Tuesday, October 15, 2013

Zulhijjah Madrasah Iman





Tanpa disedari kita ketika ini telahpun memasuki hari-hari terakhir 10 hari bulan Zulhijjah 1434H. 

Ini bermakna sudah 2 bulan kita keluar dari Madrasah Ramadhan dan kini masuk pula untuk mendapatkan tarbiyah Allah swt yang lain, iaitu Madrasah Zulhijjah.

Mengapa ia disebut Madrasah Zulhijjah?

Ini adalah kerana pada bulan ini ada tiga ibadah besar yang sarat dengan nilai-nilai tarbiyah iaitu:

1.       Haji.
2.       Solat Aidil Adha.
3.       Qurban.

Di samping itu ada pula ibadah sunnah muakkad bagi yang tidak menunaikan fardhu haji iaitu Puasa Hari Arafah.

Oleh yang demikian kita semua dituntut untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi bulan Zulhijjah ini sehingga ketika ia datang menemui kita, kita telah bersiap sedia dengan amal-amal di bulan ini sekaligus mengambil nilai-nilai tarbiyah yang ada di dalamnya.

IBADAH HAJI

Ketika ini, sebahagian dari saudara-saudara kita yang menunaikan ibadah haji telah berada di tanah suci. Inilah rangkaian ibadah yang memiliki kandungan sejarah tarbiyah yang luar biasa.

Ini agar manusia mengambil pelajaran yang tidak ternilai dari sana dan ia bukan hanya bagi mereka yang sudah dipanggil oleh Allah untuk menunaikannya, tetapi juga bagi kita yang belum berkesempatan melaksanakan rukun Islam yang kelima tersebut.

Di antara pelajaran yang begitu jelas dari ibadah haji adalah :

“Deklarasi persamaan darjat manusia di dalam Islam.”

Islam bukanlah agama yang mempertahankan atau mendukung diskriminasi atau dasar warna kulit dan suku bangsa.

Allah tidak membezakan manusia dari segi :

a.       Hartanya.

b.       Kemasyhurannya.
c.        Jawatannya.
d.       Kekuasaannya.

Oleh kerana itu, berkumpullah jutaan manusia di Masjidil Haram di mana mereka semuanya  setara dan semuanya bercampur baur menjadi satu sebagai hamba Allah yang tidak ada bezanya antara :

1.       Presiden dan rakyat biasa.
2.       Pengarah dan petani desa.

Bahkan ketika berihram, sekaya dan setinggi apapun jawatan seseorang, mereka semua sama iaitu hanya berbalut kain ihram putih yang tidak berjahit.

Kita pun, yang tidak berada di Masjidil Haram, sepatutnya sedar akan hakikat nilai manusia di hadapan Allah swt. Mereka semua sama. Yang membezakan dan membuatkan seseorang lebih mulia daripada lainnya adalah ketaqwaannya.

“Sesungguhnya manusia yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.” (QS Al-Hujurat : 13)

Hakikat ini sepatutnya tertanam kuat dalam jiwa kita dan menjadi titik tolak untuk kita terus meningkatkan ketaqwaan kita.

Sementara ramai orang yang mengumpulkan bekalan untuk kehidupan dunianya, Allah swt menunjukkan pula kepada kita untuk mempersiapkan sebaik-baik bekalan, iaitu taqwa.

“Dan berbekallah kamu. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa.” (QS Al-Baqarah : 197)
Selain nilai tarbiyah di atas, haji juga sarat dengan perjuangan sejarah Nabi Ibrahim dan keluarganya :

a.       Ka’bah merupakan tempat ibadah yang pertama kali dibangun oleh Nabi Ibrahim. Ia merupakan simbol ketauhidan dan ke arahnyalah umat Islam berkiblat dalam solat.

b.       Sai’e mengingatkan kita akan usaha dan ikhtiar yang serius isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar, dalam usaha membangunkan semula ketauhidan.

c.        Melontar jumrah juga merupakan simbol penentangan terhadap syaitan yang telah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim as sehingga ke hari kiamat nanti, statusnya tidak akan pernah berubah iaitu syaitan adalah musuh yang nyata bagi orang-orang yang beriman.

