASJID DATONG

Alhamdulillah, tahun ini berkesempatan berpuasa di Datong China. Sahur sekitar jam 3.00 padi di masjid di Datong dan berbuka sekitar jam 7.30malam. Saya berkesempatan berbuka puasaa bersama saudara-saudara Islam China di Datong. Sekitar 100,000 penduduk beragama Islam di Datong Sahaja. Juadah istimewa ialah apam (pau)vberintikan daging lembu.


KOMUNI ISLAM BERGOTONG ROYONG DI DATONG

Alhamdulillah tahun ini berkesempatan menjalanai Ramadhan AL-Mubarak di Datong China bersempena tugasan rasmi UTM. Berkesempatan menyelami kehidupan masyarakat Islam Datong. Sungguh mengujakan dan teras sungguh bahawa kita adalah satu Ummah. Satu aqidah yang suci... terasa semacam berada di kampung halaman sendiri. Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar.







EID MUBARAK DI DATONG

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar...! Allahukabar Walillahil Hamd..! 1 Syawal yang menjelang tahun ini sungguh menguja hati dan perasaan. Sebulan berpuasa dilalui dengan penuh kesungguhan dan kini Allah kurniakan seluruh umat hari kegembiraan, hari kemenangan, hari kembali kepada fitrah...!

Tidak ketinggalan bagi penduduk Islam Datong China yang bersyahadah dan beragama Islam, mereka sejak sebelum jam 8.00 pagu sudah bersiap dan menuju Masjid Besar Datong dengan pakaian bersih cantik dan berkopiah serta bertudung bagi yang wanita.

Kami dari UTM Johor yang menyertai Solar Decathlon China 2013 di bandar Datong tidak ketinggalan bergegas mencari taxi menuju masjid Datong yang penuh keberkatan.

Mungkin mencecah lebih dua ribu umat Islam yang memenuhi perkarangan dan dewan utama masjid Besar Datong ... sama-sama bertakbir dan mendengar tazkirah serta khutbah dari Imam Al-haj Sheikh Hassan iaitu Imam besar Datong.

Suasana meriah dan gembira dengan kata-kata salam, alhamdulillah, subhanallah dan Allahuakbar.

Kami peserta2 SDC2013 sempat membuat kutipan kilat mendermakan wang Yuen kepada pihak masjid yang kami sampaikan melalui Sheikh Imam Hassan. Juga ada di kalangan ahli yang menunaikan zakat simpanan melalui imam di masjid ini.

Semoga setiap amalan di terima ALlah dan Ramadhan yang baru berlalu membekaskan taqwa di dalam hidup umat ini.

Menyertai Solar Decathlon China 2013


SDC 2013 : Majlis Perasmian, Pemangku VC UTM Turut Hadir

Solar Decathlon 2013, iaitu suatu program besar pertandingan rekabentuk dan membina rumah bertenaga solar telah dirasmikan pada Jumaat 2 Ogos 2013.
19 kumpulan berjaya keperingkat akhir termasuk peserta UTM yang mewakili negara. 4 kumpulan mengundurkan diri, di antaranya Turki dan Mesir.

Pertandingan rumah bertenaga solar ini akan diadili oleh beberapa kumpulan juri sehingga 10 Ogos 2013.

Pada masa yang sama, rumah-rumah prototype yang dibina turut di buka kepada orang ramai untuk melawat.

Beberapa kritera ditentukan termasuk penggunaan pelbagai alatan di dalam rumah di nilai oleh para kumpulan juri bagi mencari model rumah yang terbaik dari segi penjanaan tenaga suria dan penggunaan tenga yang rendah melalui penggunaan alatan cekap tenaga dan rekabentuk yang berteraskan iklim.

Kumpulan TEAM UTM SOLAR HOME diketuai oleh Prof Dr Muhd Zaimi Abd Majid dan dibantu oleh ketua-ketua bidang seperti Seni Bina, Struktur & Awam, M&E dan Tenaga.

Turut hadir di majlis perasmian yang di adakan di Bandar Datong China ialah Pemangku Naib Canselor UTM, Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim dan bebeapa pegawai kanan UTM serta attache di pejabat kedutaan Malaysia di China.

Beliau sempat melawat rumah UTM Solar Home dan berbuka puasa bersama para delegasi peserta UTM yang menyertai pertandingan tersebut.











Ramadhan Di Serikan dengan Imam-imam Muda Gaza





Semarak Ramadhan Penjawat Awam Keningau telah berjaya dilaksanakan di Perpustakaan Negeri Sabah daerah Keningau dan dihadiri oleh penjawat-penjawat awam. Majlis adalah dengan kerjasama Aqsa Syarif, Jabatan Hel Ehwal Islam negeri Sabah dan Perpustakaan dengan diahdiri oleh Imam A Hamid AL-Hafif, De Mohd Zin dan Ketua Sekretariat AQSA Keningau, Sdr Fadly Hasbi.

Imam A hamid memberikan ceramah berkaitan Ramadhan dan Keadan semasa di Palestin, manakala Dr Mohd Zin (Ahli Pemegang Amanah AQSA) menerangkan kejayaan projek-projek sumbangan rakyat Malaysia Aqsa Syarif di Gaza dan inisiatif terkini bersempena Ramadhan. 

Penjawat-penjawat awam membawa balik sampul-sampul berisi brochure projek Ramadhan yang diterima dari AQSA bagi menjalankan kutipan di pejabat masing-masing. Alhamdulillah dan tahniah di atas kerjasama mantap penjawat-penjawat awam di Keningau Sabah.



