19 November 2010, di dalam kegelapan jalan kampung, kenderaan dipandu ketua konvoi A2G PM Dr Mohd Zin Kandar meluncur laju merentasi beberapa kampung selepas exit PLUS Simpang Renggam. Simpang empat Parit Madirono dilalui dan membelok ke jalan menuju beberapa kampung yang bermula dengan nama "parit". Akhirnya kenderaan van 12 seater yang membawa anak-anak dan barangan Aqsa Syarif membelok di kawasan balai raya Kg Parit Permatang Sepam. Persekitaran gelap, balam-balam lampu di surau comel di penjuru jalan dengan beberapa ahli jemaah kelihat duduk berborak. Inilah sebenarnya kampung yang mengimbau 1001 nostalgia manis dan pahit, perit dan pedih. Masih terbayang 'kaki ayam' yang melangkah di jalan berlumpur, keringat yang membasahi seluruh tubuh dek kerana panas terik memancar kesebatang tubuh kerdil yang sedang menolak basikal yang dihimpunkan sekitar 8-10 tandan pisang untuk dibawa ke hujung kampung bagi memperoleh seringgit dua bagi keperluan membeli beras dan garam.... "ah... itu 40 tahun dahulu.." bisik hati tubuh sederhana yang sudah berumur setengah abad itu menuruni kenderaannya dan menuju surau berhampiran.
Malam ini adalah di antara hari yang bersejarah. Kerana anak kampung Permatang Sepam ini berpeluang berkongsi pengalamannya menjejak kaki di Gaza dan balik bersama 6 relawan yang lain membawa 'ghanimah' atau 'barangan rampasan perang' selepas berjaya memecahkan sekatan Israel di Gaza. 'Ghanimah' yang perlu dibahagi-bahagikan kepada rakyat Malaysia. Begitulah cerita yang di sampaikan oleh Dr Zin dihadapan sekitar 80 orang kampung yang terdiri dari Pak Imam, Ketua Kampung (En Buang), pakcik-pakcik, makcik-makcik, anak-anak buah dan tak ketinggalan rakan sekelas ketika di sekolah rendah dan menengah di kampung ... lebih 40 tahun yang lalu.
Alhamdulillah. Jualan barangan Aqsa Syarif turut di adakan dan kutipan derma untuk rakyat Gaza turut di lakukan. Jazakallahukhairan semua orang kampung. Jasamu sentiasa dikenang dan dihargai.
Monday, December 6, 2010
Pertusan Khas Pengerusi Aqsa Syarif Sempena Sambutan Maal Hijrah 1432
.... Tahun 1431H menyaksikan Aqsa Syarif bermain dan bergelumang dengan beberapa isu kritikal Palestin. Walaupun dilihat baru di gelanggang, pimpinan dan sukarelawan Aqsa Syarif merupakan gandingan muka-muka lama dan baru yang berjaya mencipta sejarah baru perjuangan Palestin. Pimpinan Palestin acap kali mengulang-ulang bahwa tahun lepas dan tahun ini merupakan tahun intifadhah ketiganya. Tembok kepungan Gaza semakin hampir keruntuhannya walau pun tangan-tangan jahat Yahudi itu masih cuba mengampu tembok itu. Aqsa Syarif terlibat dalam dua peristiwa besar membantu Palestin yang telah benar-benar membuka mata dunia - kapal Marvi Marmara dan Konvoi Darat. sila baca lanjut di http://aqsasyarif.com/featured/perutusan-hijrah-1432-pengerusi-aqsa-syarif/
Monday, November 15, 2010
Perbaiki dirimu, Allah akan baiki zuriatmu!

