Sejarah Bermulanya Kesultanan Johor

Dalam tahun 1769 Sultan Mahmood lll
diangkat sebagai Sultan Johor Riau. Baginda melantik Temenggong Abdul
Hamid sebagai Temenggong Johor. Inggeris mengiktiraf Temenggong Abdul
Rahman Ibni Temenggong Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor Singapura.
Perlantikan ini merupakan titik permulaan Dinasti Temenggong memerintah
Johor. Inggeris seterusnya melantik Sultan Husain anakanda Sultan
Mahmood sebagai Sultan Johor Singapura pada tahun 1819. Anakanda
Temenggong Abdul Rahman iaitu Temenggong Daeng Ibrahim dilantik
Temenggong Johor selepas kemangkatan ayahanda nya pada 1825. Perlantikan
Baginda disahkan 14 tahun selepas kemangkatan ayahanda Baginda
disebabkan keengganan Inggeris dan keraguan Sultan Husain. Pada 10 Mac
1855 Sultan Johor iaitu Sultan Ali Iskandar Shah telah menyerahkan
keseluruhan kerajaan dan negeri Johor melainkan jajahan Kesang kepada
Temenggong Ibrahim melalui satu perjanjian. Kemangkatan Sultan Ali pada
20 Jun 1877 menandakan tamat pemerintahan Dinasti bendahara. Setelah
mempunyai ketuanan Johor, Temenggong Daeng Ibrahim membuka Bandar
Iskandar Puteri di Tanjong Puteri pada tahun 1855. Bermula dari tarikh
itu zahirlah pentadbiran kesultanan Johor moden diasaskan oleh
Temenggong Daeng Ibrahim dan diperkasa dan diperkukuhkan oleh Sultan Abu
Bakar.
Baca Lanjut di SINI : http://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-johor/
No comments:
Post a Comment