Lawatan ke University of Adelaide dan menyambut kelahiran Muslehuddin Mohd Za'i.
Saturday, December 26, 2015
Monday, March 23, 2015
Kemahkotaan Sultan Johor
Pada hari ini, Isnin 23 hb Mac 2015, telah berlangsung Pemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim ibni al marhum Sultan Iskandar sebagai Sultan bagi negeri Johor Darul Takzim.
Sejarah Bermulanya Kesultanan Johor
Pada tahun 1528 Sultan Alauddin Riayat
Shah dari keturunan kesultanan Melaka telah membuka Johor dan bertapak
di Johor Lama. Dinasti ini memerintah Johor sehingga tahun 1699 iaitu
tarikh kemangkatan Sultan Mahmood yang dikatakan dibunuh oleh Megat Seri
Rama (Laksamana Bintan). Sultan Mahmood tidak mempunyai waris yang sah
dan oleh itu pengurusan dan pentadbiran Johor berpindah kepada Dinasti
Bendahara iaitu menteri-menteri yang membantu Dinasti Kesultanan Melaka.
Oleh sebab perperangan dan bagi
mengekalkan kuasa perdagangan, ibu
negeri Johor berpindah sebanyak 20 kali di sepanjang Sungai Johor
termasuk pada akhirnya di Kepulauan Riau.
Sejarah Bermulanya Kesultanan Johor
Pada tahun 1528 Sultan Alauddin Riayat
Shah dari keturunan kesultanan Melaka telah membuka Johor dan bertapak
di Johor Lama. Dinasti ini memerintah Johor sehingga tahun 1699 iaitu
tarikh kemangkatan Sultan Mahmood yang dikatakan dibunuh oleh Megat Seri
Rama (Laksamana Bintan). Sultan Mahmood tidak mempunyai waris yang sah
dan oleh itu pengurusan dan pentadbiran Johor berpindah kepada Dinasti
Bendahara iaitu menteri-menteri yang membantu Dinasti Kesultanan Melaka.
Oleh sebab perperangan dan bagi
Dalam tahun 1769 Sultan Mahmood lll
diangkat sebagai Sultan Johor Riau. Baginda melantik Temenggong Abdul
Hamid sebagai Temenggong Johor. Inggeris mengiktiraf Temenggong Abdul
Rahman Ibni Temenggong Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor Singapura.
Perlantikan ini merupakan titik permulaan Dinasti Temenggong memerintah
Johor. Inggeris seterusnya melantik Sultan Husain anakanda Sultan
Mahmood sebagai Sultan Johor Singapura pada tahun 1819. Anakanda
Temenggong Abdul Rahman iaitu Temenggong Daeng Ibrahim dilantik
Temenggong Johor selepas kemangkatan ayahanda nya pada 1825. Perlantikan
Baginda disahkan 14 tahun selepas kemangkatan ayahanda Baginda
disebabkan keengganan Inggeris dan keraguan Sultan Husain. Pada 10 Mac
1855 Sultan Johor iaitu Sultan Ali Iskandar Shah telah menyerahkan
keseluruhan kerajaan dan negeri Johor melainkan jajahan Kesang kepada
Temenggong Ibrahim melalui satu perjanjian. Kemangkatan Sultan Ali pada
20 Jun 1877 menandakan tamat pemerintahan Dinasti bendahara. Setelah
mempunyai ketuanan Johor, Temenggong Daeng Ibrahim membuka Bandar
Iskandar Puteri di Tanjong Puteri pada tahun 1855. Bermula dari tarikh
itu zahirlah pentadbiran kesultanan Johor moden diasaskan oleh
Temenggong Daeng Ibrahim dan diperkasa dan diperkukuhkan oleh Sultan Abu
Bakar.
Baca Lanjut di SINI : http://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-johor/
Sunday, March 1, 2015
Orbit Dakwah Di Perjalanan
Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Misi gerakan Islam adalah membangunkan kehidupan berdasarkan kehendak Allah swt.
a. Ia berputar sepanjang zaman mengajak manusia menerapkan syariat dalam kehidupan sebagai individu, masyarakat dan warga negara.
b. Ia terus meluru laju untuk memikul misi membimbing umat manusia seluruhnya menuju sistem Islam beserta ajaran-ajarannya.
Dalam perspektif seperti ini, dakwah sebenarnya merupakan suatu tugas peradaban. Oleh kerana itu, sejak dari mula, para pemikul dakwah mesti menyedari panjangnya jalan yang mesti ditempuh dan banyaknya tenaga yang mesti dikerahkan.
Mereka bahkan mesti bersedia untuk mengorbankan jiwa, harta dan segala apa yang dimilikinya berupa waktu, tenaga, kesihatan, ilmu dan lain-lainnya semata-mata untuk mencari keridhaan Allah swt.
