Friday, April 12, 2013

Kempen PRU13 Semakin Kotor

Walaupun penamaan calun belum bermula, usaha-usaha kempen semakin agresif dan kecanggihan internet telah digunakan semau-maunya untuk menabur fitnah dan membohongi para pengundi dengan tujuan yang jelek.

Tradisi masyarakat Melaysia dan melayu yang dikenali dengan budi pekerti luhur sudah ditongsampahkan dek kerana hasrat dan matlamat duniawi yang kotor.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

UPDATE 18 APRIL 2013


NGO Wanita bantah video lucah dalam media


http://www.youtube.com/watch?v=BFSE5IS_wCo&feature=youtu.be

Berikut bantahan dari 14 NGOs wanita;

Tolak mereka yang guna video lucah - NGO wanita

Harakahdaily,18 Apr 2013
(Wanita Malaysia bergabung membantah parti politik yang mengedarkan video lucah dalam kempen mereka)


KUALA LUMPUR: 14 NGO wanita serta tiga personaliti bergabung tenaga hari ini bagi membantah penyebaran video lucah di media.

Bagi mereka, langkah itu satu tindakan yang tidak kena dan melanggar tatasusila hidup masyarakat negara ini.

(Dr Harlina membantah keras pendekatan politik lucah untuk meraih undi...beliau mengajak semua wanita tunjukkan bantahan di kertas undi. Itupun selemah-lemah iman, katanya)

Sehubungan itu, mereka mengajak seluruh rakyat khasnya wanita menolak mereka yang menggunakan pendekatan sebegitu dalam kempen mereka.


Mereka menyatakan demikian pada sidang media ‘Bantahan Terhadap Penyebaran Video Lucah Menjelang PRU13’ di sebuah hotel di Sungai Besi, pagi ini.

Kumpulan wanita ini diketuai oleh  Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Penyelaras Bantahan Bersama NGO Wanita merangkap Naib Ketua Wanita IKRAM & Pengerusi JK Pembangunan Sosial Ikram.
Antara NGO wanita yang menyertai bantahan ini adalah:

A. Pertubuhan

(Wardina Sofiah antara yang sangat marah dengan budaya ini)

1) Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
2) Helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3) Biro HALUANITA, Pertubuhan Himpunan Lepasan 4) Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
5) Integrated Muslimah Associations and Networks Alliance (IMAANA)
6) Pertubuhan Nisa’ Malaysia (NISA’)
7) Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH)
8) Association of Women’s Initiative for 9) Research, Development & Advancement (WIRDA)
10) Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN)
11) Wadah Kecerdasan Umat Malaysia (WADAH)
12) Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA)
13) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14) IKRAM Siswa

B. Individu perseorangan


1) Prof Dr. Muhaya Muhammad ( Pakar Motivasi & Personaliti TV)
2) Pn Wardina Safiyyah Fadhullah ( Pengacara dan Personaliti TV)
3) Ustazah Fatimah Syarha Hj Mohd Noordin ( Penulis Novel Dakwah & Penceramah)




16 April 2013

Wanita bantah video lucah


KUALA LUMPUR 16 Apr : Sensitiviti golongan wanita terus meningkat dari hari ke hari ekoran penyebaran video lucah di laman sosial facebook, blog dan juga di tempat-tempat awam.

Hari ini bertalu-talu golongan wanita bangkit bagi menyatakan bantahan mereka itu.

Pakar motivasi terkenal, Profesor Dr Muhaya melalui facebooknya meminta semua pihak menjauhi budaya kotor itu dan meminta orang ramai menolaknya.

"Semoga kita semua menjaga hati dan jiwa kita dan anak-anak dengan mengelakkan budaya tidak sopan di dalam apa jua urusan harian termasuk berita dan bahan yang di tonton di media massa dan alam siber," tulis Dr Muhaya.

Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah yang disebarkan macai Umno yang cuba membunuh lawan politiknya.

Bagi Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan Selangor, pemimpin BN disarankan agar bertaubat serta tidak lagi menggunakan bahan lucah dan seks sebagai senjata politik mereka.

Dr Halimah berkata, BN seharusnya malu dan sedar bahawa perbuatan tersebut jauh menyimpang dan sama sekali tidak mencerminkan kesucian agama Islam dan ketuanan budaya Melayu yang sering diuar-uarkan.

Baginya, BN harus rasa malu kerana orang bukan Islam pun tidak menggunakan cara yang jijik.

Tuesday, April 2, 2013

PRU 13 - Satu Lagi Ujian Untuk Ummat Ke Arah Keridhaan Nya

Maka bermula satu lagi episod besar di Malaysia. ..... 