SMKA Tun Datu Mustafa menjadi persinggahan Imam Abdul hamid al-Hafiz jumaat lalu dan murid-murid serta guru-guru sempat mendengar tazkirah di samping menjadi makmum solat Jumaat. Turut hadir ialah pengetua sekolah. Tahniah.

Singgah di SMKA Ranau menuju Kundasang

Updated about a month ago
Alhamdulillah Imam Syeikh Abdul Hamid al-Mughribi al-Hafiz sempat kami bawa singgah di SMKA Ranau pada waktu solat zuhur 25 jul lalu.

Disambut guru-guru dan murid-murid dengan penuh kegirangan. Kutipan kilat menghampiri RM2,000. Terima Kasih.




Murid Sekolah Dari Gaza Menang Pertandingan Bahas di Malaysia & Sempat Puasa di Johor

Ahmad Zaal yang petah berbahasa Inggeris walaupun tak pernah belajar di Amerika atau England; Abu Saeed Darwish yang hafiz Qur'an dan Mosbah AL Madhounyang ayahnya menjadi syuhada' kini terpaksa menjalani ibadah Ramadhan di Malaysia. Mereka semua anak-anak bumi Gaza - bumi ambiya', bumi syuhada'. Mereka semua baru berumur 17 tahun dari sekolah As Solah di Der AL-Balah Gaza (Sekolah yang diurus oleh Yateem Association di Gaza). Kehadiran mereka di Malaysia 3 minggu lalu adalah untuk menyertai pertandingan bahas antarabangsa anjuran MUSLEH-IKRAM dan Alhamdulillah mereka menyandang johan. Sememang mereka anak-anak Gaza yang cerdik dan berketerampilan. 


Semenjak pergolakkan dan rampasan kuasa oleh tentera ya ng tidak bertanggungjawab di Mesir katas Presiden Mursi yang dipilih secara sah oleh rakyatnya, Mesir telah menghalang rakyat Palestin untuk mendarat di Airport Cairo bagi berjalanan balik rakyat Palestin ke sempadan Rafah. Sehaingga hari ini sempadan Rafah yang merupakan satu-satunya laluan rakyat Palestin telah disekat. Semua rakyat Palestin dinafikan untuk balik menemui keluarga masing-masing di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Lebih 2 minggu anak-anak ini di Lembah Kelang, tentunya membosankan, lantas Aqsa Syarif menyusun program agar mereka di bawa ke Johor dan ditempatkan sementara bersama imam muda Gaza di Skudai di atas ikhsan seorang hamba ALlah yang mulia hantinya, memberikan HomeStay nya untuk mereka beberapa ketika. 

Alhamdulillah, kami sekeluarga berpeluang menyantuni anak-anak ini mengajak mereka berbuka puasa di rumah pada Ramadhan ke 2. Semoga mereke dapat melupakan sebentar rindu kepada ibu ayah masing-masing. Semoga mereka dapat merasai bahawa di Malaysia pun ramai keluarga yang menyayangi mereka. Hanya secebis masa dapat disumbangkan, semoga kehanggatan ukhuwwah akan menjadi memori mereka untuk TERUS BERJUANG MENERUSKAN MISI YANG SUDAH DILAKAR OLEH PARA PEMIMPIN MEREKA HARI INI DI PALESTIN. Merekalah bakal penerus perjuangan, merekalah benteng perjuangan ummah yang sentiasa menjadikan tubuh badan mereka sebagai perisai dari serangan zionis yang tidak mengenal erti kasihan dan kehormatan. Wahai anak-anak bumi Syuhada', teruskan langkah perjuangan, ALlah sayangkan kalian dan kami akan terus berada bersamamu.

Sememang mereka anak-anak Gaza yang cerdik dan berketerampilan. Semenjak pergolakkan dan rampasan kuasa oleh tentera ya ng tidak bertanggungjawab di Mesir katas Presiden Mursi yang dipilih secara sah oleh rakyatnya, Mesir telah menghalang rakyat Palestin untuk mendarat di Airport Cairo bagi berjalanan balik rakyat Palestin ke sempadan Rafah. Sehaingga hari ini sempadan Rafah yang merupakan satu-satunya laluan rakyat Palestin telah disekat. Semua rakyat Palestin dinafikan untuk balik menemui keluarga masing-masing di bulan Ramadhan yang mulia ini. 





Alhamdulillah Khamis lalu mereka bertiga berkesempatan solat di Masjid Tmn Sri Pulai Perdana Skudai Johor. Juga sempat berkenalan dengan ahli-ahli jamaah khurusnya yang muda dan remaja. Di gambar kelihatan mereka gembira dan terasa disayangi sebagi saudara sesama Islam.

Aqsa Syarif Sertai Misi Akademik Ke Gaza Bersama Delegasi Kementerian Pengajian TInggi Malaysia

Pada Jun 2013 lalu telah berjaya penyertaan misi Akademik ke Gaza. Aqsa Syarif yang diwakili Dr Mohd Zin Kandar menyertai misi Dialog Pengajian Tinggi Malaysia-Palestin.

Di samping sesi seminar dan dialog, beberapa perjanjian dan kerjasama Malaysia dan palestin di jalankan.

Sila baca maklumat lanjut di sini : http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2013/07/a2g17-myam-gandingan-aqsa-syarif.html