TAHAPAN DAN URUTAN AMAL
Untuk merealisasikan tujuan yang mulia itu, sebuah gerakan dakwah mesti melakukan tahapan-tahapan amal, kerana salah satu ciri dakwah adalah 'At-tadarruj fi al-khutuwaat' (bertahap dalam langkah dan perancangan).
Tahapan-tahapan amal yang mesti dilakukan adalah seperti berikut :
a. Tahapan seruan (di'ayah), pengenalan (ta'rif) dan penyebaran fikrah (nasyr al-fikrah) kepada masyarakat.
b. Tahapan pembinaan (takwin) dan pemilihan pendukung (takhyir al-anshar), penyediaan pasukan / perajurit (I'dad al-junud) dan mobilisasi barisan (ta'biah ash-shufuf) dari kalangan mad'u.
c. Tahapan aplikasi (tanfidz), kerja (amal) dan pengeluaran hasil (intaj).
Sedangkan 'maratibul amal' (urutan amal) nya adalah :
1. Perbaikan individu (Ishlah al-fard)
2. Perbaikan rumah tangga (Ishlahul al-bait)
3. Perbaikan masyarakat (Ishlah al-mujtama')
4. Pembebasan negeri (Tahrir al-wathan)
5. Perbaikan pemerintahan (Ishlah al-hukumah)
6. Penyiapan pembinaan khilafah (Bina' al-khilafah)
7. Pelopor dunia (Ustadziah al-alam)
Tiga tingkatan pertama merupakan kewajiban individu-individu muslim secara umum, juga menjadi kewajiban gerakan dakwah sedangkan empat tingkatan yang terakhir merupakan tugas yang mesti dipikul oleh gerakan dakwah sebagai sebuah 'tanzim' dakwah yang aktif.
PERLAKSANAAN
Perlaksanaan tahapan dan urutan amal dakwah tersebut boleh diwujudkan dalam orbit kerja seperti berikut :
1. Mihwar Tanzimi (Orbit Organisasi)
Orbit Organisasi memberi penumpuan kepada pembentukan dan pencetakan aktivis sebagai asas operasi dakwah
Gerakan dakwah perlu membangunkan dirinya menjadi sebuah organisasi yang kuat dan teguh sebagai kekuatan utama yang mengoperasikan dakwah. Organisasi ini mesti diisi oleh orang-orang yang kuat dan teguh dalam seluruh aspek keperibadian.
Untuk itu diperlukan proses pembinaan dan pembentukan yang sistematik, lengkap dan memakan waktu yang secara relatifnya panjang. Mereka yang dipilih untuk dibentuk dan dibina mestilah orang-orang yang terbaik yang ada di dalam masyarakat.
2. Mihwar Sya'bi (Orbit Sosial)
Seterusnya gerakan dakwah mesti berusaha untuk :
a. Membangunkan asas sosial yang luas dan merata serta membentuk wajihah-wajihah sebagai kekuatan pendukung dakwah.
b. Menciptakan struktur budaya dan adab-adab sosial yang Islamik.
c. Memastikan penguasaan peribadi dan tokoh Islam dalam masyarakat.
d. Menjayakan sebaran kebudayaan yang luas di mana Islam menjadi faktor pembentuk pendapat dan pandangan umum.
e. Mempertingkatkan usaha-usaha dakwah umum kepada masyarakat.
f. Mewarnakan Islam dalam penampilan-penampilan budaya seperti pakaian, produk kesenian, etika sosial, istilah-istilah umum dalam pergaulan dan seterusnya.
Bagi tujuan tersebut, sebagai langkah awal, gerakan dakwah mesti bekerja keras membina komitmen dan kekuatan aqidah pada sebahagian besar kalangan kaum muslimin iaitu komitmen aqidah yang menandakan persediaan ideologi masyarakat Muslim untuk hidup dengan sistem Islam pada seluruh tatacara kehidupannya beserta kekuatan aqidah untuk menampilkannya dalam lingkungan kehidupan secara yang mempesonakan.
Selain itu pada tahapan ini, secara idealnya, gerakan dakwah mesti mampu mewujudkan ketinggian pemikiran Islam di tengah-tengah masyarakat sehingga muncul kepercayaan umum bahwa secara konsepnya, Islamlah yang paling mampu menyelamatkan bangsa dan negara dan dengan itu, Islam menjadi arus yang membentuk arah pemikiran nasional.
2. Mihwar Muassasi (Orbit Institusi)
Gerakan dakwah mesti membangun berbagai institusi untuk menjadi wadah kepada segala kerja-kerja dakwah di seluruh sektor kehidupan dan di seluruh segmen masyarakat.
Ia seharusnya mampu mempertemukan dakwah dengan kegiatan dan institusi politik serta penerobosan dakwah ke parlimen.