3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Pru ke 12 yang lalu di adakan pada 8 Mac 2018.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.

Dengan demikian msing-masing yang bermiant atau telah membuat keputusan untuk berkecimpung dengan aktiviti politik atau bercita-cita untuk berhidmat dengan rakyat atau mencari habuan dari medan politik akan melibatkan diri dan bersungguh-sungguh dengan masa yang ada. 



Secara umumnya dua kelompok terbesar politik di Malaysia akan berlawan mendapatkan sokongan rakyat iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Dengan kejayaan parti-parti pembangkang yang di dominasi olek Parti Islam Semalaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Parti (DAP) beberapa penggal yang lalu, lanskap politik tanah air telah berubah dengan ketara. 



Pada pilihanraya yang lalu, Kelantan yang dapat dipertahankan PR, Selangor dapat dirampas, Kedah juga dirampas dan Pulau Pinang serta Perak menyokong PR walaupun Perak melalui kemelut sehingga BN dapat merampas kembali melalui peninggalan beberapa ahli DUN PR di Perak. Landskap politik Malaysia terus menghantui BN di dalam percaturan politik tanah air dan BN berusaha dengan pelbagai usaha untuk membuktikan kepada rakyat semenjak 2008 akan kewibawaannya. 



Di dalam politik, tentunya masing-masing ingin mendapatkan kuasa perintah yang maksima dan usaha bersungguh-sungguh telah, sedang dan akan dilakukan sehingga di saat terakhir pengundian yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013.



Menifesto.



BN dan PR sudah membentang dan mengedarkan manifesto masing-masing sebagai janji kepada para pengundi dan rakyat. Masing-masing kelihatan menawarkan sesuatu yang dianggap boleh menarik dan meraih sokongan rakyat dan sememang mengharapkan dengan manifesto tersebut rakyat akan memilih calun-calun mereka.



Semua pihak sedang berusaha menjelaskan melalui apa jua media yang dapat sampai kepada para pengundi, menjelaskan bahawa manifesto merekalah yang bertepatan dengan aspirasi dan harapan rakyat.



Semua pihak juga sedang berusaha untuk menilai dan menghuraikan apakan kelemahan manifesto lawan agar para pengundi dapat menolak lawan. Lihat capaian di bawah untuk mengetahui manifesto masing-masing.



PR telah membuat sasaran untuk menawan Putrajaya dan menawan 9 negeri melalui PRU13 ini. BN pula dengan "gelombang biru" untuk menakluki Kelantan, Kedah dan Selangor serta Pulau Pinang.

Pada 10 April 2013, pihak SPR telah mengumumkan bahawa tarikh penamaan calun-calun seluruh negara adalah pada 20 April 2013 dan tarikh mengundi ialah pada 5 Mei 2013.

.... Semoga Malaysia dan rakyatnya maju kehadapan dengan keridhaan dan keberkatan dari Allah SWT.

Berikut adalah capaian-capaian maklumat dan perbincangan berkaitan PRU 13 :-
Keputusan P Raya SPR : http://keputusan.spr.gov.my/#home
>> UNDI INFO : http://undi.info ; http://undi.info/#/penang
>> KEPUTUSAN PRU13 : http://www.sinarharian.com.my/pru13/keputusan
>> KEPUTUSAN PRU13 BERITASEMASA : http://beritasemasa.com/category/keputusan-pilihanraya-malaysia
>> KEPUTUSAN PRU13 MYUNDI: http://www.myundi.com.my/pru13/johor.aspx
>> KEPUTUSAN PRU13 : http://keputusanpru13.com


Capaian SPR & Kerajaan;
Capaian Pakatan Rakyat;
Capaian BN;

Capaian Lain-lain;