Selain dari itu, semua amalan-amalan dalam ibadah haji merupakan kepatuhan dan ketundukan yang total kepada Allah swt sebagai pembuat syariat.

1.       Bagaimana petunjuk Allah dalam beribadah, maka begitulah juga kita mesti mengerjakannya.
2.       Bagaimana perintah Allah kepada orang-orang yang beriman, maka begitu pulalah ia mesti bersikap “sami’na wa atha’na”(Kami dengar dan kami patuh).

Dengan yang demikian ibadah haji menjadi ibadah yang sangat berat kerana selain menyediakan pembiayaan yang sangat besar dan memerlukan fizikal yang kuat, keadaan ruhiyah juga mesti terjaga selama ibadah ini ditunaikan.

Maka, seiringan dengan beratnya kombinasi dari ibadah ‘qalbiyah’, ibadah ‘badaniyah’ dan ibadah ‘maliyah’ ini, Allah telah menyediakan balasan yang luar biasa pula :

“Haji yang mabrur, tidak ada balasannya kecuali syurga.”(HR Bukhari dan Muslim)

WUQUF TERAS HAJI

Hari Wuquf adalah hari di mana bermulanya ibadah Haji pada setiap tahun. Semua umat Islam yang berada di tanah suci telah pun berkumpul di Padang Arafah bagi memulakan ibadah Haji sebagai menyahut seruan Allah swt.

"Labbaikallahumma Labbaik, Labbaikala Syarikalakalabbaik, Innalhamda, Wanni'mata, Lakawalmulk, La Syarikalak".

Ini adalah satu manifestasi seruan dan jemputan daripada Allah swt kepada semua hamba-hambanya untuk datang dan berkumpul di Arafah sebagai tempat perkumpulan manusia yang terbesar. 

Jika :

a. Solat 5 kali sehari itu sebagai seruan dan jemputan harian Allah swt ke rumahnya iaitu masjid-masjid.

b. Solat Jumaat pula merupakan jemputan mingguan Allah swt kepada hamba-hambanya. 

c. Manakala perhimpunan di Arafah ini adalah seruan dan jemputan tahunan kepada orang-orang yang beriman di seluruh dunia.

Sebenarnya ibadah Haji ini merupakan ibadah kemuncak dalam kehidupan seorang Muslim sehingga nabi menyebut bahwa tiada Haji tanpa Wuquf di Arafah. 

Ini menunjukkan betapa besarnya kelebihan Wuquf ini di mana setiap Jamaah Haji hanya berpakaian dua helai kain putih datang untuk menyahut seruan Allah swt dengan hanya membawa sekeping hati untuk dipersembahkan kepada Allah swt.

Beruntunglah bagi sesiapa yang membawa hati yang bersih untuk menghadap Allah di sana sebersih pakaian putih yg dipakai oleh mereka.

Hari Wuquf merupakan saat di mana Allah swt mendengar semua rintihan hamba-hambanya di mana Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya yang meminta keampunan dari segala dosa dan kelalaian dalam kehidupan ini.

Oleh itu sayugialah Jamaah Haji mengisi sepenuhnya masa mereka di sana dengan ibadah-ibadah seperti solat, doa, zikir, baca Al Qur'an dan lain-lain.

Inilah masanya setiap manusia itu perlu duduk bermuhasabah terhadap diri mereka dan melihat kembali apakah yang telah dilakukan oleh mereka di dunia ini. 

1. Apakah amalan kebaikan mereka melebihi amalan yg buruk. 

2. Apakah mereka telah melaksanakan segala suruhan-suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-larangan Allah.

3. Apakah mereka telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka samada terhadap diri mereka sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling. 

4. Apakah hukum-hukum Allah telah ditegakkan dalam setiap lapangan kehidupan mereka. 

5. Apakah kita telah mengikuti dan melaksanakan sebaik mungkin segala ajaran-ajaran yang telah dibawa oleh junjungan mulia Rasulullah saw.

Semua ini perlu menjadi bahan renungan dan penghisaban setiap Jamaah Haji yg berada di Padang Arafah.

Manakala, bagi mereka yang belum mampu atau mempunyai kesempatan untuk menunaikan haji, masih ada banyak kesempatan amal untuk kita kerjakan.

