Satu bengkel menangani masalah dadah di negeri Johor telah dijalankan di JB baru-baru ini. Bengkel anjuran Pemadam Johor yang dipengerusikan oleh YB Dr Robia Kosai, DUN Muar telah disertai oleh beberapa orang fasilitator dari JIM dan UTM. Para peserta bengkel adalah terdiri dari pegawai-pegawai daerah seluruh Johor, IPT, Pemadam, Pengasih, Jabatan kebajikan Masyarakat dan Jabatan Agama Islam Johor. Fasilitator Program Bengkel Brainstorming pada 12 November 2009 diketuai oleh Prof Madya Dr Hishamuddin Alham dan dihadiri oleh Prof Madya Dr Razali bin Ismail,
Sunday, November 29, 2009
Bengkel Pemadam mendapat khidmat NGO & Ahli Akademik
Bengkel Pra-Strategik Planning Koperasi Muslimin
Baru-baru ini ALK Koperasi bergabung dengan Pegurus-pengurus dan pegawai Kopersi berkampung selama dua hari mengadakan bengkel di atas. Bengkel di pengerusikan oleh PM Dr Mohd Zin dan fokusnya adalah memperkemaskan pentadbiran dan pengurusan serta perjalanan koperasi dari aspek pengurusan kewangan, perniagaan dan pengurusan pejabat. Beberapa keputusan dipersetujui dengan meletakkan beberapa KPI untuk jangkamasa satu tahun akan datang. Keputusan akan di perhalusi diperingkat Mesyuarat Lembaga yang akan diadakan pada pertengahan Disember 2009. Bengkel ini juga adalah suatu persediaan sebelum Koperasi Muslimin menjalankan Strategik Planning pada tahun hadapan. Koperasi Muslimin Malaysia Berhad kini disenaraikan sebagai di antara koperasi 100 terbaik di negara ini dari sejumlah lebih 5000 buah koperasi di Malaysia. Koperasi Muslimin kini memiliki aset keseluruhan bernilai hampir RM60juta. Semoga Koperasi Muslimin terus maju dan mampu menerajui pelaksanaan Muamat Islam yang unggul di rantau ini.
Deligasi Koperasi Muslimin Malaysia Berhad Melawat HPA Industries
PM Dr Mohd Zin, PM Zakaria dan Ust Basri baru-baru ini berkesempatan membuat lawatan rasmi ke HPA Industries di Sg Petani Kedah dalam usaha membina rangkaian dan mewujudkan perkongsian strategik di antara kedua-dua organisasi Islam yang mempunyai kesamaan dari misi dan visi. Ketiga-tiga mereka adalah Ahli Lembaga Koperasi yang diamanahkan untuk memperolehi beberapa maklumat dan membincangkan usaha-usaha mewujudkan kerjasama dan synergi membangunkan perusahaan dan perniagaan berasaskan Islam. HPA Industries, khususnya HPA Farm mengusahakan makanan halal dan organik bagi keperluan umat Islam. Deligasi Koperasi Muslimin di bawa melawat ke beberapa kilang, hotel, stockist, kedai dan restoran Radik FC. Sesi perbincangan telah memberikan peluang kedua-dua pihak bertukar-tukar makluamt. Beberapa siri perbincangan susulan Insya ALlah akan diadakan bagi membincang bentuk kerjasama dalam bentuk kepakaran san saloran modal bagi memperkasakan lagi penghasilan dan perkhidmatan berasaskan Islam kepada orang ramai. Semoga berjaya.
KORBAN


“Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya satu bahagianpun di akhirat.” (as-syuura :20)
“Katakanlah :jika bapa-bapamu,anak-anakmu,saudara-saudaramu,isteri-isterimu,kaum keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,adalah kamu cintai lebih dari Allah dan rasulnya dan (dari) berjihad di jalannya,maka tunggulah sampai allah mendatangkan keputusannya.”Dan allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq.. (at-taubah:24)
“Hai orang-orang yang beriman,sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka.”(at-taghabun)
“ya tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa” (al-Furqan:74).
“Sesungguhnya telah berjayalah orang yang telah Islam dan diberi rezeki yang mencukupi keperluannya yang menasabah dan memberi kepuasan kepadanya dengan apa yang telah dikurniakan kepadanya.” (Sabda Nabi)
“Dan mereka berkata: janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini.Katakanlah: “Api neraka jahanam itu lebih sangat panasnya jikalau mereka memahami” (Ataubah 81)
“Sesungguhnya orang mukmin itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan Rasul. Mereka tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka di jalan Allah. Itulah golongan yang jujur dan benar.” (Al-Hujrat 15).
“Hai orang-orang yang beriman mahu kalian aku tunjukkan kepada kalian perniagaan yang membebaskan kalian dari seksa neraka yang pedih. Hendaklah kalian beriman dengan Allah, Rasul dan kalian berjihad di jalanNya dengan harta dan nyawa kalian. Itu lebih baik untuk kalian sekiranya kalian mengetahui. Kelak akan Allah ampunkan dosa kalian. Allah masukkan kalian dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Allah masukkan kalian dalam tempat penginapan yang hebat di syurga ‘adnin. Itulah kejayaan yang sebenarnya . Ada satu lagi ganjaran yang kalian amat sukai iaitu kemenangan; pemberian Allah dan kejayaan yang hampir tiba. Berilah tahu berita gembira ini kepada para mukminin.”(AsSoof 10-13)
Rasulullah bersabda:
"من جهز غازياً في سبيل الله فقد غزا، ومن خلفه في أهله بخير فقد غزا" (أخرجه الشيخان).
