Friday, April 12, 2013

Kempen PRU13 Semakin Kotor

Walaupun penamaan calun belum bermula, usaha-usaha kempen semakin agresif dan kecanggihan internet telah digunakan semau-maunya untuk menabur fitnah dan membohongi para pengundi dengan tujuan yang jelek.

Tradisi masyarakat Melaysia dan melayu yang dikenali dengan budi pekerti luhur sudah ditongsampahkan dek kerana hasrat dan matlamat duniawi yang kotor.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

UPDATE 18 APRIL 2013


NGO Wanita bantah video lucah dalam media


http://www.youtube.com/watch?v=BFSE5IS_wCo&feature=youtu.be

Berikut bantahan dari 14 NGOs wanita;

Tolak mereka yang guna video lucah - NGO wanita

Harakahdaily,18 Apr 2013
(Wanita Malaysia bergabung membantah parti politik yang mengedarkan video lucah dalam kempen mereka)


KUALA LUMPUR: 14 NGO wanita serta tiga personaliti bergabung tenaga hari ini bagi membantah penyebaran video lucah di media.

Bagi mereka, langkah itu satu tindakan yang tidak kena dan melanggar tatasusila hidup masyarakat negara ini.

(Dr Harlina membantah keras pendekatan politik lucah untuk meraih undi...beliau mengajak semua wanita tunjukkan bantahan di kertas undi. Itupun selemah-lemah iman, katanya)

Sehubungan itu, mereka mengajak seluruh rakyat khasnya wanita menolak mereka yang menggunakan pendekatan sebegitu dalam kempen mereka.


Mereka menyatakan demikian pada sidang media ‘Bantahan Terhadap Penyebaran Video Lucah Menjelang PRU13’ di sebuah hotel di Sungai Besi, pagi ini.

Kumpulan wanita ini diketuai oleh  Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Penyelaras Bantahan Bersama NGO Wanita merangkap Naib Ketua Wanita IKRAM & Pengerusi JK Pembangunan Sosial Ikram.
Antara NGO wanita yang menyertai bantahan ini adalah:

A. Pertubuhan

(Wardina Sofiah antara yang sangat marah dengan budaya ini)

1) Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
2) Helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3) Biro HALUANITA, Pertubuhan Himpunan Lepasan 4) Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
5) Integrated Muslimah Associations and Networks Alliance (IMAANA)
6) Pertubuhan Nisa’ Malaysia (NISA’)
7) Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH)
8) Association of Women’s Initiative for 9) Research, Development & Advancement (WIRDA)
10) Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN)
11) Wadah Kecerdasan Umat Malaysia (WADAH)
12) Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA)
13) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14) IKRAM Siswa

B. Individu perseorangan


1) Prof Dr. Muhaya Muhammad ( Pakar Motivasi & Personaliti TV)
2) Pn Wardina Safiyyah Fadhullah ( Pengacara dan Personaliti TV)
3) Ustazah Fatimah Syarha Hj Mohd Noordin ( Penulis Novel Dakwah & Penceramah)




16 April 2013

Wanita bantah video lucah


KUALA LUMPUR 16 Apr : Sensitiviti golongan wanita terus meningkat dari hari ke hari ekoran penyebaran video lucah di laman sosial facebook, blog dan juga di tempat-tempat awam.

Hari ini bertalu-talu golongan wanita bangkit bagi menyatakan bantahan mereka itu.

Pakar motivasi terkenal, Profesor Dr Muhaya melalui facebooknya meminta semua pihak menjauhi budaya kotor itu dan meminta orang ramai menolaknya.

"Semoga kita semua menjaga hati dan jiwa kita dan anak-anak dengan mengelakkan budaya tidak sopan di dalam apa jua urusan harian termasuk berita dan bahan yang di tonton di media massa dan alam siber," tulis Dr Muhaya.

Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah yang disebarkan macai Umno yang cuba membunuh lawan politiknya.

Bagi Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan Selangor, pemimpin BN disarankan agar bertaubat serta tidak lagi menggunakan bahan lucah dan seks sebagai senjata politik mereka.

Dr Halimah berkata, BN seharusnya malu dan sedar bahawa perbuatan tersebut jauh menyimpang dan sama sekali tidak mencerminkan kesucian agama Islam dan ketuanan budaya Melayu yang sering diuar-uarkan.

Baginya, BN harus rasa malu kerana orang bukan Islam pun tidak menggunakan cara yang jijik.

No comments:

Post a Comment