MEMPERBANYAKKAN IBADAH DAN AMAL SOLEH DI SEPULUH HARI PERTAMA ZULHIJJAH

Bagi kita yang tidak menunaikan hajipun, kesempatan emas tetap terbuka untuk meraih banyak keutamaan di bulan Zulhijjah.

Memperbanyakkan ibadah pada tanggal 1 Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah merupakan pilihan yang bijak kerana banyak hadits yang menjelaskan keutamaannya.

Ibadah itu boleh berupa:

a.       Memperbanyakkan sedekah.

b.       Berzikir.
c.        Tilawah Al Qur’an.
d.       Amal Soleh lain.

Rasulullah saw bersabda :

“Tidak ada hari-hari di mana amal soleh lebih disukai oleh Allah Azza wa Jalla dari pada hari-hari ini, yakni hari pertama hingga kesepuluh Zulhijjah.”

Para shahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, meskipun dibandingkan dengan berjihad fi sabilillah?”

Baginda menjawab, “Memang, meskipun dibandingkan dengan berjihad fi sabilillah, kecuali seorang yang pergi membawa nyawa dan hartanya, kemudian tidak satu pun di antara keduanya itu yang kembali (mati syahid).” (HR Jamaah kecuali Muslim dan Nasai’e)
Dalam hadits yang lain, Rasulullah saw bersabda :

“Tidak ada hari-hari yang dianggap lebih agung oleh Allah swt dan lebih disukai untuk digunakan sebagai tempat beramal sebagaimana hari pertama hingga kesepuluh Zulhijjah ini. Oleh keranan itu, perbanyakkanlah pada hari-hari itu bacaan tahlil, takbir dan tahmid. (HR Ahmad)

“Tidak ada hari-hari yang lebih disukai Allah untuk digunakan beribadah sebagaimana halnya hari-hari sepuluh Zulhijjah. Berpuasa pada siang harinya sama dengan berpuasa selama satu tahun dan solat pada malam harinya sama nilainya dengan mengerjakan solat pada malam lailatul qadr.” (HR Tirmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi)
PUASA HARI ARAFAH

Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk berada di Arafah pula masih ada ganjaran besar yang disediakan Allah swt sebagaimana sabda Rasulullah saw :

“Dan puasa satu hari Arafah, aku perhitungkan kepada Allah untuk menebus dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun sesudahnya.”  (HR Muslim)

Nah...betapa pemurahnya Allah swt walaupun seseorang tidak mampu untuk pergi
ke tanah suci dan berada di Padang Arafah pada waktu tersebut mereka masih berpeluang untuk mendapat pengampunan dosa selama 2 tahun daripada Allah swt dengan berpuasa pada hari itu.

Puasa ini disunnahkan bagi kita yang tidak mengerjakan haji. Adapun bagi mereka para jamaah haji, mereka tidak dibenarkan untuk berpuasa kerana ketika itu mereka perlu wukuf di Arafah. 

Dengan yang demikian, keutamaan hari Arafah boleh dinikmati samada oleh orang yang sedang berhaji mahupun yang tidak berhaji.

Subhanallah!! Sungguh luarbiasa.

Mendengar keutamaan puasa Arafah ini, dapat kita fahami bahwa pada hari Arafah itu, ramai  orang yang dibebaskan oleh Allah swt dari siksa neraka.

“Tidak ada satu hari yang pada hari itu Allah membebaskan para hamba dari api neraka yang lebih banyak dibandingkan hari Arafah.” (HR Muslim)
SOLAT AIDIL ADHA

Amal khusus di bulan Zulhijjah berikutnya adalah Solat Aidil Adha.

Jumhur ulama’ menjelaskan bahwa hukumnya sunnah muakkad dan ada beberapa ulama’ yang berpendapat hukumnya wajib.

Jika pada Solat Aidil Fitri disunnahkan makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke tempat solat, maka Solat Aidil Adha adalah kebalikannya iaitu disunnahkan makan setelah Solat Aidil Adha.
BERQURBAN

Amalan lain yang sangat istimewa dan khusus di bulan Zulhijjah ini adalah qurban.

