Thursday, September 9, 2010
Eid Mubarak Hari Kemenangan
Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Walillahilhamd.
Sudah berlalu bulan yang keberkatan, bulan kemuliaan, bulan keampunan, bulan amalan diganda-gandakan. Bulan rengannya ibadat dikerjakan. Bulan ku lihat amalan soleh menjadi kebiasaan. Di sana-sini ramai penduduk berpusu-pusu ke masjid, bersolat, bertadarus, berzikir, bersedekah, berqiyam dan berukhuwah. Alhamdulillah.
Bagi mereka yang benar-benar menjadikan Ramadhan suatu pesta ibadah, tarbiyah nafsiyah. Insya Allah berakhirnya Ramadhan adalah suatu kemenangan. Apatah lagi bagi mereka yang dapat menghidupkan malam lailatul-qadar.
1 Syawal adalah hari meraikan kemenangan kerana banyaknya amal kebaikkan yang dilakukan. Bukan kerana untuk berbangga, tetapi sebagai tanda kesyukuran di atas kurnia Allah swt yang mengurnakan waktu dan kudrat.
Syawal adalah bermulanya satu lagi perjuangan untuk seorang hamba terus meraih keridhaan dari Allah. Sebenarnya tiada hidup seorang muslim yang tidak diisi dengan amal Ibadah. Hidup ini ada kewajipan, ada tanggungjawab. Setiap detik berlalu, setiap rezeki di cari dan dibelanjakan, kesemuanya akan dibentangkan di hadapan rabbul alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)