
Di dalam riwayat al-Bukhari daripada Abi Basyar, "Dan kami berpuasa pada hari ini sebagai membesarkannya." Lalu Baginda bersabda: "Kalau begitu, maka aku lebih berhak daripada kamu untuk mengikuti Musa." Maka Baginda berpuasa dan memerintahkan umatnya supaya berpuasa pada hari ini." Di dalam riwayat Muslim juga terdapat: "Ini adalah hari yang besar. Allah selamatkan padanya Musa dan kaumnya. Dan menenggelamkan Firaun serta kaumnya."
Daripada 'Aisyah r.a., beliau berkata: "Adalah Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya berpuasa pada hari 'Asyuraa'. Apabila Ramadhan telah difardhukan, jadilah 'asyuraa' suatu pilihan; siapa mahu puasa dia berpuasa dan siapa mahu berbuka dia berbuka (tidak puasa)" Riwayat al-Bukhari.
Imam an-Nawawi berkata: Nabi s.a.w. telah melaksanakan puasa 'Asyuraa' ketika masih berada di Makkah. Manakala Baginda berhijrah ke Madinah, didapati kaum Yahudi berpuasa juga pada hari tersebut. Maka Nabipun berpuasa, sama ada dengan arahan wahyu atau dengan ijtihad Baginda, bukan dengan perkhabaran mereka.

Pertama: Baginda berpuasa ketika di Makkah tetapi tidak menyuruh sahabat supaya berpuasa.
Kedua: Setelah berhijrah ke Madinah, didapati Ahli Kitab berpuasa dan membesarkannya. Dan Baginda suka mensepakati mereka dalam perkara yang belum diperintahkan tentangnya. Maka Baginda s.a.w. berpuasa dan menyuruh para sahabat berpuasa dan memberi penekanan agar dilaksanakan.
Ketiga: Apabila Ramadhan telah diferdhukan, Baginda tidak lagi memberi penekanan agar dilakukan puasa 'Asyuraa'.
Keempat: Pada akhir usia, Baginda berazam untuk menggabungkan 'Asyuraa' dengan satu hari lagi supaya kita berbeza dengan Ahli Kitab. Dan ia tidak difardhukan sama sekali. Baginda bersabda maksudnya: "Sekiranya aku hidup sampai tahun hadapan, aku pasti akan berpuasa tasu'aa' (hari ke 9 Muharram)". Riwayat Muslim
Menurut sebahagian ulamak, kata-kata itu boleh difahami dengan dua maksud. Pertama, Baginda hendak menukar 10 kepada 9. Kedua, Baginda hendak menggabungkan 9 kepada 10. Oleh kerana Baginda wafat dan tidak sempat menerangkan maksudnya yang sebenar, maka eloklah ditunaikan dua hari (9 dan 10). Ringkasnya, puasa 'Asyuraa' boleh dilakukan dengan tiga cara: 10 sahaja, 9 dan 10, atau 9, 10 dan 11 daripada bulan Muharram.
Berkenaan dengan fadhilat puasa 'Asyuraa', daripada Qatadah r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah ditanya tentang puasa hari 'Asyuraa'. Baginda s.a.w. menjawab: "Menghapuskan dosa setahun yang lalu." Riwayat Muslim. Maka pahala puasa hari 'Asyuraa' separuh daripada pahala puasa hari 'Arafah. Ini kerana Hari 'Arafah sunnah Nabi kita s.a.w. Manakala puasa hari 'Asyuraa' sunnah Nabi Musa a.s. Maka sunnah Baginda dijadikan sekali ganda sunnah Nabi Musa dari segi pahala.
Ikatan sejarah yang tidak pernah putus.

Disalin sepenuhnya dari : Maznah Daud at 8:27 AM
Bacaan tambahan berkaitan : http://nurul-asri-cimahi.blogspot.com/2013/02/kisah-nabi-musa.html
As-Syura (10 Muharam) dan Kesalahan Ajaran Syia'ah
a. Amalan salah syi'ah berkait 10 Muharam : http://www.youtube.com/watch?v=HM0L_GlckEc; http://www.youtube.com/watch?v=dXv-CwfM2kg; http://www.youtube.com/watch?v=wQyMA7qomZI.
b. juga lihat di sini (Dr Asri mengulas mengenai AsSyura):
http://www.youtube.com/watch?v=lVf3JP0lmpg.
http://www.youtube.com/watch?v=CTzPNNP61yQ
c. Amalan-amalan Muharram : http://www.al-azim.com/masjid/muharram/amalan.htm
Bacaan tambahan berkaitan : http://nurul-asri-cimahi.blogspot.com/2013/02/kisah-nabi-musa.html
As-Syura (10 Muharam) dan Kesalahan Ajaran Syia'ah
a. Amalan salah syi'ah berkait 10 Muharam : http://www.youtube.com/watch?v=HM0L_GlckEc; http://www.youtube.com/watch?v=dXv-CwfM2kg; http://www.youtube.com/watch?v=wQyMA7qomZI.
b. juga lihat di sini (Dr Asri mengulas mengenai AsSyura):
http://www.youtube.com/watch?v=lVf3JP0lmpg.
http://www.youtube.com/watch?v=CTzPNNP61yQ
c. Amalan-amalan Muharram : http://www.al-azim.com/masjid/muharram/amalan.htm
No comments:
Post a Comment