Petikan dari http://www.malaysiaharmoni.com/. by Pertubuhan IKRAM Malaysia on Monday, November 15, 2010 at 2:08pm
Seorang sahabat memberitahu bahawa dia mempunyai seorang teman yang berpangkat tinggi dan bergaji besar, bekerja di sebuah jabatan kerajaan yang sangat berprestij. Setiap hari temannya itu akan mengkhususkan beberapa jam untuk aktiviti dakwah dan amal kebajikan. Suatu hari dia bertemu dengan temannya dalam suatu program dakwah anjuran temannya itu. Dia bertanya, ‘Kenapa anda menyibukkan diri dengan aktiviti sebegini? Bukankah anda seorang yang berjawatan tinggi? Kenapa tidak tumpukan sahaja kepada urusan pejabat yang pastinya bertimbun-timbun itu?’
Temannya berbisik, “Ya akhi, Dengar sini! Saya ingin dedahkan kepada anda satu rahsia yang tersimpan di dalam diri saya. Sebenarnya saya mempunyai enam orang anak, kebanyakannya lelaki. Saya sangat bimbang tentang diri mereka. Saya takut mereka terseleweng ke jalan yang salah. Saya pula sibuk dengan tugas dan tidak mampu mendidik mereka dengan sempurna. Tetapi saya dapat rasai besarnya nikmat Allah kepada saya. Semakin banyak saya berikan waktu untuk agama-Nya, anak-anak saya akan jadi bertambah soleh!” Sesungguhnya apa yang dialami oleh teman kepada sahabat itu bukan suatu kebetulan. Sebaliknya itu adalah janji-Nya. Bukankah Dia telah berfirman dalam kitab suci-Nya:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
(Muhammad 47: 7) Di tempat lain, Allah berfirman (maksudnya):
“Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawahnya ada harta terpendam kepunyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.”
(Al-Kahf 18: 82)
Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu, seorang sahabat yang terkemuka ketika beliau sedang bersolat di tengah malam, anak kecilnya tidur nyenyak di sebelahnya. Sebaik sahaja selesai solat dia pun memandang anak itu dengan penuh kasih sayang sambil berkata ‘keranamu wahai anakku!’. Kemudian dia membaca firman Allah (وَكَانَ أَبُوهُمَا صَـٰلِحً۬ا - Al-Kahf 18: 82 ) dengan tangisan yang tidak mampu ditahan.
Demikianlah kefahaman para sahabat dan salaf as-soleh. Mendidik anak agar menjadi insan yang soleh bukan hanya dengan mengajar ilmu yang berguna dan menunjukkan contoh teladan yang baik. Lebih daripada itu ibu bapa mesti menunaikan tanggungjawab terhadap Allah subhanahu wataala sebagaimana yang dituntut dengan sebaik mungkin. Ibu bapa jangan alpa terhadap amanah yang dipikulkan ke atas setiap Muslim, iaitu membela agama Allah dengan berdakwah, berjihad, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Jangan ragui janji-Nya bahawa Dia pasti akan menolong mukmin yang menolong agama-Nya.
Ketika mentafsirkan ayat di atas (Al-Kahf 18: 82), al-Hafidz Ibn Kathir berkata bahawa Allah subhanahu wataala memelihara harta yang terpendam milik dua orang anak yatim itu kerana kesolehan bapa mereka. Selang antara mereka dengan bapa yang soleh itu adalah tujuh generasi!
Apakah nilai harta terpendam itu?
Menurut Ibn Abbas radiallahuanhu ia merupakan perbendaharaan ilmu. Hasan al-Basri berkata harta itu berupa sekeping luh yang diperbuat daripada emas, di atasnya tertulis mutiara ilmu:
“Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku berasa hairan melihat orang yang beriman dengan qadar, bagaimana dia masih bersedih? Aku berasa hairan terhadap orang yang beriman dengan kematian, bagaimana dia masih ketawa ria? Akube rasa hairan terhadap orang yang mengenali dunia serta sifatnya yang cepat berubah, dia masih juga selesa dengan kemewahan dunianya? Tiada Tuhan melainkan Allah. Muhammad itu pesuruh Allah.”
Menurut Ikrimah pula, di bawah dinding itu perbendaharaan harta yang banyak. Yang penting bukan jenis harta serta berapa nilainya. Pengajaran yang paling berharga buat kita adalah janji Allah Yang Maha Benar, iaitu menolong orang yang menolong agama-Nya.
Ustazah Maznah daud
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
"Ukhuwah Teras Kegemilangan"
Saturday, October 23, 2010
Gaza Bumi Yang Dirahmati
Hari ketiga di Gaza, saya melihat keberkatan dan kerahmatan Allah untuk penduduk Gaza dan umat Islam sedunia yang menyokong dan membantu perjuangan memerdekakan Palestin dari penjajah haram rejim Zionis Israel.
Sesungguhnya Bumi ini memberi peluang kepada sesiapa yang ingin beramal, bermujahadah dan berjihad kerana Allah. Ya Allah kurniakan kerahmatan dan kebaikkan untuk aku, keluarga ku, sanak saudaraku, jiran-jrianku, rakan seorganisasi ku, kepimpinan dan ahli-ahli Aqsa As-Syarif, IKRAM, koperasi muslimin, STAIL, SMART dan sekolah-sekolah-sekolah, institusi-institusi Islam di Malaysia seluruhnya dan seluruh dunia. Lembutkan hati-hati kami semua ya Allah utntuk terus menyumbang kepada pembebasan bumi Masjidil Aqsa Yang Mulia. Amin...!
GAZA CITY 24 OKT 2010
Sesungguhnya Bumi ini memberi peluang kepada sesiapa yang ingin beramal, bermujahadah dan berjihad kerana Allah. Ya Allah kurniakan kerahmatan dan kebaikkan untuk aku, keluarga ku, sanak saudaraku, jiran-jrianku, rakan seorganisasi ku, kepimpinan dan ahli-ahli Aqsa As-Syarif, IKRAM, koperasi muslimin, STAIL, SMART dan sekolah-sekolah-sekolah, institusi-institusi Islam di Malaysia seluruhnya dan seluruh dunia. Lembutkan hati-hati kami semua ya Allah utntuk terus menyumbang kepada pembebasan bumi Masjidil Aqsa Yang Mulia. Amin...!
GAZA CITY 24 OKT 2010
Thursday, September 9, 2010
Eid Mubarak Hari Kemenangan
Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Walillahilhamd.
Sudah berlalu bulan yang keberkatan, bulan kemuliaan, bulan keampunan, bulan amalan diganda-gandakan. Bulan rengannya ibadat dikerjakan. Bulan ku lihat amalan soleh menjadi kebiasaan. Di sana-sini ramai penduduk berpusu-pusu ke masjid, bersolat, bertadarus, berzikir, bersedekah, berqiyam dan berukhuwah. Alhamdulillah.
Bagi mereka yang benar-benar menjadikan Ramadhan suatu pesta ibadah, tarbiyah nafsiyah. Insya Allah berakhirnya Ramadhan adalah suatu kemenangan. Apatah lagi bagi mereka yang dapat menghidupkan malam lailatul-qadar.
1 Syawal adalah hari meraikan kemenangan kerana banyaknya amal kebaikkan yang dilakukan. Bukan kerana untuk berbangga, tetapi sebagai tanda kesyukuran di atas kurnia Allah swt yang mengurnakan waktu dan kudrat.
Syawal adalah bermulanya satu lagi perjuangan untuk seorang hamba terus meraih keridhaan dari Allah. Sebenarnya tiada hidup seorang muslim yang tidak diisi dengan amal Ibadah. Hidup ini ada kewajipan, ada tanggungjawab. Setiap detik berlalu, setiap rezeki di cari dan dibelanjakan, kesemuanya akan dibentangkan di hadapan rabbul alamin.
Tuesday, August 10, 2010
Pastikan Ramadhan Istimewa Tahun Ini