Pengundi Cina Senyap Senyap Mendaftar Tetapi Melayu Masih Lalai

Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  mengingatkan mereka  yang belum lagi mendaftar supaya mendaftar dengan segera, nampaknya ramai yang tidak menghiraukannya. Peringatan demi peringatan telah dibuat dan, terakhir pada  21 June lalu apabila Pengerusi SPR menyatakan kira kira 3 juta yang layak mengundi belum lagi mendaftar. Ini adalah jumlah yang besar dan mencerminkan kelalaian  dan tiadanya minat bagi anak anak muda menggunakan hak mereka untuk mengundi dan memilih kerajaan.
Mengapakah anak anak muda tidak berminat mengundi? Adakah ini benar bagi semua kaum. Apakah ini hanya terjadi kepada anak anak Melalyu sahaja? Bagaimana pula anak  muda kaum Cina dan kaum India?  Jika sambutan mereka berbeza, mengapa pula demikian ?
Untuk merungkai persoalan ini, mari kita kaji data yang ada dan buat sedikit kajian tentang hal ini. Dibawah, kita perturunkan jadual menunjukkan peratusan penggundi mengikut kaum  berbanding dengan peratusan rakyat Malaysia mengikut kaum:
Nota:(1) Bagi taburan Rakyat Malaysia, sila rujuk Banci Penduduk Malaysia 2010, Taburan Penduduk dan  Demografi.
(2) Bagi pengundi berdaftar, sila rujuk artikel Utusan Malaysia yang berkaitan.
.
Dari jadual di atas kita nampak 67.4% daripada jumlah rakyat Malaysia adalah  Bumiputera, sementara  hanya 61.9% sahaja pengundi berdaftar terdiri dari kaum ini. Jadi, kuasa undi Bumiputera adalah kurang daripada sepatutnya. Bagi kaum Cina keadaannya lain pula. Mereka hanya membentuk 24.6% rakyat Malaysia, tetapi 30% daripada keseluruhan pengundi berdaftar adalah dari kaum ini. Ini pula bererti kuasa undi mereka adalah lebih daripada sepatutnya. Bai kaum India pula mereka membentuk 7.3% rakyat Malaysia dan juga jumlah yang telah berdaftar.
.
Mari kita kaji pula berapa ramaikah dari kaum Bumiputera yang belum mendaftar dan bagaimana pula halnya degan kaum Cina dan India. Sila lihat jaual berikut:
Nota: Bagi angka yang layak mengundi(21 tahun ke atas),  sila rujuk  Banci Penduduk Malaysia 2010, Taburan Penduduk dan  Demografi.
Jadual di atas menunjukkan lebih daripada 2.5 juta rakyat Malaysia belum lagi berdaftar sebagai pengundi dan dari   jumlah ini Bumiputera  1,858,000 orang,  atau 18.9% dari jumlah Bumiputera yang layak. Kaum Cina pula hanya 441,000 orang  sahaja yang belum berdaftar, atau 10.2%. Bagi kaum India pula angkanya ialah 222,000 0rang atau 22.5%.
Angka angka seperti di atas menunjukkan yang kaum Cina adalah lebih perihatin dan sedar dengan kuasa peti undi. Agaknya mereka kini yakin dengan kuasa undi yang cukup besar pada paras 30%  akan membolehkan mereka memain peranan  lebih berkesan dalam menentukan kemenangan dalam sesuatu kawasan pilihanraya, terutama kawasan majoriti Cina dan kawasan kawasan campuran yang ada  undi minoriti Cina.
Anehnya,  sungguhpun angka angka diatas mencerminkan keyakinan mereka  yang tinggi kepada proses pilihanraya, masyarakat Cina sebaliknya  telah menzahirkan sokongan yang kuat kepada perhimpunan bersih. Malah dalam satu tinjauan pendapat oleh pihak Merdeka Center ia menunjukkan hanya 19% daripada masyarakat tersebut yang yakin dengan proses pilihanraya.
Jadi, sementara masyarakat Melayu nampaknya masih lalai,  Maysarakat  Cina  pula sudahpun ramai mendaftar dan   bersiap sedia untuk  turun beramai ramai memilih dalam pilihanraya kali ini.
Dengan sentimen masyarakat Cina yang wujud sekarang, agak jelas mereka masih kukuh dibelakang DAP terutama di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak dan mungkin bertambah di Negeri Sembilan dan Johore.
Kajian kita menunjukkan ada lebih 60 kawasan campuran dengan undi minoriti Cina yang melebihi 20%, terutama di Kawasan pantai barat Semenanjung dan Johore. Dalam kawasan kawasan ini, sebarang perpecahan undi Melayu dan sokongan yang rendah dari kaum India,   akan membahayakan kedudukan Barisan Nasional dan melunturkan kuasa Melayu yang sedia ada.
Jadi, kaum Bumiputera, terutama pengundi Melayu, berwaspadalah dalam pilihanraya ini.
Marilah mendaftar sebagai pengundi dengan segera. Anda hanya ada enam hari lagi(sehingga 30 Jun) untuk berbuat demikian.
Bagi mereka yang tidak sempat mendaftar sebelum tarikh tamat di atas, sila juga mendaftar secepat yang mungkin.
Bagaimana hendak mendaftar  adalah mudah dan anda hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja dan mengisi borang yang disediakan ditempat mendaftar.
Tempat tempat pendaftaran  termasuklah yang berikut:
1. Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya di Putrajaya
2. Ibu Pejabat Pilihanraya Negeri di negeri masing masing.
3 Mana mana pejabat pos yang berkomputer
Sekian, wallahu alam,
DAH IKHWAN



Ayahanda Bernikah, Alhamdulillah.