“ Siapa yang mempersiapkan bekalan orang yang hendak pergi berjihad di jalan Allah maka seolah-olah ia sendiri yang pergi berjihad. Siapa yang melindungi keluarga orang yang pergi berjihad pun dikira ia sendiri turut berjihad.”
“Siapa yang engan berjihad , enggan menyiapkan bekalan orang yang hendak pergi berjihad, atau tidak melindungi keluarga orang yang pergi berjihad dengan baik nescaya Allah akan kenakan hukuman bala pada hari kiamat kelak.”
“Orang-orang kafir membelanjakan harta mereka untuk menghalang orang lain mengikut ajaran Allah. Mereka akan berbelanja akan tetapi mereka akan mengalami kerugian dan penyesalan. Akhirnya mereka akan dikalahkan dan dimasukkan ke dalam neraka jahannam.” (Al-Anfal 36)
“Bandingan (pahala) untuk orang membelanjakan hartanya di jalan Allah ibarat sebutir gandum yang mampu menyerlahkan tujuh tangkai gandum (yang baru). Setiap tangkai mempunyai seratus butir gandum (baru). Allah mampu menggandakan sesuatu untuk siapa sahaja yang Ia mahu. Allah maha luas pemberiannya dan maha mengetahui. (Al-Baqarah 261).
Saturday, November 28, 2009
Aqidah membentuk Anak Soleh
Di dalam al-Quran Allah memerintahkan ketua keluarga agar memelihara dirinya dan juga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari api neraka. Allah berfirman;
Kelahiran anak-anak yang soleh tidak mungkin terhasil jika tidak bersumber manhaj Islam - iaitu AL-Qur'an dan Sunnah. Manhaj Islam perlu digali dan dijadikan asas didalam kehidupan berkeluarga. Suburkan persekitaran keluarga dengan kesuburan iman dan hindarkan jauh-jauh segala unsur-unsur yang melalaikan, sia-sia serta merosakkan iman dan amal. Bersyukurlah anak-anak yang ibu bapanya begitu perihatin dan tahu apakah yag baik untuk dibawa masuk kerumahnya.
Umumnya ummat Islam mengetahui adanya tuhan dan menyembah seperti dalam solat, namun ada juga yang tidak mengerti apakah hakikat tuntutan solat sebagai mencegah fashya dan munkar? Bagi memungkinkan keberkesanan dalam didikan Iman dan Islam, pengenalan yang jitu terhadap ALlah adalah suatu yang asas. Sesaorang yang beriman dan bersolat tetapi tidak menolak taghut tidak mempunyai kesempurnaan Iman.
“Dan sesiapa mengingkari taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang dengan simpulan yang teguh, yang tidak akan putus selama-lamanya. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”. (al-Baqarah: 256)
Adapun thagut, maknanya ialah ‘segala yang menyesatkan manusia’ sama ada Iblis, Syaitan dan sebagainya. Menurut Imam Sa’id bin Jubair dan Imam ad-Dhahhak; yang dimaksudkan dengan ‘simpulan yang teguh’ dalam ayat di atas ialah kalimah. Oleh itu anak-anak soleh harus dilahirkan dengan asas utama iaitu menanamkan keimanan yang soheh melalui pengenalan dan penanaman aqidah yang sebenar terhadap Allah Ajjawajalla dan RasulNya..
Pengertian anak soleh

Sering kita dengar dalam masyarakat orang mendoa'kan anak-anak yang baru lahir ... "moga-moga menjadi anak yang soleh.." Doa' sebegitu lahir kerana dalam masyarakat kita sememang percaya bahawa itulah sebaik-baik insan yang perlu diwujdukan, kerana anak yang solah itu akan memudahkan pelbagai perkara dan memberikan kebaikkan di dunia dan akhirat.
Hadith Reasulullah SAW menjelaskan; “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariah; 2. Ilmu yang diambil manfaat dengannya; 3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan ibu bapa, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Mengaja agama ini suatu yang sukar dilaksanakan hari ini. Menjaga agama bukan sekadar menjaga solat, tetapi lebih berat dari itu. Anak yang soleh yang menjaga agamanya ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Menjaga agama meliputi memastikan seseorang itu menjaga akhlaknya, syariatnya, ibadahnya dan segala amalannya setiap saat. Menjaga akhlak di dalam berpakaian, di dalam pergaulan dan didalam tutur kata. Ada orang yang boleh menjaga solat - cukup lima waktu ... tetapi ramai remaja yang sukar menjaga syariat di dalam berpakaian. Lihatlah di sekeliling anda, ramai remaja yang sudah terikut-ikut dengan fesyen pakaian ketat dan imejnya pun macam artis dan macam selebriti yang bebas. Dan jika itu penampilannya sukarlah dikategorikan sebagai anak yang soleh.