Alhamdulillah ... dipagi yang hening ini dapat ku hidu keheningan udara Ramadhan tahun ini ... isteri dan anak-anak dapat bersama bersyahur. Jamaah masjid berpusu menunaikan Solat Subuh ... di Masjid ku sempat bertaaruf dengan jamaah Tabhlig dari Manchester England. Malam tadi penuh sesak bertarawih ... ada yang bergegas balik kerana setiap inci lantai kawasan masjid sudah penuh. Alhamdulillah ... masyarakat kita masih SELESA melalui Ramadhan.

Nun di Beirut sahabat tercinta Hasanuddin Mohd Yunus (Wira Marvi Marmara & Pengerusi AQSA) sedang bertungkus lumus menabur bakti, mencurah keringat... demi berkongsi derita anak-anak yatim Palestin yang 'terbuang' untuk tatapan dan perkongsian dengan rakyat Malaysia apabila TV3 menayangkan siri "Bersamamu Palestin" di bulan Ramadhan yang Berkat ini. Semoga jihadmu ya akhie menjadi bukti keikhlasan mu dalam perjuangan. Semoga anak-anak dapat melihat betapa fikrah IKRAM bisa melahirkan jundullah.
Di sini ... gerak kerja dakwah terus bertunas dan melata. Di sana-sini, Semarak Ramadhan menemui ummat, berkongsi minda, berkongsi fikrah dan kesyahduan ... agar penegrtian Ramadhan benar-benar dimengerti. Teruskan usahamu ikhwah wa-akhawat, benih-benih yang subur Insya ALlah akan tumbuh mekar buat generasi penerus perjuangan.
Do'a buat yang diuji Allah, sedikit keperitan berada dikatil Hospital, tidak bisa berdiri sebaris ikhwah dalam tarawih, qiyam dan iftar. Insya ALlah itu hanya sementara, Allah akan izinkan kita akan bersama nanti. Rehatkan badanmu buat seketika, sabar dengan ujian, banyakkan berzikir. Allah lebih mengetahui hikmahnya.

Suara sayup-sayup Al-Faateh & al-Fathy bertadarus di ruang tamu di pagi Ramadhan yang Mulia ini. Jazakaumullahukhairan para Murabbi Hidayah. Jihad dan pengorbananmu sudah terbayar ! Tahniah !,. Pastinya Ramadhanmu lebih bererti tahun ini. Semoga berlipat ganda keikhlasan dan ganjaran untukmu dariNya.
Petugas AQSA yang tidak henti-henti di bumi bertuah ini ... antum benar-benar memahami moto "Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa". Allah melihat keikhlasan dan pengorbananmu. Tahniah & jazakumullahukhairan !
Alhamdulillah, Ramadhan Istimewa Tahun ini, kerana Allah menizinkan persiapan kedatanganmu dimulai dengan kehadiranmu IKRAM.
Sunday, June 27, 2010
IKRAM - Pertubuhan Islam Untuk Di kongsi Semua





Pada Bulan Jun 2010 ini satu lagi sejarah tercipta di Malaysia apabila IKRAM dilancar dengan rasminya. Sebuah pertubuhan Islam yang mempunyai misi untuk menyebarkan fikrah Islam di dalam Masyarakat. Terbuka kepada sesiapa jua rakyat Malaysia untuk menyertainya. Terbuka kepada sesiapa jua yang inginkan kebenaran dan berhasrat membentuk peribadi muslim sejati diperingkat diri, keluarga dan masyarakat. Layari www.ikrampontian.blogspot.com dan www.ikram.com
Subscribe to:
Posts (Atom)