Wilayah kerja dakwah pada orbit ini sangat luas dan rumit dan oleh yang demikian diperlukan pembentukan institusi-institusi pekerjaan seperti institusi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.
Pada tahapan ini juga perlu dilakukan usaha mengisi institusi-institusi samada dalam masyarakat ataupun pemerintahan yang sudah ada. Dengan usaha tersebut, maka akan terbentuklah jaringan aktivis dakwah di seluruh institusi yang strategik. Ini merupakan usaha-usaha penting yang diperlukan untuk mengurus dan mentadbir kehidupan bernegara yang Islamik.
4. Mihwar Daulah (Orbit Negara)
Dakwah mesti sampai pada tingkatan institusi negara di mana dengan institusi inilah gerakan dakwah dapat merealisasikan secara undang-undang dan kuat seluruh kehendak Allah swt ke atas kehidupan masyarakat.
Negara adalah wasilah dan bukan tujuan.
"Kebenaran mesti mempunyai negara kerana kebatilan pun mempunyai negara", demikian kata-kata Ibnul Qayyim Al Jauziyah.
Orbit daulah perlu memainkan peranan baru untuk menyediakan :
a. Pemimpin-pemimpin negara.
b. 'Blue Print' pemerintahan.
c. Peraturan-peraturan dan perundangan.
d. Pengelolaan negara.
Bagi memenuhi keperluan di atas, bebanan dakwah yang semakin berat dan tatacara kerja dakwah yang semakin luas ini menghendaki persiapan-persiapan yang lebih besar daripada orbit-orbit sebelumnya.
Di antara hasil kerja dakwah pada tahapan ini adalah melahirkan sumber tenaga manusia yang memiliki keterampilan akademik yang handal untuk mampu mentransformasikan ajaran-ajaran Islam ke dalam format perlembagaan, undang-undang dan pengeluaran hukum lainnya di samping memasukkan sekelompok tenaga kepimpinan pada tahap negara yang memiliki visi dan kemampuan teknikal untuk mengelola negara.
Merekalah yang akan menentukan (di tahap aplikasi) seperti apakah wajah Islam dalam alam nyata dan akan menentukan berhasil atau tidaknya projek Islamisasi iaitu membangunkan kehidupan berdasarkan kehendak Allah swt.
Pada orbit ini, gerakan dakwah wajib memberikan sumbangan yang aktif bagi mewujudkan kemandirian material yang akan menjadikan bangsa kita tetap hidup walaupun akan menghadapi sekatan dan pengasingan.
Mengapa berlaku demikian?
Ini adalah kerana sejarah mengajarkan kepada kita bahwa tidak pernah ada sebuah negara yang menyatakan Islam sebagai ideologinya, melainkan ia pasti memasuki hari-hari panjang yang penuh keringat, air mata dan darah.
Sejak Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, beliau perlu menghadapi 68 kali pertempuran dan memimpin 28 peperangan.
Di zaman kini pula setidak-tidaknya kita perlu belajar dari Iran (1979) dan Sudan (1987) di mana apabila kedua negara tersebut menyatakan diri sebagai Negara Islam, dunia dengan segera bertindak melakukan sekatan atau yang paling terkini, kita dapat belajar dari pemerintahan Hamas di Gaza, Palestin (2007).
Sejarah telah mengajarkan kepada kita bahwa ada risiko yang mesti ditanggung apabila sebuah negara menyatakan Islam sebagai jati dirinya.
Oleh kerana itu, apabila putaran ekonomi tetap dapat berjalan di dalam sebuah Negara yang mengistiharkan Islam sebagai dasarnya, maka itu sudah merupakan tanda persiapan ke arah Negara yang lebih bebas.
Gerakan dakwah pada orbit negara ini pun wajib mendukung peningkatan kapasiti pertahanan yang teguh disebabkan oleh halangan luaran yang mungkin dihadapi dan tidak terbatas hanya kepada gangguan ekonomi tapi juga gangguan pertahanan.
Selain itu gerakan dakwah pun mestilah mampu membangun jaringan antarabangsa yang akan memungkinkan negara tetap wujud dalam percaturan antarabangsa atau tetap memiliki jalan keluar walaupun mungkin menghadapi risiko sekatan atau penjajahan.
Manakala apabila tahapan kerja dan syarat-syarat persediaan Islamisasi itu sudah dapat dipenuhi secara sempurna dan lengkap, maka pada saat itulah gerakan dakwah dapat memikul tuntutan politik yang ditandai dengan adanya parti-parti politik (bersama masyarakat awam) yang secara rasminya meminta penerapan syariat Islam pada tahap perlembagaan.
Tahapan kerja dan pemenuhan syarat-syarat persediaan Islamisasi ini secara idealnya dapat berjalan secara berurutan. Namun pada kenyataannya lebih elok kalau ianya berjalan secara selari.