Ibadah qurban ini juga sarat dengan nilai tarbiyah. Bahkan sejarah disyariatkannya qurban pada masa Nabi Ibrahim as adalah sejarah :

1.       Pengorbanan.
2.       Ketaatan.
3.       Proses pewarisan di dalam keluarga muslim.

Kita sekarang tidak diperintahkan untuk menyembelih “Ismail-Ismail” kita, tetapi boleh menyembelih kambing, biri-biri, lembu dan unta sebagai bentuk ketaatan dan pengorbanan kita kepada Allah swt.

Keutamaan qurban adalah sebagaimana yang disebutkan dalam hadits berikut :

“Tidak ada amalan yang diperbuat manusia pada Hari Raya Qurban yang lebih dicintai oleh Allah selain menyembelih haiwan. Sesungguhnya haiwan kurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulu dan kuku-kukunya. 
Sesungguhnya sebelum darah kurban itu mengalir ke tanah, pahalanya telah diterima Allah. Maka tenangkanlah jiwa dengan berqurban.” (HR Tirmizi)
Masyaallah....marilah kita sama-sama berusaha untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan yang ada di dalam Bulan Zulhijjah ini semoga ianya menjadi bekalan abadi untuk kita bertemu Allah swt di akhirat nanti.

Semoga Zulhijjah 1434H ini menjadi madrasah untuk kita semakin mendekatkan kita kepada Allah swt sehingga kita memperolehi ridha, rahmat dan keampunanNya beserta harapan untuk bertemu Allah swt kelak di syurgaNya.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk kami mengisi 10 hari yang terbaik di bulan Zulhijjah ini dengan amal-amal yang dicintai olehMu sehingga kami mendapat kelebihan dan ganjaran yang besar yang disediakan untuk mereka-mereka yang melaksanakan amal dengan penuh ketaatan dan kesabaran.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

Monday, October 7, 2013

Teks Khutbah Aidil Adha 1434H


Teks Khutbah Aidil Adha 1434H
(Sumbangan Aqsa Syarif, Ikram 4 Syria dan Malaysia for Egypt)



pastedGraphic.pdf   pastedGraphic_1.pdf    pastedGraphic_2.pdf


pastedGraphic_3.pdf
pastedGraphic_4.pdf

Hari ini adalah hari besar anugerah Allah SWT kepada umat Islam. Rasulullah SAW telah bersabda ketika menyaksikan kaum Aus dan Khazraj merayakan hari kebesaran mereka. Lalu Rasulullah SAW mengatakan bahawa Allah telah menganugerahkan kepada umat Islam dua hari kebesaran yang lebih baik iaitu Eid Adha dan Edi Fitri.
Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud:
“Dari Anas bin Malik, Nabi datang ke Madinah dan melihat mereka merayakan dua hari kebesaran. Baginda bertanya, “Apakah dua hari ini? Mereka menjawab, “kami biasa merayakan dua hari ini pada zaman Jahiliyah. Rasulullah SAW bersabda “Allah telah menggantikannya dengan dua hari yang lebih baik: Eid-ul-Fitri dan Eid-ul-Adha.
Eid-ul-Adha mengambil sempena ‘udhiyah yang bermaksud qurban. Ia juga disebut sebagai yaum-un-Nahar (Hari di mana ibadah Qurban dilaksanakan)

