Saturday, November 28, 2009

Pengertian anak soleh


Sering kita dengar dalam masyarakat orang mendoa'kan anak-anak yang baru lahir ... "moga-moga menjadi anak yang soleh.." Doa' sebegitu lahir kerana dalam masyarakat kita sememang percaya bahawa itulah sebaik-baik insan yang perlu diwujdukan, kerana anak yang solah itu akan memudahkan pelbagai perkara dan memberikan kebaikkan di dunia dan akhirat.

Hadith Reasulullah SAW menjelaskan; “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariah; 2. Ilmu yang diambil manfaat dengannya; 3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan ibu bapa, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Mengaja agama ini suatu yang sukar dilaksanakan hari ini. Menjaga agama bukan sekadar menjaga solat, tetapi lebih berat dari itu. Anak yang soleh yang menjaga agamanya ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Menjaga agama meliputi memastikan seseorang itu menjaga akhlaknya, syariatnya, ibadahnya dan segala amalannya setiap saat. Menjaga akhlak di dalam berpakaian, di dalam pergaulan dan didalam tutur kata. Ada orang yang boleh menjaga solat - cukup lima waktu ... tetapi ramai remaja yang sukar menjaga syariat di dalam berpakaian. Lihatlah di sekeliling anda, ramai remaja yang sudah terikut-ikut dengan fesyen pakaian ketat dan imejnya pun macam artis dan macam selebriti yang bebas. Dan jika itu penampilannya sukarlah dikategorikan sebagai anak yang soleh.

Anak yang ingin menjadi anak soleh harus mengerti ruang lingkup Islam yang bersifat syumul (menyeluruh) yang merangkumi aspek ibadah, akhlak dan syariat. Kefahaman itu pula harus tercerna dalam kehidupannya di mana juga ia berada dan di dalam keadaan apa juga sepanjang waktu dan ketika.

3 comments:

  1. TQ kerana artikel yg baik ini.
    Mohon di salin untuk di hantar kpd anak2...

    Maaf, sekadar bukan sekedar.

    Otherwise, interesting artikel.
    Kita pun anak juga kepada ibubapa kita.
    Bersama2 kita amalkan. Ws

    ReplyDelete
  2. apakah tatacara bersopan santun di ajarkan dalam agama???????????????

    ReplyDelete
  3. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. tips anak soleht

    ReplyDelete