1 April 2013, hari bersejarah bagi Ayahanda Hj Md Salleh Othman apabila diizinkan ALlah bernikah dengan Ibunda Becik yang berasal dari Pekan Nenas.

Majlis ringkas tepi penuh kegembiraan dan keberkatan disaksikan oleh anak-anak dan cucu-cucu dari kedua-dua belah keluarga yang di adakan di Tmn Sri Pulai Perdana dan dinikahkan oleh Imam Saroji.

Terima Kasih semua, semoga Ayahanda dan bonda dikurniakan kesejahteraan, ksihatan berpanjangan dan dipermudahkan di dalam amal ibadah dan mendidik kami anak-anak dan cucu cicit Insya Allah.

Semoga majlis bersejarah ini juga membina kelurga yang lebih besar dan dieratkan tali persaudaraan dan ukhuwwah Islamiah.

Terima kasih juga kepada Imam Hj Saroji yang menyempurnakan majlis akad nikah.








Firman Allah swt dalam surah Rom ayat 21; "dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."






Rasulullah saw juga telah menegaskan kewajipan suami membayar maskahwin atau mahar kepada isterinya dalam sabda baginda yang bermaksud; “Carilah maskahwin walaupun berupa bentuk cincin besi”-(riwayat Al-Bukhari,Muslim dan Abu Daud)















Sebaik-baik Perhiasan Dunia;

Rasulullah saw. sendiri termasuk orang yang mencintai wanita. Beliau bersabda, "Dijadikan aku menyukai wanita dan wangi-wangian. Dan, dijadikan kesejukan mata hatiku di dalam shalat."
(HR An-Nasai dan Hakim).

Selain itu, diterangkan dalam hadis lain, "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Jika ia (suami) memandangnya, dia (isteri) menyenangkannya. Jika suami memerintahkannya, dia mentaatinya. Jika suami tidak berada di sisinya, dia senantiasa menjaga dirinya dan harta suaminya."
(HR Muslim, Nasai, dan Ibnu Majah).

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (Ar-Ruum: 30).




Saturday, February 9, 2013

Kemalangan Tragis Yang Tidak Dapat Di Duga - Bantuan Kecemasan Kemanusiaan Adalah Keutamaan


9 Feb 2013, Sabtu. Hari ini kami sekeluarga mempunyai tugasan penting, berniat untuk merapatkan kekeluargaan dan kejiranan. Dua kenduri kahwin anak Pakcik di Kg Kuala Paya Buluh Kasap Segamat, satu kenduri sepupu di Kg Permatang Sepam Benut Pontian dan dua kenduri jiran berdekatan taman. Isteri tersayang mencadangkan agar kami pergi yang jauh dahulu, ok saya setuju dan pagi itu sekitar 10.00 pagi kesemua anak-anak dan menantu kami (12 orang) menaiki van 12 seater yang ku miliki sekian lama. 

Van tersebut lazimnya bergerak bila ramai anak-anak balik rumah atau sesekali menjalankan misi kempen pembelaan Palestin. Setelah semua menaiki van dan do'a dibaca beramai-ramai, van kami mula bergerak dari TSPP Skudai. Sebagaimana dijangkakan, kesesakan trafik menyebabkan pemanduan lambat  selepas melepasi tol Skudai menuju utara kerana kesesekan di sebebkan hari besar kaum cina yang meraikan tahun baru. 

Beberapa km dari tol, JPJ membuka laluan kecemasan lorong ketiga untuk digunakan para pemandu bagi melancarkan pergerakan kenderaan. Apabila mendekati exit Simpang Renggam, lorong ketiga ditutup kembali dan laluan dua lane bergerak agak sederhana.

Bebeapa kenderaan cuba menggunakan lorong kecemasan, tiba-tiba ku lihat sebuah pacuan 4 roda dengan sarat penumpang dan mengikat bag-bag dibumbung kenderaan memotong kiriku meluncur kehadapan dan beberapa minit ku lihat terhoyong hayang kerana tayar kirinya terbabas ke tanah disebelah lorong kecemasan dan kulihat berputar dan bergulung-gulung beberapa kali ditengah-tengah lebuhraya... "Allahhu Akbar...!!!!!! semena-mena aku bertempik beberapa kali melihat kejadian seumpama suatu tayangan filem ..! habuk dan serpihan sebahagia kenderaan itu berkecai dan kenderaan terbalik di tengah-tengah lebuh raya.

