Wednesday, December 2, 2009

Dakwah Sebagai Tanda Syukur Ilahi


"Sampaikanlah walaupun satu ayat"
"Demi Masa Sesungguhnya Manusia Berada Di Dalam Kerugian, Kecuali Mereka Yang Beriman dan Beramal Soleh..."
"Tolong-menolonglah Dalam Kebaikan dan Taqwa..."

Ayat-ayat di atas adalah gambaran dan anjuran ALlah agar orang yang beriman sentiasa melakukan kebaikan dan amal soleh. Kebaikan sama ada dalam bentuk ibadatnya kepada Allah, Keperibadian/Akhlak yang baik, juga menyeru, mengajak, memanggil manusia agar melakukan kebaikan - iaitu berdakwah. Secara langsung mahupun sebaliknya, amalan-amalan yang baik yang dilaksanakan dengan tulus ikhlas kerana mencari keridhaan Allah swt adalah merupakan suatu dakwah.
Orang yang beriman sewajarnya menjadikan kehidupannya berada di dalam lingkungan ibadah sebagaimana yang dijelaskan di atas. Jika direnung dan dihitung nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, sudah pasti tidak terhitung banyaknya dan langsung tidak terbalas. Rasulullah sendiri apabila ditanya oleh 'Aishah "mengapa Rasulullah bersolah malam sehingga bengkak kaki.." di jawab banginda "Salahkah aku berterima kasih kepada ALlah ...?"
Itu bermakna ... banyak perkara yang perlu kita buktikan kepada Allah swt bahawa kita adalah hambanya yang bersyukur.... dan salah satunya ialah dengan melakukan amal dakwah, mengajak manusia kepada kebenaran dan amalan Islam yang murni. Mengajak manusia kepada kehidupan Islam dan meninggalkan cara hidup yang bertentangan dengan ajarannya. Wallahu 'Alam.

1 comment:

  1. Maaf, sedikit pembetulan:
    1. kemeskinan sepatutnya kemiskinan
    2. "Tolong-menolonglah Dalam Kebaikkan dan Taqwa..." sepatutnya "Tolong-menolonglah Dalam Kebaikan dan Taqwa..."

    Otherwise, kira ok lah for a start.

    Selamat datang & selamat beristiqamah dalam dakwah alam cyber.

    ReplyDelete