KERJA DAKWAH BELUM SELESAI
Dalam perspektif dakwah sebagai sebuah projek peradaban, langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh gerakan dakwah adalah usaha penyelarasan dengan bangsa-bangsa muslim lain yang menyangkut masalah politik, ekonomi, sosial, pertahanan, keamanan dan peradaban Islam secara umum.
Setelah itu, ia akan berupaya untuk membentuk persekutuan dan permuafakatan di antara mereka untuk mendirikan lembaga-lembaga ummat dan mengadakan muktamar antara negara lalu seterusnya berusaha untuk membentuk persekutuan bangsa-bangsa muslim.
Jika perkara itu dapat diwujudkan dengan sempurna, maka akan berhasillah sebuah kesepakatan untuk mengangkat pemimpin yang satu sebagai simbol persatuan umat Islam sedunia.
DAKWAH YANG LENGKAP
Apabila sampai ke tahap ini, barulah gerakan dakwah dapat berbicara kepada dunia sepertimana yang pernah Rasulullah saw katakan kepada Heraclius :
"Masuklah ke dalam Islam supaya kamu selamat!"
atau mengatakan kepada mereka seperti yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman kepada Ratu Balqis ;
"Ini (surat) datang dari Sulaiman, dan sesungguhnya (ia datang) dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." (QS An Naml : 30)
Namun untuk sampai ke tahap ini, jalannya masih panjang dan berliku, 'La haula wa laa quwwata illa billah'.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk kami teruskan usaha-usaha kami di setiap orbit-orbit yang kami lalui dan menetapkan kaki kami di atas jalan dakwah ini sehingga kami pulang kepadaMu dalam keadaan ridha dan meridhai.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Posted by IKRAM Kuala Langat

Friday, June 13, 2014
Apabila Ireland, Singapura dan Jerman Lebih Islam Daripada Kita
Apabila Ireland, Singapura dan Jerman Lebih Islam Daripada Kita
![]() |
| [Kredit] |
Ada sebuah buku yang sudah ribuan tahun usianya. Buku ini berjaya merentasi zaman dan kekal relevan sehingga kini. Dan bukan, ia bukan sebuah buku yang mengumpulkan resipi masakan orang-orang dahulu kala. Peluh besar.
Buku ini merupakan mukjizat agung yang tiada tolong bandingnya. Ia diturunkan oleh Allah khas buat umat Islam untuk dijadikan rujukan dan panduan.
Sejak zaman berzaman, umat Islam berpegang teguh pada ajaran yang dibawakan oleh buku ini. Di dalam buku ini terkandung bermacam rahsia dan bimbingan, yang sekiranya diikuti dan dipatuhi dengan taat dan tanpa kompromi, pastilah akan membuahkan kejayaan dan kemenangan yang tiada taranya. Oleh sebab itulah, umat Islam sejak zaman berzaman berjaya membina sebuah tamadun kemanusiaan yang begitu hebat, sehinggakan tiada satu tamadun pon sebelum itu yang boleh menandinginya. Umat Islam berjaya mencapai satu tahap yang tidak pernah terotakkan oleh sesiapa pon sesiapa pon.
Semuanya hanya kerana mereka mengambil dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam buku itu.
Sehinggalah...
Umat Islam mula melupakan dan meninggalkan buku itu. Sama ada sebagai kesan langsung akibat daripada ghazwul fikr (serangan pemikiran) oleh musuh-musuh Islam yang sememangnya mahukan umat Islam jauh daripada ajaran-ajaran buku itu atau pon dek kelalaian umat Islam sendiri yang semakin syok dan larut dengan kemewahan dunia. Alahai.
Maka buku itu hanya tinggal sebagai buku yang mengandungi mantera-mantera ajaib untuk menghalau jin dan hantu. Ia menjadi tempat mengumpul habuk yang paling baik di rak-rak buku. Sekali-sekala ia juga boleh menjadi senjata untuk menghempuk kepala perompak yang memecah masuk ke dalam rumah di kala malam yang sejuk dan sunyi.
Hampeh.
Sekali-sekala adalah ahli politik itu menghamburkan beberapa ayat daripada buku itu untuk menjustifikasikan polisi atau manifesto parti yang dianggotainya. Atau ostad ini yang berceramah dengan penuh berbara sehingga tersembur-sembur air liur menggunakan beberapa potong ayat dari buku itu untuk menambah perisa pada ceramahnya. Atau kumpulan nasyid yang terlalu mengejar populariti sehingga tergamak melagukan beberapa ayat dari buku itu untuk melariskan lagi albumnya.
Adeh.
Ya, buku itu adalah al-Quran. Kitab suci yang semakin dilupakan. Bukan dilupakan jasadnya; malah zaman sekarang ini entah bermacam Quran boleh didapati di pasaran, daripada yang berwarna-warni sehingga yang setebal sepuluh inci. Namun ruhnya itu yang dilupakan. Pengajaran dan kehidupan yang terkandung di dalamnya itu yang semakin diabaikan.
