Saturday, November 28, 2009

Hormati dan Santuni Kaum Keluarga


Institusi kekeluargaan dalam konteks masyarakat Malaysia khususnya orang-orang Melayu masih kuat terpahat. Ikatan anak-anak dengan ibu bapa serta adik beradik sering menjadi keutamaan di dalam aktiviti khususnya hujung minggu, hari cuti malahan hari-hari perayaan. Selain boleh memberikan perasaan kasih sayang, perasaan selamat (secure) dan hormat menghormati, keluarga juga adalah tempat sesaorang mencurahkan kegembiraan dan tempat mendapatkan bantuan semasa ditimpa kesusahan dan musibah.
Namun kehidupan modern hari ini sudah ada tanda-tanda keregangan hubungan kekeluargaan. Sudah wujud hari ini perasaan saling tidak hormat dan percaya mempercayaai sesama ahli keluarga walaupun sesama adik beradik. Tidak kurang juga yang tidak lagi 'gembira' bersama ibu dan bapa sendiri kerana sebab-sebab yang kecil dan remeh. Selain dari pengaruh kehidupan barat yang bebas, kegagalan mengimabngi kerjaya dan keluarga; kefahaman Islam yang cetek serta kegagalan di dalam melawan nafsu adalah di antara sebab kenapa hal sedemikian berlaku.
Islam dengan jelas memberikan pandangan dan panduan untuk semua umat Islam di dalam hal hubungan kekeluargaan. Sebagai ajaran yang unggul yang datang dari ALlah yang menjadikan manusia, ALlah swt telah memperincikan bagaimana hubungan, tanggungjawab, batasan dan peranan sesaorang terhadap sebagai ahli keluarga samada yang terdekap mahupun keluarga sebelah ibu, bapa mahupun isteri digariskan dengan jelas.
Di dalam kehidupan dalam masyarakat yang tidak sepenuhnya dipimpin oleh persekitaran Islam hari ini, sesaorang individu yang mengaku dirinya adalah anggota harakah Islamiyah, tanggungjawab dan hubungan kekeluargaan melampaui aspek hubungan biologikal semata-mata. Penghormatan dan santunan kita kepada kaun keluarga harus juga bersifat dakwah. Maksunya hubungan yang mempunyai misi suci untuk mengajak mereka kepada kefahaman Islam yang suci, ibadah yang benar dan berakhlak dengan akhlak yang baik. Hubungan adik beradik, anak dan ibu bapa, pakcik dan mak cik, sepupu, ipar duai dan sebagainya harus dijuruskan kepada mengajak mereka kepada keimanan dan ketakwaan. Kita harus merasa berdosa seandainya kenikmatan iman dan islam yang dikecapi tidak dikongsi kepada kaum kelaurga khususnya yang terdekat. Hubungan seumpama itu juga seharusnya menatijahkan terbinanya kekuatan ukhuwwah yang lebih mantap.
Itulah hakikat yang sering dilupakan oleh ramai dikalangan kita. Hubungan kekeluargaan hanya terberhenti sekadar hubungan biologi, sedangkan ALlah akan menanyakan nanti "mengapa tidak kamu sampaikan".

No comments:

Post a Comment