Bebeapa kenderaan mengelak dan ada yang memberhentikan kenderaan. 
Oleh kerana kebanyakkan pemanduan tidak terlalu laju, tiada perlanggaran berlaku, Alhamdulillah.

Aku segera memberhentikan van yang ku pandau di tepi lorong kecemasan, memasang lampu kecemasan dan mengajak anak-anak yang besar serta isteri membantu mangsa.


Dengan perasaan bimbang berlaku letupan, kami menarik mangsa keluar dari kenderaan yang sudah tebaik dan remuk, beberapa mangsa berjaya dikeluaran, dan kemudian aku menarik seorang dewasa dan seorang kanak-kanak yang berlumuran darah. 

Ku lihat seorang lagi terhempit dan ku mengesyakki telah meninggal kerana hempetan yang teramat sangat keseluruhan badannya. Kami tak dapat berbuat apa-apa kecuali menenangkan ahli kelaurga yang terselamat.
Segera isteriku, anak-anak dan ku lihat juga beberapa pemuda dan wanita pelbagai bagsa - melayu, india dan cina turut membantu mangsa. Aku cuba mengawal keadaan, cuba mengarahkan laluan kenderaan, dua lorong dapat dilalui terus oleh para pengguna lebuhraya menuju utara sementara menunggu bantuan datang untuk mengangkat kenderaan kemalangan beserta mayat salah seorang pemandu. Dua anakku yang laki-laki M Aiman dan Zulfadhi turut membantu pergerakan kenderaan.
Isteri dan anak perempuanku, Nurshafeeqah turut membantu mangsa yang di bawa ke bawah pokok di tepi lebuhraya. Polis, PLUS dan Ambulan sudah dihubungi dan isteriku cuba membuat pemerhatian terhadap mangsa, Alhamdulillah kemahirannya sebagai seorang ahli farmasi dimanfaatkan untuk membuat rawaan kecemasan.

Kanak-kanak perempuan cedera parah dan darah meleh ditelinganya tanpa henti. Seorang wanita terlantar dengan darah di kepala.
Mangsa Lelaki (ketua kelaurga) dan wanita (isterinya agaknya) kelihatan luka-luka kecil dan panik, tapi turut membantu anak-anak yang cedera.

Setelah sekitar lebih 15 minit menunggu, tanpa kelihatan ambulan datang, kami semua yang membantu mengambil keputusan untuk menghantar mangsa kanak-kanak yang agak serius ke klinik berdekatan bagi mendapat rawatan segera. Aku segera mengidupkan injin dan membawa ke klinik Simpang Ranggam, diperjalanan setelah keluar tol Macap, bertembung kereta ronda Polis lantas segera memberi isyarat dan meminta membawa kami ke Klinik. 

Rawatan segera diterima di klinik Simpang Renggam oleh staf yang tinggal bersebelahan klinik dan kemudaian usaha untuk membawa dengan ambulan ke hospital dilakukan.

Kenderaan pacuan 4 roda tersebut dipandu salah seorang wanita dewasa dan terdapat sepuluh penumpang, 5 dewasa dan 5 kanak-kanak. Bebeapa bag diikat diatas bumbung pacuan 4 roda tersebut dan tentunya mereka di dalam perjalanan untuk balik kampung bagi menyambut tahun baru. Mangsa yang meninggal di tempat kejadian dilaporkan seorang wanita tua.

Begitulah takdir. Begitulah penyusunan Allah. Hanya selepas zuhur kami dapat meneruskan perjalanan ke Segamat. Namun sempat juga tiba dengan selamat walaupun lambat ke rumah bapa saudara yang mengadakan kenduri perkahwinan anaknya.

Tiga majlis kenduri lagi tidak dapat kami tunaikan. Semoga beroleh kemaafan dari mereka. Kami bersyukur dapat membantu mereka yang di dalam kecemasan dan bersyukur tidak terlibat di dalam kemalangan yang mengerikan itu. Semoga kita semua sentiasa berhati-hati di jalan raya dan sentiasa dipelihara Allah kehidupan di dunia dan akhirat.

Oleh kerana kami tidak dan tak sempat mendapat maklumat dari mangsa, kami tak tahu bagaimana kesudahan mangsa-mangsa tersebut. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada mereka yang ditimpa musibah ketika sambutan tahun baru mereka.











 Kami sekeluarga akhirnya dapat sampai juga ditempat kenduri perkahwinan di Segamat dengan selamat walaupun agak lewat, Alhamdulillah.

Di dalam perjalanan balik dapat juga singgah menikmati buah durian di Segamat