Anak yang ingin menjadi anak soleh harus mengerti ruang lingkup Islam yang bersifat syumul (menyeluruh) yang merangkumi aspek ibadah, akhlak dan syariat. Kefahaman itu pula harus tercerna dalam kehidupannya di mana juga ia berada dan di dalam keadaan apa juga sepanjang waktu dan ketika.
Hormati dan Santuni Kaum Keluarga
Institusi kekeluargaan dalam konteks masyarakat Malaysia khususnya orang-orang Melayu masih kuat terpahat. Ikatan anak-anak dengan ibu bapa serta adik beradik sering menjadi keutamaan di dalam aktiviti khususnya hujung minggu, hari cuti malahan hari-hari perayaan. Selain boleh memberikan perasaan kasih sayang, perasaan selamat (secure) dan hormat menghormati, keluarga juga adalah tempat sesaorang mencurahkan kegembiraan dan tempat mendapatkan bantuan semasa ditimpa kesusahan dan musibah.
Thursday, November 26, 2009
Ibu Bapa Murabbi

Tugas dan tanggungjawab ibu bapa adalah tugas yang amat berat - umumnya semua orang sedar. Yang pasti setiap ibu bapa akan merasa bertanggungjawab membesarkan anak-anak sebaik mungkin - menyediakan makanan, pakaian, pelajaran dan tidak kurang memastikan anak-anak beroleh kesenangan hidup dengan memenuhi kehendak mereka setelah remaja dan menjadi dewasa.
Bila ku renung jauh, ke sedar bahawa aku sebagai ayah perlu memiliki ciri-ciri Murabbi. Murabbi bermaksud pemimpin, pendidik dan pendorong ke arah rabbaniyah (ketuhanan). Ibu bapa belum melaksanakan amanah seandainya hanya memastikan anak-anak dapat mencapai kesenangan duniawi, sebaliknya ibu bapa mestilah berusaha semampu mungkin untuk memastikan anak-anaknya dapat mencapai kesenangan di hari akhirat kelak. Itu bermaksud bahawa ibu bapa meti berusaha untuk menjadikan anak-anak dapat melaksanakan tugas sebagai hamba Allah (ibadah) dan menjadi khalifah Allah yang amanah.
Hanya mereka yang memiliki ciri-ciri Murabbi akan sensitif terhadap tugas dan tanggungjawab ini, lantas akan berusaha melaksanakan tanggungjawab tersebut. Tugas Murabbi memrluka keupayaan bukan sekedar ilmu dan kata-kata mulut, namun perlu menjadikan kehidupannya, amalan dan kehidupannya adalah suatu perjalanan dakwah dan tarbiyah. Anak-anak tidak sekedar mendapat bimbingan dari aspek tutur katanya tetapi perjuangan hidup ibu bapa di dalam dakwah dan tarbiyah aalah merupakan suatu bentuk 'didikan' yang berupaya membangunkan kefahaman, kesedaran dan ikutan anak-anaknya di dalam proses pembesaran dalam minda, spiritual dan semangatnya. Apakah jalan-jalan yang perlu dilalui oleh ibu bapa untuk memampuka mereka memiliki ciri-ciri murabbi?
(Insya Allah ... tunggu sambungannya).
Membentuk Minat Islam di Bangku Sekolah
Sering disebut masalah gejala sosial dihubungkan dengan para remaja seolah-seolah semuanya remaja bermasalah dan golongan lain bebas dari masalah ?! Jika itu pandangan umum, saya bukan dari kalangan mereka. Saya berani mengatakan bahawa ramai dikalangan remaja yang begitu baik dan tidak layak dihubungkaitkan dengan masalah atau gejala sosial. Saya melihat ramai pelajar sekolah diusia remaja yang memiliki sifat yang positif. Baik hatinya, elok akhlaknya, rajin belajar, membenci maksiat dan rajin memperbaiki diri ke arah ketaqwaan dan amal soleh.
Monday, November 23, 2009
SEMANGAT BERPUTIK DARI KAMPUNG YANG DHOIF
Terlalu banyak jika hendak diceritakan ... lahir, hidup, bermain, belajar, mengaji, nakal, menoreh, .... dan macam-macam lagi aku lalukan untuk hidup dipinggir sebuah kampung yang terpencil. Tiada jalan (kecuali laluan tanah liat berbecak ditepi sebatang parit) ... dinamai Kampung Batang Sepang (Kini dikenali dengan nama Kampung Permatang Sepam) di mukim Benut, di daerah Pontian. Beberapa lama kampung ini tiada bekalan air dan bekalan elektrik - Hanya air dari perigi dan lampu minyak tanah (kerosene). Di dalam surat beranak tertulis tarikh 31/5/1959, tapi hanya ... sekitar 1964 seingatanku aku dipakaikan dengan baju dan seluar pendek batik yang sama dengan baju kurung emak ... (ku mengerti sekarang ... sungguh mulia hati emak ... dalam kesempitan hidup ... mengongsikan sebahagian miliknya untuk ku ... agar aku turut berpakaian..!).