Oleh siapa? Tidak lain dan tidak bukan, oleh umat Islam sendiri. Ya, kitalah!
Maka tidak hairanlah, baru-baru ini sebuah kajian yang dilakukan oleh Hossein Askari, seorang Professor Jabatan Perdagangan Antarabangsa dan Perhubungan Antarabangsa, Universiti George di Washington bersama-bersama dengan Scheherazade S. Rehman telah mendapati, kebanyakan negara-negara bukan Islam (bukan Islam dari segi majoriti penduduknya) jauh lebih beramal dengan Quran berbanding dengan negara-negara Islam sendiri.
Malah yang lebih mengejutkan dan bisa membuatkan Ostajah Shirley Tumpul menarik-narik tudung labuhnya kerana tidak terpercaya adalah tiada satu pon negara-negara anggota OIC yang menduduki sepuluh, malah dua puluh, malah tiga puluh tempat teratas di dalam senarai itu! Malaysia adalah negara OIC terbaik yang tersenarai, menduduki tempat ketigapuluhtiga di dalam senarai itu.
Oh, I see.
Ireland, sebuah negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada penganut Protestan dan Katolik, menjuarai carta negara mana yang paling Islamik berdasarkan ajaran Quran!
Jatuh kerusi.
Selain itu, Kerajaan Bersatu berkongsi kedudukan yang keempat bersama dengan Sweden di dalam senarai itu, Singapura (ketujuh), Hong Kong (dua belas), Australia (empat belas), Amerika Syarikat (lima belas) Jepun (dua puluh satu), Jerman (dua puluh enam), negara haram Israel (dua puluh tujuh. Aikkk...??) dan Korea (tiga puluh satu), semuanya di atas Malaysia yang berada di keduduk tiga puluh tiga.
Apakah asas kepada kajian ini, Inche gabbana? Memandai-mandai je. Depa makan babi! Minum arak! Main judi! Mana mungkin depa lebih Islamik dari Malaysia!
Err. Mari kita lihat dahulu. Kemudian terpulanglah kepada anda untuk membuat penilaian sendiri.
Empat aspek utama yang dilihat adalah pengurusan pentadbiran (governance), hak asasi kemanusiaan dan politik (political and human rights) dan perhubungan antarabangsa (international relations).
Kajian mereka mendapati, negara umat Islam seperti Arab Saudi, Mesir, Sudan dan sebagainya, mendapat markah yang amat rendah dalam keempat-empat aspek ini. Hal ini kerana, seperti yang disebut Professor Hossein Askari, negara-negara Islam ini menjadikan Islam sebagai alat semata-mata untuk berkuasa.
"Kami mesti menekankan bahawa kebanyakan negara yang mengaku Islam dan dipanggil Islamik adalah zalim, korup dan mundur dan hakikatnya tidak Islamik dari sudut pandang apa sekalipon."
Saya tidak hairan akan ada mana-mana orang Islam di mana-mana negara Islam yang akan membuat protes dan membakar tayar bagi menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kajian ini. Atau mengugut untuk membakar pejabat Professor Hossein Askari dan Scheherazade S. Rehman. Atau paling koman pon, mencetak hasil kajian tersebut lantas mengoyak-ngoyakkan dan memijak-mijaknya dengan penuh emosi.
Ya, mungkin ada unsur bias pada kajian tersebut. Barangkali kajian tersebut ada kelemahannya dan fakta yang dibentangkan tidak tepat. Boleh jadi Malaysia dan beberapa negara Islam yang lain sepatutnya menduduki tangga yang lebih tinggi. Kamonlah, Malaysia yang ada logo halal JAKIM dan pernah mahu mengharamkan pemakaian jeans oleh golongan pengkid, takkanlah duduk di tangga tiga puluh tiga kot...??
Namun hakikatnya, jauh di dalam sudut hati anda, anda tahu ada kebenarannya pada kajian tersebut. Ketika masa-masa tiada orang yang memerhatikan anda, anda tersenyum seorang diri sambil menggeleng-gelengkan kepala, terasa lucu dengan ironinya hidup di sebuah negara yang sering mendakwa dirinya Islam dan mengamalkan Islam.
Bukan begitu?
Anda yang pernah berpeluang menetap atau bermastatutin di luar negara, baik bekerja, belajar atau mengikuti keluarga, pasti bersetuju, jika tidak dengan sepenuh hati pon, sekurang-kurangnya adalah sedikit cebisan hati itu dengan kajian ini.
Ya, kehidupan sosial mereka sememangnya porak peranda. Ibu-ibu muda sehari-hari melahirkan anak tanpa bapa. Kes-kes bunuh diri akibat kechiwa dengan hidup cukup tinggi di negara ini. Saban tahun kerajaan mereka terpaksa membelanjakan wang dalam jumlah yang besar bagi merawat rakyat mereka yang ketagihan arak dan dadah.