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari:
“Dari al-Barra bin Azib:Aku mendengar Rasulullah S.A.W. berkhutbah. Baginda bersabda, “Perkara pertama yang perlu dilakukan pada hari ini ialah mendirikan solat, dan selepas itu, kamu menyembelih haiwan qurban; dan sesiapa yang melakukan ini berjalan di atas sunnah ku”
Ibadah qurban bukan sahaja merupakan sunnah Nabi SAW bahkan sunnah Nabi terdahulu sejak dari Adam AS. Syariat ibadah qurban pertama kali diwajibkan kepada anak-anak Adam AS sebagai ujian kepada mereka. Seerah Nabi adam AS menunjukkan Habil telah Berjaya di dalam ujian ini sedang Qabil gagal dalam ujian tersebut. Syariat yang dilaksanakan pada hari ini adalah dikaitkan dengan peristiwa penyembelihan Nabi ismail AS boleh bapanya Khalilullah Nabi Ibrahim AS.
Ibadah qurban yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS membawa pengajaran yang cukup banyak kepada kita sebagai umat islam. Pertama ibadah qurban ini bukanlah merupakan satu ibadah yang berbentuk peribadi sifatnya kerana ia melibatkan dukungan seluruh institusi keluarga Ibrahim AS. Apabila Nabi Ibrahim AS bermimpi yang merupakan perentah Allah kepadanya untuk mengorbankan Ismail maka dia telah menanyakan pandangan isterinya Siti Hajar. Nabi Ibrahim bukan berhasrat untuk mendapat persetujuan isterinya terlebih dahulu sebelum melaksanakan perentah Allah SWT tetapi untuk menegaskan bahawa ini adalah perentah Allah yang tidak mungkin dibantah. Lalu dijawab oleh Siti Hajar sekiranya ia merupakan satu ketetapan Allah maka laksanakanlah. Ini juga jawapan yang diberikan oleh Siti Hajar ketika beliau ditinggalkan bersama Ismail yang masih bayi di bumi gersang Mekah. 
Siti Hajar bertanya kepada Nabi Ibrahim AS, Mengapa tinggalkan aku di sini. Beliau melihat di sekeliling gurun yang kontang dan batu-batan keras di sekeliling tanpa ada tanda-tanda kehadiran manusia. Nabi Ibrahim AS sudah bulat hatinya, dia hanya mendiamkan diri, dan tidak ada sepatah perkataanpun yang harus keluar dari mulut baginda yang menandakan bantahan terhadap perentah Allah SWT. “Adakah ini satu perentah dari Allah?” Siti Hajar terus bertanya. Nabi Ibrahim tetap mendiamkan diri. Siti Hajar pasrah dan berkata ‘Kalau begitu Allah SWT akan memelihara kami”, beliau pasrah dan tunduk kepada Rabbul Jalil
Nabi Ibrahim AS juga bertanya kepada Nabi ismail tentang pandangannya. Jawapan yang diterima oleh Nabi Ibrahim AS cukup menyenangkan hatinya. Ini adalah bukti bahawa ibadah qurban adalah satu amal yang sepatutnya mendapat dokongan dan penglibatan setiap ahli keluarga yang serius untuk mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.
Sesungguhnya perentah qurban yang dijalankan oleh Nabi Ibrahim AS terhadap anak kesayangannya amat berat bagi seorang insan biasa. Sepanjang usianya Nabi Ibrahim AS berdoa agar dikurniakan seorang zuriat.

pastedGraphic.pdf
pastedGraphic_1.pdf
pastedGraphic_2.pdf


“Dan apabila Ibrahim berkata: Tuhanku! Jadikanlah negeri ini , negeri yang aman, dan jauhkanlah aku berserta anak cucuku agar tidak menyembah berhala. Wahai Tuhan, berhala-berhala itu telah menyesatkan banyak dari manusia. Siapa yang mengikutiku, maka orang itu termasuk golonganku, dan siapa yang mendurhakaiku, maka Engkau Maha Pengampun, maha Penyayang. Wahai Tuhan, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan agar mereka melaksanakan solat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur”
Surah Ibrahim: 35 – 37.
Riwayat mengatakan baginda hanya dikurniakan seorang putera ketika usianya sudah lanjut, mencecah 90 tahun.
pastedGraphic.pdf
pastedGraphic_1.pdf


