Thursday, August 29, 2013

Murid Sekolah Dari Gaza Menang Pertandingan Bahas di Malaysia & Sempat Puasa di Johor

Ahmad Zaal yang petah berbahasa Inggeris walaupun tak pernah belajar di Amerika atau England; Abu Saeed Darwish yang hafiz Qur'an dan Mosbah AL Madhounyang ayahnya menjadi syuhada' kini terpaksa menjalani ibadah Ramadhan di Malaysia. Mereka semua anak-anak bumi Gaza - bumi ambiya', bumi syuhada'. Mereka semua baru berumur 17 tahun dari sekolah As Solah di Der AL-Balah Gaza (Sekolah yang diurus oleh Yateem Association di Gaza). Kehadiran mereka di Malaysia 3 minggu lalu adalah untuk menyertai pertandingan bahas antarabangsa anjuran MUSLEH-IKRAM dan Alhamdulillah mereka menyandang johan. Sememang mereka anak-anak Gaza yang cerdik dan berketerampilan. 


Semenjak pergolakkan dan rampasan kuasa oleh tentera ya ng tidak bertanggungjawab di Mesir katas Presiden Mursi yang dipilih secara sah oleh rakyatnya, Mesir telah menghalang rakyat Palestin untuk mendarat di Airport Cairo bagi berjalanan balik rakyat Palestin ke sempadan Rafah. Sehaingga hari ini sempadan Rafah yang merupakan satu-satunya laluan rakyat Palestin telah disekat. Semua rakyat Palestin dinafikan untuk balik menemui keluarga masing-masing di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Lebih 2 minggu anak-anak ini di Lembah Kelang, tentunya membosankan, lantas Aqsa Syarif menyusun program agar mereka di bawa ke Johor dan ditempatkan sementara bersama imam muda Gaza di Skudai di atas ikhsan seorang hamba ALlah yang mulia hantinya, memberikan HomeStay nya untuk mereka beberapa ketika. 

Alhamdulillah, kami sekeluarga berpeluang menyantuni anak-anak ini mengajak mereka berbuka puasa di rumah pada Ramadhan ke 2. Semoga mereke dapat melupakan sebentar rindu kepada ibu ayah masing-masing. Semoga mereka dapat merasai bahawa di Malaysia pun ramai keluarga yang menyayangi mereka. Hanya secebis masa dapat disumbangkan, semoga kehanggatan ukhuwwah akan menjadi memori mereka untuk TERUS BERJUANG MENERUSKAN MISI YANG SUDAH DILAKAR OLEH PARA PEMIMPIN MEREKA HARI INI DI PALESTIN. Merekalah bakal penerus perjuangan, merekalah benteng perjuangan ummah yang sentiasa menjadikan tubuh badan mereka sebagai perisai dari serangan zionis yang tidak mengenal erti kasihan dan kehormatan. Wahai anak-anak bumi Syuhada', teruskan langkah perjuangan, ALlah sayangkan kalian dan kami akan terus berada bersamamu.

Sememang mereka anak-anak Gaza yang cerdik dan berketerampilan. Semenjak pergolakkan dan rampasan kuasa oleh tentera ya ng tidak bertanggungjawab di Mesir katas Presiden Mursi yang dipilih secara sah oleh rakyatnya, Mesir telah menghalang rakyat Palestin untuk mendarat di Airport Cairo bagi berjalanan balik rakyat Palestin ke sempadan Rafah. Sehaingga hari ini sempadan Rafah yang merupakan satu-satunya laluan rakyat Palestin telah disekat. Semua rakyat Palestin dinafikan untuk balik menemui keluarga masing-masing di bulan Ramadhan yang mulia ini. 





Alhamdulillah Khamis lalu mereka bertiga berkesempatan solat di Masjid Tmn Sri Pulai Perdana Skudai Johor. Juga sempat berkenalan dengan ahli-ahli jamaah khurusnya yang muda dan remaja. Di gambar kelihatan mereka gembira dan terasa disayangi sebagi saudara sesama Islam.

No comments:

Post a Comment