Namun di sebalik semua itu, nilai-nilai kemanusiaan mereka sangat tinggi. Di sebalik keruntuhan akhlak dan kebejatan sosial yang sedikit demi sedikit sedang memamah negara mereka, mereka punya nilai asas yang malangnya tidak dimiliki oleh kebanyakan umat Islam pada hari ini.
Mereka menjaga warga tua mereka dengan penuh amanah.
Bandar-bandar mereka bersih, tanpa bekas polisterin buat bungkus mee goreng mamak dan pembalut Nini Cokelat Celup yang menyakitkan mata.
Pemandu-pemandu mereka amat menghormati pejalan kali. Dan pada mereka, merah itu tanda berhenti. Betul-betul berhenti.
Tandas mereka bersih dan 'menyelerakan.'
Mereka tidak lokek dengan senyuman dan mesra memulakan perbualan meski dengan orang yang tidak dikenali.
Mereka amanah. Sekiranya anda tercicir dompet di Jepun misalnya, anda boleh menemukannya semula di tempatnya yang asal hatta lapan sembilan jam selepas itu.
Mereka amat menghormati dan menepati masa. Tiada istilah janji Irish atau janji Francais dalam hidup mereka.
Bila-bila masa sahaja anda boleh mengkritik dan menegur pemimpin, tanpa perlu rasa khuatir anda akan dibom atau keluarga anda akan diculik, diikat dan dicampakkan ke dalam kolam ikan piranha.
Anda akan dilayan dengan adil dan saksama, sama rata oleh kerajaan anda meskipon trang tang tang anda mengundi parti pembangkang pada pilihanraya yang lepas.
Ya benar, bukan semuanya begitu. Tapi kebanyakannya.
Dan yang menariknya dan lebih utama, semua nilai-nilai itu terkandung di dalam al-Quran. Segala kebaikan dan nilai-nila terpuji pada mereka ini sememangnya diajar oleh Islam. Inilah asas kepada kajian Porfessor Hossein Askari dan Scheherazade S. Rehman itu.

"Aku jumpa Islam di Eropah, tanpa Muslim. Di sini (Mesir), aku jumpa ramai Muslim tanpa Islam."
Maka saya terpaksa bersetuju dengan kata-kata keramat yang pernah diungkapkan oleh Syaikh Muhammad Abduh itu.
"Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka (orang Rom) ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja."
Hari ini kita menjadi saksi kepada kata-kata 'Amr ibn al-'As r.a. ini. Orang-orang Rom yang dimaksudkan itu adalah bangsa Eropah pada hari ini. Betapa nilai-nilai yang ada pada mereka hari ini menjadikan mereka maju dan kuat.
Lihat pula pada negara-negara yang kononnya Islam itu. Adoi. Tengok tu, belum apa-apa lagi dah adoi dulu. Eh.
Di Mesir dan Syria kita lihat bagaimana pemimpin mereka menyembelih rakyat sendiri tanpa rasa malu dan sesal di hati.
Di Sudan dan Somalia, perang saudara sejak sekian lama seperti tidak jumpa akan titik noktahnya.
Di Arab Saudi, secara praktikalnya negaranya dipimpin oleh sebuah keluarga sahaja. Ya, sebuah keluarga yang korup dan punya banyak rekod buruk dalam pelbagai isu.
Di Emiriyah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar dan Bahrain, kekayaan mereka melimpah ruah, tapi langsung tidak peduli pada jiran-jiran mereka Palestin, Iraq dan Syria yang bergejolak.
Di Pakistan dan Bangladesh, krisis kepemimpinan sejak sekian lama terus membuatkan rakyat menjadi mangsa.
Di Malaysia dan Indonesia, rasuah dan korupsi itu seperti perkara normal buat borak-borak di kedai kopi.
Di Brunei... Ok lah baru-baru ini Sultannya mahu melaksanakan syariat Islam di negara itu sepenuhnya. Kita doakan agar semuanya berjalan lancar, biidznillah.
Dan semua ini, belum lagi kita lihat pada aspek-aspek kemanusiaan yang lainnya; kebersihannya, amanahnya, ketepatan waktunya, budi pekertinya, sikap kepenggunaannya, akhlak di jalan rayanya dan senarainya berterusan.
Bagaimana? Anda sudah mula nampak permainannya...?
![]() |
| Sampai bila umat Islam haru menderita, terbelenggu dek kejahilan dan kezaliman diri sendiri? [Kredit] |
Ya hakikatnya memang pahit. Fakta yang terbentang di hapadan mata sememangnya tidak busuk dan tidak lazat untuk dikunyah, apatah lagi ditelan.
Orang-orang bukan Islam, mereka semakin maju dan hebat apabila mereka semakin jauh daripada agama mereka, kerana agama mereka yang sudah tercemar dengan tangan-tangan manusia itu bersifat korup dan menindas. Lantas, apabila mereka mengasingkan agama daripada kehidupan mereka (sekular), mereka bebas daripada cengkaman pihak agamawan yang zalim.
Sedangkan kita, umat Islam, mundur dan miskin apabila kita menjauhkan diri daripada ad-deen ini, kerana agama ini sifatnya sempurna, lengkap dan melengkapkan. Tiada apa yang kurang padanya. Lantas, apabila kita mengasingkan kehidupan kita sehari-hari daripada al-Quran dan sunnah, dua sumber yang sepatutnya apabila dipegang tidak akan membuatkan kita sesat buat selamanya, maka kita tercengkan oleh kezaliman diri kita sendiri.
Aduhai.
Ya, kita mungkin tidak makan babi dan minum arak. Kita mungkin tidak berzina dan memakai bikini ke pantai. Kita mungkin ke masjid mendengar ceramah-ceramah agama dan bila cukup duit, bayar zakat dan pergi menunaikan haji.
Namun malangnya, itulah kita. Islam pada kulitnya sahaja. Intinya? Isinya? Kosong... Kosong.. Bak kata Najwa Latif. Err.
"Wahai orang-orang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan!"
[al-Baqarah, 2:208]
Ia adalah suatu arahan. Suatu perintah dan suruhan. Betapa kita, umat Islam, orang-orang yang beriman, hendaklah beriman dengan manhaj Islam itu sepenuhnya. Bukan hanya pada aspek-aspek tertentu. Bukan secara juz'iyyah. Tetapi kesemuanya.
Kerana Islam itu adalah sistem yang menguruskan kehidupan. Islam itu adalah cara hidup yang mencakupi segala aspek dan sisi dalam kehidupan kita sebagai hambaNya. Dan kerana Islam itu adalah manhaj yang sempurna, ditulis dan dirangka oleh Tuhan yang pastinya Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umat manusia.
Sehingga itu, sehingga umat Islam tidak kembali berpegang kepada al-Quran dan sunnah, tidak benar-benar mengamalkan apa yang diajar oleh Islam dan Rasulullah SAW, kita akan terus mundur dan miskin, terus-menerus ditindas dan dipijak oleh musuh-musuh kita.
Musuh-musuh yang jauh lebih Islam daripada kita.
-gabbana-
Makalah akademik Professor Hossein Askari dan Scheherazade S. Rehman yang bertajuk 'An Economic Islamicity Index' boleh dibaca di sini.
Sunday, May 25, 2014
Jemputan Majlis Walimatul Urus Perkahwinan Anakanda Muhammad Sabiq
Assalamualaikum wm wb.
Semoga tuan/puan berada di dalam sihat sejahtera dan rahmat Allah. Saya dan isteri dengan segala hormatnya menjemput tuan sekeluarga ke majlis kesyukuran perkahwinan anakanda kami Muhammad Sabiq Mohd Zin dengan Asma' Aminuddin. Majlis jamuan akan di adakan di Dewan Alumni Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor Pada hari Ahad 1 Jun 2014 dari Jam 11.00 pagi - 5.00 ptg.
Semoga kehadiran tuan dan puan akan bertambah keberkatan akan majlis tersebut Insha Allah.
Facebook Perkahwinan Muhammad Sabiq & Asma'
Prof Madya Mohd Zin Kandar dan Norlehs Md Salleh
019-7342539
110 Jln 8/2 Tmn Sri Pulai Perdana, 81110 Skudai Johor.
Sunday, May 18, 2014
Kegigihan Cikgu Ku - Gitar jadi alat bantu mengajar
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: May 17, 2014
Cikgu Sudin mengajar kelas tambahan menggunakan gitar di rumahnya.
PONTIAN - Walaupun sudah bersara tujuh tahun lalu, Samsudin Seri, 63 atau lebih dikenali Cikgu Sudin, tetap setia berbakti mengajar anak kampung.
Cikgu Sudin bekas guru Sains menggunakan pendekatan pengajaran yang cukup unik apabila formula Sains dan Matematik digubah menjadi lagu hanya dengan menggunakan sebuah gitar.
Halaman rumahnya di Kampung Parit Betak, Benut dijadikan lokasi kelas tambahan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Berazam mahu membantu pelajar kampung memahami Sains dan Matematik yang sering dianggap susah, Cikgu Sudin mengorak langkah mencari pembaharuan ketika mengajar di Sekolah Menengah Parit Betak sekitar 80-an.
Jelasnya, sewaktu menjadi guru di sekolah, dia melihat pelajar suka menyanyi di dalam kelas dan dari situ timbul idea untuk membuat lagu daripada formula Sains juga Matematik.
“Lagu pertama yang digubah ialah Hujan nyanyian Sudirman yang liriknya menjadi formula kitaran nitrogen.
“Hanya menggunakan gitar berharga RM60, saya nyanyikan lagu yang digubah itu di dalam kelas, ternyata pelajar begitu seronok mendengarnya,” katanya yang pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang peringkat negeri.
Dia kemudian menggubah lebih banyak lagu dengan formula Sains dan Matematik, malah turut melibatkan subjek lain iaitu Biologi dan Matematik Tambahan.
Menurutnya, pelajar dapat memahami Sains dan Matematik dalam keadaan yang gembira melalui lagu yang digubah.
“Alhamdulillah, lagu tersebut memperlihatkan kesan yang positif apabila pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Dia berharap teknik pengajaran yang digunakannya itu dapat dijadikan idea kepada guru baharu agar kreatif ketika mengajar.
Baginya, seorang pendidik perlu kreatif kerana pelajar bergantung kepada guru untuk memahami mata pelajaran yang diajar di sekolah.
“Fahami minat pelajar agar perhatian mereka dapat ditumpukan sepenuhnya di dalam kelas,” katanya.
Katanya lagi, selagi kudrat masih terdaya beliau akan terus berbakti mengajar kira-kira 100 pelajar yang mengikuti kelas tambahan diadakannya pada Jumaat dan Sabtu.
Malah katanya, ada dalam kalangan ibu bapa pelajar di sini yang tidak mahu dia berhenti daripada mengajar kelas tambahan yang hanya mengenakan bayaran sebanyak RM5.

Thursday, April 3, 2014
Keikhlasan Pejuang Terus Diuji

Perjuangan untuk memartabatkan Islam sebagai syariat terus dicabar oleh musuh-musuh di kalangan mereka yang jahil, dengki dan musrikin. Puluhan tahun Islam yang diruntuhkan oleh umatnya mahupun musuh cuba dihidup suburkan oleh para mujaddid dan mujtahid serta umatnya dikalangan para pengamal dan pejuang agama yang suci ini (Islam).
Hassan Al-Banna as Syahid dan para pejuang yang telah membawa obor baru kepada ummat, terus melangkah dan mengajak masyarakat kepada amal Islami yang syamil dan kamil. Namun sering juga berdepan dengan ujian dan mehnah. Kebenaran yang jelas yang didakwahkan, tidak memberikan manfaat kepada mereka yang berkepentingan dan sering dimusuhi akan para pendokong fikrah Ikhwan itu.

Ikhwan menyeru kepada Iman yang bersih dan amal yang berterusan. Mengajak ummat agar kembali kepada fitrah iaitu kepada akidah yang sejahtera, ibadah yang benar dan jihat yang menyeluruh. Agar ma'aruf al-akbar dapat ditegakkan dan tiada lagi fitnah dikalangan manusia. Namun jahiliyah moden terus ganas menerpa dan memamah umat manusia serta dikalangan umat Islam yang alpa.

Mereka yang berkepentingan dikalangan umat, tidak kurang menjadi tunggangan kepada musuh-musuh Islam. DI Mesir, Dr Mursi yang terang-terang baik akhlak dan bersih ibadahnya, yang dipilih secara demokratik oleh rakyatnya yang telah puluhan tahun ditindas. Mursi telah berjaya membawa sinar harapan dengan peningkatan ekonomi rakyat, pembelaan sosial dan keadilan pasa julai 2013 telah dirampas kuasanya dan ramai pemimpin ikhwan yang ditangkap dan dilayan dengan buruk serta dipenjara dan dijatuhi hukuman bunuh walaupun tidak sabit langsung akan pertuduhan rejim Assissi yang zalim.
Namun dek kerana tarbiyah Ikhwan yang menyeluruh dan mantap yang dilalui oleh para pejuang, pemimpin dan pengikutnya, keikhlasan mereka sukar digugat oleh Asissi dan kuncu-kuncunya. Pelbagai rekaan dan tohmahan palsu di sebarkan melalui pelbagai media dalaman mesir mahupun dari barat yang berusaha mengaitkan ikhwan dengan keganasan, namun usaha mereka sia-sia belaka. Ikhwan bukan calang-calang organisasi yang boleh dicabar keikhlasan para pemimpin dan pengikutnya. Manhaj tarbiyah yang bersumberkan Qur'an dan Sunnah, sangat bertepatan di dalam mentarbiyah mereka melalui kaedah-kaedah tarbiyah yang mendalam dan berterusan. Itulah bentuk tarbiyah yang dilalui oleh para sahabat ketika bersama Rasulullah saw.
Tarbiyah yang akan terus teguh walaupun ujian keikhlasan datang bertubi-tubi. Semoga gerakan Islam terus maju dan Islam akan dijulang segera.
Subscribe to:
Posts (Atom)