“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku dihari tuaku Ismail dan Ishaq. Sungguh Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku”
Surah Ibrahim: 39 – 40
Apabila Ismail sudah berusia lebih kurang 10 tahun, sudah berputik kasih saying yang mendalam terhadap seorang anak remaja yang diharapkan akan meneruskan usaha tabligh dan dakwahnya, diperentahkan Allah pula untuk dikurbankan. Dan Nabi Ibrahim AS sebagai seorang manusia adalah seorang insan biasa yang tidak terkecuali dari rasa kasih, sedih dan pilu dengan apa yang dihadapinya. Tetapi sekali lagi perentah Allah mengatasi segala-galanya, maka semua perasaan itu harus dikorbankan demi membuktikan kasih-sayang tertinggi dan perentah tertinggi yang pasti dijunjung ialah perentah Allah SWT. Ini juga adalah pengajaran penting bagi kita umat Islam pada hari ini. Apabila datang perentah Allah, maka segala perkara adalah kecil dan pasti dilaksanakan bagaimana besar sekalipun rintangan yang dihadapi.
Pertarungan yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim AS belum berakhir. Dalam perjalanan untuk menjalankan perentah tersebut, baginda dihasut oleh Iblis laknatullah agar menimbangkan semula tindakannya. Tetapi setiap kali diseru Nabi Ibrahim AS melontarnya dengan batu. Tiga kali iblis dilontar dengan batu dan tidak sedikitpun Nabi Ibrahim AS goyah hati untuk meneruskan niatnya. Inilah yang diabadikan dalam manasik haji di dalam amalan melontar tiga jamrah. Ia adalah satu gambaran apabila seseorang hendak berqurban maka pasti syaitan akan menyelinap masuk dan membisikkan kata-kata pujuk rayu agar kita membatalkan niat untuk berkorban. Pengajarannya ialah ‘lempari’ bisikan itu dan membulatkan hati untuk melaksanakan perentah Allah tanpa sedikitpun merasa ragu.

Apabila sampai ke tempat penyembelihan maka Nabi Ibrahim AS telah menyembelih Nabi ismail AS. Diriwayatkan pisau telahpun mencecah batang leher Ismail AS dan sekonyong-konyong itu Allah menggantikannya dengan seekor qibas. Ini adalah hadiah bagi orang yang yakin dengan perentah Allah, yakin bahawa disebalik perentah Allah yang cukup berat itu tersimpan sebuah hikmah dan nikmat yang cukup besar. Keyakinan ini hanya dapat dirasai oleh orang yang bulat keimanannya kepada Allah SWT. Maka ibadah qurban yang kita lakukan pada hari ini adalah satu latihan untuk memupuk keimanan sejati dan keyakinan yang tidak berbelah bagi terhadap Allah SWT. Ia adalah satu bentuk persediaan untuk melahirkan sifat komando, iaitu bersiap sedia untuk menjalankan perentah Allah dalam semua situasi. Apabila datang perentah Allah untuk infaq maka tanpa tangguh-tangguh lagi kita akan melaksanakannya.



pastedGraphic.pdf
pastedGraphic_1.pdf
“Bersegeralah kamu kepada keampunan Allah dan syurgaNya yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan”
Surah Ali Imran: 133 – 134.
pastedGraphic.pdf
“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Surah at-Taubah: 41

pastedGraphic.pdf
“Diwajibkan ke atas kamu qital (peperangan) meski kamu membencinya. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah maha tahu sedang kamu tidak mengetahi”
Surah al-Baqarah: 216


Bagaimana lagi kita hendak melaksanakan perentah Allah di atas jika di dalam diri belum terlatih sifat bersedia untuk berkorban harta dalam keadaan kesempitan, berkorban rasa rehat dan keselesaan untuk beramal ketika kita merasa berat, dan berperang dalam keadaan hati membencinya?

Para Jemaah yang dirahmati Allah.

Ibadah qurban yang bakal kita sempurnakan selepas solat eid adalah satu bentuk yang simbolik bahawa kita akan berikrar untuk berqurban demi meninggikan syariat Allah dan menjunjung perentah Allah dalam semua keadaan. Kerana itu ia merupakan sunat muaqaddah, sunat yang diberatkan. Bagi setengah mazahib ibadah qurban menjadi fardhu. Menurut Imam Abu Hanifah ibadah qurban difardhukan bagi mereka yang berkemampuan. Imam Malik turut sependapat dalam hal ini. Imam Syafii, Imam Ahmad dan Imam Abu Yusuf dari mazahib Hanafi berpendapat ia adalah sunat muaqqad (sunat yang dituntut dan diberatkan). Perbezaan pendapat ini tidak seharusnya menjadi isu. Apapun pegangan kita, namun jangan lupa ia adalah satu sunnah yang sangat diutamakan oleh Rasulullah SAW. Sebagaimana sabda Nabi,
“barangsiapa melakukan itu (ibadah qurban) maka ia berada di atas sunnahku”
Marilah mulai tahun ini dan seterusnya kita membuat resolusi untuk memberi galakan kepada seluruh ahli keluarga supaya melakukan ibadah qurban dan memberikan perhatian yang cukup besar kea rah perlaksanaannya dalam keluarga. Latihlah anak-anak supaya menabung dan dapat melaksanakan ibadah qurban pada masa akan datang. Jika anak-anak kita sanggup menitipkan wang sakunya untuk membeli sebuah handphone yang mahal atau computer games maka tidak ada sebab kenapa mereka tidak boleh menabung untuk amal yang sangat besar maknanya ini untuk memupuk sifat cintakan agama Allah.


Hari ini tuntutan untuk umat Islam berkorban sangat besar. Dalam dunia tanpa sempadan, berqurban adalah sumber kekuatan umat ini dalam menghadapi pelbagai mehnah dan ujian Allah. Umat Islam diperangi oleh kuasa-kuasa besar, rakyat Palestin di Gaza dikepung hampir enam tahun lamanya. Tidak ada bekalan makanan yang dibenarkan masuk, begitu juga ubat-ubatan, air bersih dan bahanapi. Mereka diserang dengan penuh biadap oleh zionis Israel dan saat ini mereka hanya tinggal dalam khemah dalam suasana musim sejuk yang menggigit tulang kerana tidak ada bahan binaan yang dibenarkan masuk untuk membaik pulih rumah-rumah mereka telah musnah dibom oleh Israel. Umat islam di Syria pula sedang berhadapan dengan penguasa yang zalim di mana lebih 140,000 rakyat Syria sudah syahid. Jumlah kematian di kalangan kanak-kanak mencecah puluhan ribu. Bahkan mereka diserang dengan senjata kimia dan menghadapi kematian yang amat menyeksakan. Golongan zalim yang bersekongkol dengan kelompok Nusairiyah dan Syiah dan zindik langsung tidak ada belas kasihan kepada umat Islam. Mereka kini duduk di khemah-khemah kesejukan dengan bekalan makanan yang amat minima, ketiadaan susu untuk bayi dan kanak-kanak kecil bahkan kehabisan ubat-ubatan. Begitu juga rakyat Mesir yang dizalimi oleh penguasa yang memperlihatkan ciri ciri kezaliman Firaun yang membunuh rakyat sewenang-wenang termasuk wanita dan kanak-kanak. Walhal mereka hanya mempertahankan hak rakyat dan Presiden yang dilantik menerusi pilihanraya yang sah buat pertama kalinya sejak puluhan tahun hidup di bawah cengkaman pemerintahan kuku besi tentera. Begitu juga umat Islam Rohingya yang dibunuh kejam oleh puak Rakhine dan tentera regim Myanmar. Mereka tidak diberi hak kerakyatan, kampong-kampung mereka di bakar dan mereka diusir dengan penuh penghinaan. Umat Islam di Iraq juga menjadi mangsa pembunuhan golongan ghulat dan Syiah Rafidah yang membunuh atas dasar kebencian ke atas umat Islam ahlus sunnah wal jamaah.. Begitu juga umat Islam yang miskin seperti di Kemboja, Vietnam, Sri Langka dan juga yang dilanda bencana alam seperti di Pakistan yang dilanda gempa bumi baru-baru ini wajar mendapat perhatian utama umat Islam di Malaysia dalam melaksanakan ibadah qurban.


Allah SWT berfirman dalam surah as-saff.


pastedGraphic.pdf
pastedGraphic_1.pdf 
‘Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu kuberitahu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman dengan Allah dan hari akhir dan kamu berjihad pada jalannya dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu, itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui’

Surah as-Saff: 10 – 11


Allah SWT mendahulukan infaq atau qurban harta sebelum menyebut tentang qurban jiwa raga. Ia adalah satu isyarat jelas bahwa infaq atau korban harta adalah prasyarat untuk menyediakan diri memburu syahid pada jalan Allah, kemuncak ibadah qurban yang dianugerahkan Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih.


pastedGraphic.pdf

Bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”



pastedGraphic.pdf 
pastedGraphic_1.pdfpastedGraphic_2.pdf
pastedGraphic_3.pdf
pastedGraphic_4.pdf
pastedGraphic_5.pdf
pastedGraphic_6.pdf



Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor